Perjanjian Perdagangan Bebas Asean-India atau 'FTA Asean-India' bakal dimuktamatkan pada Oktober 2009 di Phuket, Thailand.Menteri Hal Ehwal India S.M. Krishna, yang menghadiri Mesyuarat Peringkat Menteri Asean di Phuket menyatakan komintmen India untuk memutamadkan FTA pada Oktober 2009.Sejak sidang kemuncak kedua ASEAN-India pada 2003, rundingan demi rundingan diadakan tetapi masih belum berjaya dimuktamatkan.
Menerusi FTA, dagangan dua hala dijangka meningkat berkali ganda, daripada ASS$38 bilion (RM133 bilion) pada masa ini, sebaik tariff bagi lebih 4,000 barangan dimansuh atau diselaraskan.
Bantahan pmbangkang India
Pada 24 Julai 2009, beberapa menteri kabinet kanan India dan pemimpin pembangkang meminta kerajaan menimbang FTA itu.Menteri Pertahanan, A.K. Anthony, bimbang tanaman seperti biji gajus, kelapa, lada hitam dan getah, produk marin yang banyak ditanam di Kerala, India. Bantahan diterima dari parti pembangkang seperti Parti Komunis India (Marxist), Parti Nasionalis Hindu Bharatiya Janata (BJP) dan Parti Sawajwadi.[1]