Perikatan Rakyat bagi Pembaharuan | |
---|---|
Nama Inggeris | People's Alliance for Reform |
Nama Cina | 人民联盟 Rénmín liánméng |
Singkatan | PAR ![]() |
Pengerusi | Kenneth Jeyaretnam (2023–) ![]() |
Setiausaha agung | Lim Tean (2023–) ![]() |
Pengasas | Lim Tean, Mohamad Hamim bin Aliyas, Goh Meng Seng, Kenneth Jeyaretnam ![]() |
Diasaskan | Jun 2023 ![]() |
Ibu pejabat | Singapura ![]() |
Warna | ![]() |
Tapak sesawang | peoplesallianceforreform.com ![]() |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Perikatan Rakyat bagi Pembaharuan (PAR) ialah suatu pakatan politik di Singapura yang terdiri daripada Suara Rakyat, Parti Reformasi dan Parti Progresif Demokratik. Pakatan ini ditubuhkan pada Jun 2023.
Sejarah
Pada Jun 2023, pemimpin Suara Rakyat (PV), Lim Tean mengumumkan penubuhan Perikatan Rakyat bersama dengan Parti Reformasi (RP), Parti Kuasa Rakyat (PPP) dan Parti Progresif Demokratik (DPP). Keempat-empat parti itu akan bertanding pada pilihan raya umum 2025 akan datang sebagai satu perikatan. Lim dilantik sebagai setiausaha agung, setiausaha agung RP, Kenneth Jeyaretnam dilantik sebagai pengerusi manakala setiausaha agung PPP, Goh Meng Seng dilantik sebagai setiausaha pengelola.[1]
Pada 22 Februari 2025, PPP telah menarik diri daripada perikatan itu kerana "perbezaan strategik" di dalam pakatan, khususnya mengenai vaksin COVID-19 dan kawasan undi perwakilan berkumpulan (GRC) Tampines yang dipertandingkan.[2]
Selepas Jawatankuasa Semakan Sempadan Pilihan Raya mengeluarkan laporannya pada 11 Mac 2025, setiausaha agung perikatan Lim Tean mengumumkan di lelaman Facebook bahawa parti itu merancang untuk bertanding di 10 kawasan undi iaitu kawasan undi perseorangan (SMC) Jalan Kayu, SMC Potong Pasir, SMC Mountbatten, SMC Radin Mas, SMC Queenstown, SMC Kebun Baru, SMC Marymount, SMC Chu Kang Pagar, GRC Jalan Besar dan GRC Tanjong Pagar.[3] PAR akhirnya bertanding di enam kawasan undi iaitu GRC Jalan Besar, GRC Tanjong Pagar, SMC Potong Pasir, SMC Queenstown, SMC Radin Mas dan SMC Yio Chu Kang.[4]
Parti anggota
Semasa
Logo | Nama | Pemimpin | Kerusi yang dipertandingkan | |||
---|---|---|---|---|---|---|
Undian (%) | ||||||
![]() |
PV | Suara Rakyat | Lim Tean | – | – | |
![]() |
RP | Parti Reformasi | Kenneth Jeyaretnam | – | – | |
![]() |
DPP | Parti Progresif Demokratik | Mohamad Hamim bin Aliyas | – | – |
Bekas
Logo | Nama | Pemimpin | |||
---|---|---|---|---|---|
Meninggalkan perikatan | |||||
![]() |
PPP | Parti Kuasa Rakyat | Goh Meng Seng | 24 Februari 2025 |
Jawatankuasa Eksekutif Pusat
Menurut lelaman web PAR pada 15 April 2025, Jawatankuasa Eksekutif Pusat terdiri daripada ahli berikut:
Jawatan | Nama |
---|---|
Pengerusi | Kenneth Jeyaretnam |
Setiausaha Agung | Lim Tean |
Timbalan Setiausaha Agung | Mahaboob Batcha Abdul Rasheed |
Bendahari | Mohamad Hamim bin Aliyas |
Rujukan
- ^ Ganesan, Natasha (1 Jun 2023). "4 opposition parties form alliance to contest in Singapore's next General Election". CNA (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Jun 2023. Dicapai pada 17 Jun 2023.
- ^ Wong, Pei Ting; Sun, David (22 Februari 2025). "People's Power Party withdraws from four-party opposition alliance led by Lim Tean". The Straits Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0585-3923. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Februari 2025. Dicapai pada 4 Mac 2025.
- ^ Lim, Tean (11 Mac 2025). "The People's Alliance for Reform (PAR) Will Be Contesting The Following Constituencies In GE2025!". Facebook (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Mei 2025. Dicapai pada 3 Mei 2025.
- ^ Yow, Daphne (23 April 2025). "GE2025: Who's contesting where, at a glance". CNA (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 23 April 2025. Dicapai pada 25 April 2025.