Perjanjian Atlantik Utara | |
---|---|
Jenis | Pakatan ketenteraan |
Ditandatangani | di Washington, D.C. |
Berkuat kuasa | 24 Ogos 1949 |
Syarat | Ratifikasi kebanyakan penandatangan |
Pihak | 30
|
Pemegang simpanan | Kerajaan Amerika Syarikat |
Bahasa | Inggeris, Perancis |
North Atlantic Treaty di Wikisumber | |
sunting |
Perjanjian Atlantik Utara ataupun Perjanjian Washington ialah sebuah perjanjian yang mengasaskan dan menjadi panduan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (PPAU/NATO). Perjanjian ini ditandatangani di Washington, D.C. pada 4 April 1949.
Kandungan perjanjian
Perkara 1
Perkara 1 perjanjian menyatakan bahawa negara-negara anggota perlu "menyelesaikan apa-apa masalah antarabangsa secara aman, dengan keamanan, keselamatan dan keadilan antarabangsa tidak diancam, dan mengelakkan ancaman atau penggunaan kekerasan dalam apa-apa cara yang tidak selari dengaan tujuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam hubungan antarabangsa mereka."[1] Negara-negara anggota mempromosikan kestabilan dan kesejahteraan masyarakat Atlantik Utara melalui penjagaan keamanan dan keselamatan berdasarkan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[1]
Perkara 4
Perkara 4 lazimnya dianggap sebagai permulaan bagi operasi-operasi besar PPAU, dan oleh itu, digunakan dalam keadaan kecemasan. Perkara 4 membenarkan negara-negara anggota untuk memulakan perbincangan hal-ehwal ketenteraan apabila "integriti, kedaulatan atau keselamatan wilayah mana-mana anggota diancam."[2] Selepas dipakai, isu dibincangkan dalam Majlis Atlantik Utara, dan boleh membawa kepada keputusan atau tindakan rasmi PPAU, sama ada daripada aspek logistik, ketenteraan atau tiada tindakan lanjut.[3][4]
Perkara 5
Bahagian utama perjanjian ini ialah Perkara 5 yang menetapkan bahawa sebuah serangan bersenjata ke atas satu negara anggota dianggap sebagai serangan ke atas semua anggota. Perkara 5 hanya pernah dipakai sekali dalam sejarah PPAU, yakni oleh Amerika selepas serangan 11 September 2001.[5] Penggunaan ini disahkan pada 4 Oktober 2001.[6] Dengan itu, lapan tindakan rasmi telah dijalankan, termasuk Operasi Eagle Assist dan Operasi Active Endeavour, sebuah operasi ketenteraan laut di Laut Mediterranean untuk menghentikan pergerakan pengganas atau senjata kemusnahan besar-besaran, dan mengukuhkan keselamatan kawasan Mediterranean. Active Endeavour bermula 4 Oktober 2001.[7]
Perkara 6
Perkara 6 menyatakan bahawa perjanjian ini terpakai bagi wilayah-wilayah negara anggota di Eropah dan Amerika Utara, Turki dan kepulauan Atlantik Utara di atas Garisan Sartan serta Algeria Perancis. Pendapat pada Ogos 1965 dari pihak Amerika dan bahagian perundangan PPAU mengesahkan bahawa serangan di Hawaii tidak akan tertakluk pada perjanjian ini.[8] Bandar-bandar Ceuta dan Melilla milik Sepanyol di pesisir Afrika Utara juga dikecualikan sungguhpun dengan dakwaan pemilikan Maghribi. Pakar-pakar perundangan menyatakan bahawa perkara-perkara lain boleh memasukkan bandar-bandar itu di bawah perjanjian, tetapi masih belum dilaksanakan secara nyata.[9]
Rujukan
- ^ a b "About this Collection | United States Treaties and Other International Agreements | Digital Collections | Library of Congress" (PDF). Perpustakaan Kongres.
- ^ "Report of the Committee of Three on Non-Military Cooperation in NATO". NATO.int. 13 Disember 1956. Dicapai pada 25 Februari 2022.
Special attention must be paid, as explicitly recognised in Article 4 of the Treaty, to matters of urgent and immediate importance to the members of NATO, and to 'emergency' situations where it may be necessary to consult closely on national lines of conduct affecting the interests of members of NATO as a whole. There is a continuing need, however, for effective consultation at an early stage on current problems, in order that national policies may be developed and action taken on the basis of a full awareness of the attitudes and interests of all the members of NATO. While all members of NATO have a responsibility to consult with their partners on appropriate matters, a large share of responsibility for such consultation necessarily rests on the more powerful members of the Community.
- ^ "Turkey calls for emergency Nato meeting to discuss Isil and PKK". telegraph.co.uk (dalam bahasa Inggeris). 26 Julai 2015.
- ^ "The consultation process and Article 4". NATO.int. 24 Februari 2022. Dicapai pada 25 Februari 2022.
- ^ Daley, Suzanne (2001-09-13). "AFTER THE ATTACKS: THE ALLIANCE; For First Time, NATO Invokes Joint Defense Pact With U.S." The New York Times. ISSN 0362-4331. Dicapai pada 2017-05-26.
- ^ "NATO Update: Invocation of Article 5 confirmed – 2 October 2001". Nato.int. Dicapai pada 22 Ogos 2010.
- ^ "NATO's Operations 1949–Present" (PDF). NATO. 22 Januari 2010. Dicapai pada 4 September 2013.
- ^ Hall, John (1965-08-08). "Hawaii Lacks NATO Coverage if Attacked". Chicago Tribune. UPI. m/s. 4. Dicapai pada 2019-01-09 – melalui Newspapers.com .
- ^ "¿Están Ceuta y Melilla bajo el paraguas de la OTAN?". Newtral (dalam bahasa Sepanyol). 2 Oktober 2021. Dicapai pada 25 Februari 2022.
- 1949 dalam sejarah ketenteraan
- 1949 di Washington, D.C.
- Peristiwa April 1949
- Perjanjian Perang Dingin
- Perjanjian politik
- Perjanjian Albania
- Perjanjian Belgium
- Perjanjian Bulgaria
- Perjanjian Kanada
- Perjanjian Croatia
- Perjanjian Denmark
- Perjanjian Estonia
- Perjanjian Hungary
- Perjanjian Iceland
- Perjanjian Itali
- Perjanjian Latvia
- Perjanjian Lithuania
- Perjanjian Luxembourg
- Perjanjian Montenegro
- Perjanjian Norway
- Perjanjian Poland
- Perjanjian Romania
- Perjanjian Slovakia
- Perjanjian Slovenia
- Perjanjian Sepanyol
- Perjanjian Republik Czech
- Perjanjian Estado Novo (Portugal)
- Perjanjian Republik Perancis Keempat
- Perjanjian Kerajaan Greece
- Perjanjian Belanda
- Perjanjian United Kingdom
- Perjanjian Amerika Syarikat
- Perjanjian Turki
- Perjanjian Jerman Barat