Isu Ketua Menteri Pulau Pinang dari kalangan Melayu telah lama menjadi isu di kalangan pembangkang sejak dahulu lagi. Ini kerana bilangan kerusi yang majoritinya Melayu dikatakan lebih daripada Cina dan India. Malekhanif 18:56, 2 Mac 2008 (UTC)
Saya rasa sebelum parti Gerakan memasuki Barisan Nasional dahulu. Mungkin, mereka pernah membuat rundingan sesama sendiri kot, yang mana jika parti Gerakan menyertai Barisan Nasional maka jawatan mutlak bagi Ketua Menteri Pulau Pinang berada di tangan pemimpin parti Gerakan meskipun parti MCA, MIC, UMNO menang lebih banyak kerusi daripada parti Gerakan pada satu-satu pilihan raya itu(jika Barisan Nasional menang, maka pernyataan berkenaan digunapakai). Akan tetapi, jika parti pembangkang yang menang lebih banyak kerusi daripada BN pada sesuatu pilihan raya maka parti pembangkanglah yang berhak menjadi pemimpin tertinggi kerajaan Pulau Pinang dan parti Gerakan tidak boleh berbuat apa-apa pada masa itu. Seperti yang tidak boleh diubah lagi mungkin perkara itu boleh berakhir jika parti Gerakan keluar daripada Barisan Nasional maka akan berlaku perubahan ataupun mungkin kekal buat selama-lamanya, kot. Mengenai isu orang Melayu tak boleh jadi Ketua Menteri Pulau Pinang pulak, sememangnya parti UMNO, MCA, MIC tidak boleh berbuat apa-apa lagi untuk menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Jika orang Melayu inginkan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang, tak perlulah semua berkumpul masuk UMNO. Sebaliknya masuk ke setiap parti yang ada di Malaysia terutama parti Gerakan jika inginkan anak Melayu memimpin Pulau Pinang. Jangan sesekali berpendapat bahawa kaum Tionghua sahaja yang berhak memasuki parti Gerakan. Sebaliknya, visi awal penubuhan menegaskan parti ini boleh disertai semua kaum dan tidak terhad kepada satu kaum sahaja dan juga jangan beranggapan bahawa jika anda orang Melayu - UMNO, orang Cina - MCA, orang India - MIC. Sebenarnya perspektif begitu patut dilenyapkan dan anda perlu berfikiran matang, bijak, dan positif jika inginkan sesuatu pencapaian yang membanggakan. — Didie (bincang) 01:24, 3 Mac 2008 (UTC)
Keneutralan dan rujukan
Tolong perbaiki mutu rencana ini agar bernada neutral (contohi versi Inggeris yang ibarat koleksi berita), tambahan pula perbanyakkan rujukan agar rencana ini kekal mutunya pada masa hadapan. 60.50.240.171 12:26, 11 Mac 2008 (UTC)
- Sokongan, sila perbaiki POV artikel ini.Limap5 11:41, 12 Mac 2008 (UTC)
- Setuju.Sila perbaiki mutu rencana kerana bias terhadap kerajaan dan melebihkan pembangkang boleh dilihat dengan jelas.
Sila nyatakan bahagian-bahagian yang anda katakan tidak berkecuali itu. Dan lain kali tantadangani perbualan anda. Terima kasih. Alistaire (bincang) 05:27, 25 Januari 2009 (UTC)
MAFREL
Mafrel telah bersetuju untuk memantau PRU12. Namun, akibat pembatalan penggunaan dakwat celup di saat-saat akhir, Mafrel menyerahkan semua kad pemerhati kepada SPR kerana membantah tindakan yang dianggap MAFREL sebagai penghinaan kepada ketulenan proses pilihanraya. Limap5 11:55, 12 Mac 2008 (UTC)
- Bagi saya terjatuhnya 5 negeri ketangan oppostion party dah menunujkkan ketelusan SPR. Tapi seperti yang dicakap Ustaz Haron Din di dun Sanglang, dia berasa pelik kerana pada kiraan awal hanya 20 undi rosak tapi bila dikira semula undi rosak sampai 500! Orang di situ buat karangan ker! Tak taulah, setiap orang mesti ada keinsafan pada diri bukan hanya bergantung pada SPR. PuteraLuqman Tunku Andre 16:00, 12 Mac 2008 (UTC)
Kematian Zakaria Deros
Kematian Zakaria Deros ada kene mengena dengan keputusan Pilihan Raya? Fiscx 05:58, 9 Mei 2008 (UTC)
Gambar
Eh sejak bila ada gambar paklah ngan dr.azizah?161.139.100.98 15:03, 18 Ogos 2008 (UTC)
Nama rencana
Saya lihat rencana ini banyak dialih namanya. Namanya terkini "Pilihan raya.." tidak sesuai kerana Pilihanraya adalah satu perkataan bukan dua (rujuklah kamus DBP). Sila betulkan. Terima kasih. Alistaire (bincang) 05:27, 25 Januari 2009 (UTC)
- Saya rujuk, pilihan raya dieja jarak cenggitu.. ^_^ —니두씨 06:02, 25 Januari 2009 (UTC)