Perejangan atau pendorongan kapal angkasa ialah sebarang cara yang digunakan untuk mengubah halaju kapal angkasa lepas dan satelit buatan. Terdapat banyak cara yang berbeza. Setiap cara mempunyai keburukan dan kelebihan tersendiri, dan perejangan kapal angkasa merupakan satu bidang penyelidikan yang aktif. Walau bagaimanapun, banyak angkasa lepas sekarang yang didorong dengan mengeluarkan gas dari belakang kenderaan dalam laju cepat melalui muncung de Laval supersonik. Enjin jenis ini dipanggil enjin roket.
Semua angkasa lepas sekarang menggunakan roket kimia (dwipendorong atau bahan api pepejal) untuk pelancaran, tetapi sesetengah kapal angkasa (seperti roket Pegasus dan SpaceShipOne) telah menggunakan enjin enjin pernafasan udara dalam tahap pertama. Kebanyakan satelit mempunyai tujahan kimia mudah (roket pendorong tunggal) atau roket resistojet untuk pengurusan stesen orbit manakala yang lain menggunakan roda momentum untuk kawalan altitud. Satelit Soviet telah menggunakan pendorongan elektrik selama berdekad-dekad, dan kapal angkasa Barat yang baru turut menggunakannya untuk pengurusan stesen utara-selatan. Kenderaan antara planet biasanya menggunakan roket kimia, walaupun ada beberapa yang cuba menggunakan penujah ion (sejenis pendorongan elektrik) dan berjaya.
Keperluan untuk sistem perejangan
Satelit buatan mesti dilancarkan ke orbit, dan apabila sampai ke situ, ia mesti diletakkan di dalam orbitnya. setelah berada dalam orbit yang dikehendaki, mereka memerlukan bentuk kawalan altitud supaya dapat diarahkan selaras dengan Bumi, Matahari dan/atau objek astronomi yang dikehendaki[1]. Satelit juga tertakluk kepada tarikan dari atmosfera nipis, dan untuk dapat kekal dalam orbit untuk tempoh masa yang panjang suatu bentuk perejangan diperlukan untuk membetulkannya secara kecil-kecilan[2]. Satelit-satelit perlu berpindah dari satu orbit ke satu sama lain dari semasa, dan ini juga memerlukan perejangan[3]. Apabila satelit kehabisan keupayaan untuk mengubah orbitnya, jangka kegunaanya dianggap tamat.
Kapal angkasa yang direka untuk mengembara lebih jauh mungkin memerlukan kaedah pendorongan yang berbeza. Sama seperti satelit, kapal ini turut perlu dilancarkan dari Bumi. Namun selepas tiba di orbit, ia perlu meninggalkan orbit dan bergerak menuju sasaran.
Untuk perjalanan antara planet, kapal angkasa mesti menggunakan enjinnya untuk meninggalkan orbit Bumi. Selepas itu, ia perlu mencari cara untuk sampai ke destinasinya. Kapal angkasa antara planet kini melakukan sedemikian dengan satu siri pelarasan trajektori jangka pendek.[4]
Lihat juga
- Perjalanan antara planet
- Perjalanan antara bintang
- Senarai topik kejuruteraan aeroangkasa
- Layar magnet
- Pengendalian orbit
- Mekanik orbit
- Enjin peletusan denyut
- Roket
- Muncung enjin roket
- Satelit
- Layar suria
- Impuls spesifik
- Persamaan roket Tsiolkovsky
Rujukan
- ^ Hess, M.; Martin, K. K.; Rachul, L. J. (7 Februari 2002). "Thrusters Precisely Guide EO-1 Satellite in Space First". NASA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-12-06. Dicapai pada 2007-07-30.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- ^ Phillips, Tony (30 Mei 2000). "Solar S'Mores". NASA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-04. Dicapai pada 2007-07-30.
- ^ Olsen, Carrie (21 September 1995). "Hohmann Transfer & Plane Changes". NASA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-07-15. Dicapai pada 2007-07-30.
- ^ Staff (24 April 2007). "Interplanetary Cruise". 2001 Mars Odyssey. NASA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-08-25. Dicapai pada 2007-07-30.
Bacaan lanjut
- Bolonkin A.A., Non-Rocket Space Launch and Flight, Elsevier, 2006, 488 pgs.
Pautan luar
- NASA Beginner's Guide to Propulsion
- NASA Breakthrough Propulsion Physics project Diarkibkan 2004-04-02 di Wayback Machine
- Rocket Propulsion
- Journal of Advanced Theoretical Propulsion
- Different Rockets
- Earth-to-Orbit Transportation Bibliography
- Spaceflight Propulsion - a detailed survey by Greg Goebel, in the public domain
- Rocket motors on howstuffworks.com
- Johns Hopkins University, Chemical Propulsion Information Analysis Center