Laman ini ialah laman perbincangan untuk membincangkan penambahbaikan pada rencana Florence Nightingale. Laman ini bukan forum untuk perbincangan biasa topik rencana. |
Polisi rencana
|
Cari sumber: Google (buku · berita · surat khabar · sarjana · imej percuma · ruj WP) · FENS · JSTOR · NYT · TWL |
Florence Nightingale telah disenaraikan sebagai rencana berkepentingan aras 4 pada topik Orang. Jika anda boleh menambah baik rencana ini, sila lakukannya. Rencana ini telah dinilai sebagai kelas RP. |
Florence Nightingale is a featured article; it (or a previous version of it) has been identified as one of the best articles produced by the Wikipedia community. Even so, if you can update or improve it, please do so. | ||||
| ||||
Rencana ini tidak mempunyai kotak info. Anda mungkin ingin menambah satu, supaya rencana ini menyerupai paparan piawai untuk subjek ini. Halaman perbincangan ini mungkin mengandungi sepanduk projek yang berkaitan, yang menyediakan kotak info piawai untuk rencana jenis ini. Lihat juga Kategori:Templat kotak info, dan Wikipedia:WikiProjek Kotak info. |
Apa Kaitan Al-Razi dengan Florence Nightingale?
Walaupun saya faham bahawa Al-Razi menyedari kepentingan kebersihan udara, tetapi rencana ini adalah tentang Florence Nightingale. Jika begitu, mengapa letakkan cerita orang lain pula? Pada pendapat saya cerita Al-Razi lebih sesuai dalam rencana yang berjudul "sejarah perubatan" ataupun "sejarah institusi hospital". Bandingkan artikel artikel ini dengan versi Bahasa Inggerisnya: http://en.wikipedia.org/wiki/Florence_nightingale Memang jelas versi BI mempunyai lebih banyak informasi berbanding dengan yang ini.
Harap Maklum: 18:03, 9 April 2006 (UTC)
- A, ha ha ha. Ini artikelnya siapa sih? Ar-Razi atau Florence Nightingale? Kok malah jadi ngomongin rumah sakit Islam? Seharusnya dialihkan masalah-masalah ini ke rumah sakit. Sayang artikelnya jadi rusak.
Kayak gini kok jadi artikel pilihan :D (serenity)
- Kalau dilihat di rencana Inggeris tersebut ayat "In many ways she was extremely "modern" in her attitude to health management, ". Pengendalian kebersihan adalah pekara lama dalam perubatan Islam, jadinya rencana BM lebih tepat. Yosri 09:46, 4 April 2007 (UTC)
Saya juga bersetuju dengan pendapat saudara/i di atas. Sememangnya perenggan Al-Razi tidak ada kaitannya dengan rencana Florence Nightingale. Mungkin ada baiknya jika perenggan itu disunting dan ditambahkan dengan maklumat-maklumat yang lebih berkaitan dengan tokoh yang dibincangkan. --Coljames 21:13, 9 April 2006 (UTC)
Sebenarnya maksud perenggan itu adalah Barat cuba mendakwa kebersihan di Hospital dipopularkan oleh mereka, sedangkan ia telah lama diamalkan oleh pakar perubatan muslim. Doktor muslim telah lama mengenalpasti keadaan kotor membawa kepada jangkitan. Mungkin boleh diperbaiki ayatnya bagi membawa maksud tersebut. Yosri 05:12, 10 April 2006 (UTC)
Malu baca artikel ini, nampaknya orang-orang yang mengkarya berniat menaikkan taraf agama mereka dan bukan kualiti karya. Nasib baik saya faham sedikit dalam bahasa Inggeris, apabila saya baca artikel yang bertajuk serupa dalam bahasa Inggeris, ia lebih memanfaatkan, lebih menyakinkan dan lebih profesional daripada artikel Bahasa Melayu, yang sering dikatakan bertaraf sama dengan Bahasa Inggeris. MALU! Dalam artikel B.Inggeris itu, ia memang mengisah mengenali subjek yang dibincangkan tanpa menyentuh agama, jantina, ataupun orang-orang yang tidak berkenaan. Malah, ia dikarya dengan rujukan-rujukan yang kuat tanpa menyelewengkan kisah benar, contohnya artikel Al-Razi dalam B.Inggeris.
Taraf sesuatu bahasa bukan berasalkan kuantiti sahaja tetapi juga kualiti. Malah, KUALITI adalah lebih penting daripada kuantiti. Jika sesuatu bahasa sering digunakan menghasilkan karya-karya yang kurang berkualiti, ini akan menurunkan keyakinan pembaca terhadap hasil karya bahasa tersebut secara langsung atau tidak, ini menurunkan taraf bahasa berkenaan.
Nampaknya komen Yosri, seorang penyelia wikipedia Bahasa Melayu yang banyak berpengalaman, menyokong penambahan perenggan tidak berkenaan dalam artikel ini untuk mengesyorkan niat-niat tertentu. Dengan cara karya sebegini, sampai bilakah taraf Bahasa Melayu boleh setanding dengan Bahasa Inggeris? Yang pasti adalah bilangan artikel bahasa Melayu akan jauh melebihi Bahasa Inggeris. Bahasa Melayu, BOLEH!
Nerake 16:30, 10 April 2006 (UTC)
Sebenarnya jika anda tidak berpuas hati dengan kualiti rencana yang ditulis, anda boleh memperbaikinya atau mempebetulkan maklumat mengenainya. Kritikan anda yang keterlaluan langsung tidak membantu dalam mengembangkan Wikipedia Bahasa Melayu secara khususnya dan bahasa melayu sendiri secara amnya. Anda kena fikirkan semua artikel yang ditulis disini ialah secara sukarela. Jadi anda tidak boleh menyalahkan si tukang tulis rencana. Daripada anda mengkritik rencana ini lebih baik anda menolong mengemaskan rencana ini. Bukankah itu lebih baik? Dengan itu bahasa melayu menjadi lebih baik. Anda boleh mengkritik tetapi anda tidak boleh menghina orang lain. — Master2841 16:39, 10 April 2006 (UTC)
Master2841,
Komen pembaca tidak membantu dalam mengembangkan Wikipedia BM? Nampaknya, hasrat Master2841 hanya ingin mengembangkan Kuantiti tanpa mengambil kira KUALITI karya. Jika setiap artikel saya baca dan saya juga mengubahnya, saya akan tersinggung jika karya tersebut dikembalikan ke versi sebelumnya tanpa sebab yang kukuh. Lagipun pengarang artikel ini adalah penyelia berpengalaman manalah saya layak menyunting kan? Jika artikel tersebut dikembalikan ke versi sebelumnya, tersia-sialah usaha saya pula.
Adakah penulis sukarela tidak patut dikritik? Kalau begitu bolehlah penulis sukarela menulis apajua artikel tanpa mengambil kira kualiti. Penulis sukarela juga berhak menyeleweng tanpa teguran? Adakah hasil karya penulis sukarela mendapat kedudukan istimewa dalam bidang karya? Adakah apajua hasil karya penulis sukarela perlu disunjung tinggi?
Menghina? Tak pernah muncul dalam mindaku, seolah-olah terlupa kosa kata ni. Siapa yang rasa terhina? Mereka yang tidak sanggup menerima kritikan orang. Mereka yang tak sanggup menerima hakikat. Mereka yang tak sanggup memperbetulkan kesilapan. Mereka yang tak sanggup memajukan hasilan. Mereka yang tak sanggup korban demi kejayaan.Nerake 14:00, 12 April 2006 (UTC)
- Anda pernah mengatakan kepada saya bahawa anda terasa "tersinggung" akibat perbuatan saya mengambalikan rencana Lao Zi yang dikemas kini oleh anda. Anda tidak rasa yang anda juga membuat orang yang menulis rencana (sekalipun dia ialah penyelia) tersinggung dengan komen anda yang begitu negatif? Berbanding kritikan dua pengguna sebelum anda, kritikan mereka lebih terbuka dan positif. Anda memberi kritikan seolah-olah anda berada di dalam Parlimen.
Penulis sukarela juga berhak menyeleweng tanpa teguran?
Apakah penyelewengan yang dimaksudkan anda?
Penulis sukarela juga berhak menyeleweng tanpa teguran? Adakah hasil karya penulis sukarela mendapat kedudukan istimewa dalam bidang karya?
Jika begitu mengapa anda begitu marah apabila rencana Lao Zi dikembalikan ke versi asal?
Anda kena faham pengarang yang mengarang rencana ini menulis rencana ini dengan sukarela. Jika pengarang berasa tersinggung dengan kritikan melampau anda, adakah dia akan menulis lagi di wikipedia ini? Mengenai status kualiti pula anda kena faham bukan semua pengarang di sini ialah penulis profesional maka aspek kualiti tidak harus dibangkitkan. Jikalau anda tidak berpuas hati dengan kualiti rencana ini anda boleh mengemas kini rencana ini sehingga ia boleh menjadi berkualiti seperti yang anda inginkan. Kalau hendak wikipedia ini setaraf wikipedia lain anda juga perlu bekerja menjadikannya setaraf wikipedia tersebut. Saya mengakhiri perbincangan kita dengan serangkap pantun:
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. — Master2841 17:09, 12 Mac 2006 (UTC)
Sebenarnya saya tiada niat hendak mengesyorkan niat-niat tertentu. Malah jika dilihat, banyak ciptaan dari orang Cina, Arab, India dan lain-lain diketepikan begitu sahaja dan seolah-olah Barat yang menciptanya. Kini sejarah sebenar telah dibongkar seperti pelayaran Cheng Ho, dll. Saya hanya menulis apa yang sebenar, tidak kisahlah orang Cina ke, orang India ke. Kalau mereka orang yang pertama, saya akan tuliskan. Contohnya, Gutensberg dikatakan mencipta pencetak huruf atur yang pertama, tetapi kini saya baru tahu orang Cina telah menciptanya lebih awal lagi. Jangan tertipu dengan Wiki BI. Jika anda menulis pekara benar, itu lebih baik dari seribu perkara bohong. Yosri 00:40, 12 April 2006 (UTC)
Yosri,
Memang benar kata-kata anda. Terdapat banyak ciptaan telah dicipta pada masa dahulu memang bukan oleh orang Barat tetapi kebanyakannya memang diperbaiki dan dipermajukan oleh orang Barat adalah tidak dapat dinafikan. Biasanya jasa pencipta digelapkan tetapi jasa memajukan dan memperbaiki dilihat orang ramai, ini memang lama dipraktikan. Contohnya camera berdigit. Kebanyakan orang akan terpikir CANON, Jepun. Tetapi siapa pula sedar akan camera berdigit peringkat pengguna pertama adalah sumbangan "Apple QuickTake 100 Camera"? Siapa pula pernah lihat camera berdigit APPLE sekarang?
Pelayaran Cheng Ho disahkan sebagai pelayar dunia pertama baru-baru ini, merupakan hakikat yang tidak dapat dinafikan pada ketika ini (Mungkin orang lain pulak pada masa depan, tunggulah ahli sejarah sedang mengkaji, banyak lagi belum dijumpai). Tetapi SIAPA yang membongkarkan? SIAPA yang membuat kajian? SIAPA yang mengumumkan perjumpaian ini? Orang Barat juga. Mereka tidak menafikan malah menerima hakikat ini.
Biar kita kembali ke komen saya. Komen saya adalah penyelewengan tajuk. Katakanlah, artikel ini serta tajuknya dihantar dan disemak oleh Cikgu sekolah menengah, katakan pemeriksa SPM. Apakah komennya? Berapa markah akan diberi? Adakah ia dikatagorikan dalam karangan menyeleweng? Setiap pembaca akan menilai setiap artikel yang dibaca dengan sewajarnya.
Biar kita rujuk balik komen pertama oleh "Harap Maklum",
- "...mengapa letakkan cerita orang lain pula?... "
- "...mengapa letakkan cerita orang lain pula?... "
Komen kedua oleh ColJames
- "...perenggan Al-Razi tidak ada kaitannya dengan rencana Florence Nightingale..."
- "...perenggan Al-Razi tidak ada kaitannya dengan rencana Florence Nightingale..."
Ada komen yang menyatakan perenggan itu berkenaan dengan tajuknya? Malah Harap maklum telah mencadangkan TAJUK yang lebih sesuai untuk tokoh Al-Razi.
Dalam artikel Florence Nightingale versi B.Inggeris, ia tidak menuntut bahawa beliau merupakan orang pertama yang mementingkan kebersihan hospital tetapi jasa-jasa, kehidupan peribadi beliau termasuk syakian sebagai seorang lesbian. Jika terdapat jasa-jasa beliau yang tidak sah atau tidak betul, tegurkan dalam laman tersebut. Anda juga boleh menulis artikel mengenai tokoh Al-Hazi dengan jasa-jasa, usaha-usaha, pengaruh-pengaruh serta hidup peribadi beliau tanpa larangan, tetapi jangan menyeleweng.
Apa yang ditulis bukan sahaja dibaca oleh rakyat Malaysia tetapi orang dari seluruh dunia yang memahami B.Melayu. Mereka yang memahami B.Melayu bukan sahaja rakyat Malaysia, Indonesia tetapi juga orang-orang dari seluruh dunia. Imej negara bukan sahaja dari rakyatnya sahaja tetapi juga hasil karya. Tolonglah jangan imej bahasa, imej negara. Nerake 14:00, 12 April 2006 (UTC)
- Terima kasih kerana lebih sopan dalam pernyataan anda. Sebagai jawapan; saya meletakkan contoh Al-Razi kerana sebagai bukti menyokong terdapatnya hospital di negara Arab pada tempoh itu yang lebih baik, bagaimana ia lebih baik, dan tarikh ia diamalkan. Sekiranya saya mendakwa kebersihan telah diamalkan di negara Arab lama sebelumnya tanpa bukti, pastinya ada orang yang akan mendakwa ianya satu pembohongan, dan bertanyakan bapa buktinya. Ini kerana konsep ini begitu asing dikalangan mereka yang berfikiran aliran barat, saya bimbang mereka tidak dapat menerimanya. Malah PM Britain yang jahil itu menegaskan, "Islam tidak pernah menyumbang apa-apa kepada kebudayaan barat." Sekiranya anda rasa ada ayat yang lebih baik sila letakkannya di situ. Asalkan dasarnya menegaskan konsep kebersihan telah diamalkan di negara Arab lama sebelumnya. Ia bukan menyeleweng kerana ia adalah bukti menyokong, jadi tiada siapa boleh menyanggah dakwaan saya.
- Saya tidak pernah menyeleweng, kerana yang diletakkan adalah fakta semata-mata. Penyelewengan adalah apabila saya menukar fakta atau menyembunyikan fakta. Sebagai contoh, anda mendakwa Florence Nightingale tidak tidak menuntut gelaran sebagai orang pertama yang mementingkan kebersihan hospital, tetapi beliau di anugerahkan gelaran kerana rawatannya kepada pesakit (it's a big thing, first ever in the west), tetapi tiada catatan yang menyatakan itu amalan biasa di negara Arab sebelum masa itu lagi. Pada pendapat saya itu penyelewengan. Lihat sahaja filem The Black Hawk Down yang mendakwa Amerika semata-mata sebagi perwira. Semua itu adalah cara mereka menyeleweng pemikiran dunia bahawa mereka yang unggul. Banyak lagi yang sedemikian, cuma ramai yang tidak menyedarinya.
- Sememangnya saya menyedari rencana ini di baca di seluruh dunia, itulah sebabnya saya menulis semua perkara. Saya menulis sejarah Cina, (Dinasti Tang, Sejarah Mexico, dan banyak lagi. Anda hanya perlu mencarinya sebelum membuat dakwaan liar di masa hadapan. Cuma kerana saya lebih mengenali kebudayaan Melayu Malaysia, pastinya saya meletakkan penafiaan Malaysia agar sekiranya terdapat perbezaan amalan di kebudayaan Afrika, orang akan jelas bahawa sesuatu kebudayaan itu hanya diamalkan di Malaysia. Sekiranya ia diamalkan di tempat lain, mereka boleh meletakkan ayat yang menyatakan sedemikian. Wikipedia boleh disunting oleh semua orang, asalkan berlandaskan bukti dan fakta yang tepat.
- Adalah menjadi tugas kita semua memberitahu perkara sebenar. Sekarang saya dah tahu camera berdigit peringkat pengguna pertama adalah sumbangan "Apple QuickTake 100 Camera". Byee.... Yosri 00:46, 13 April 2006 (UTC)
Master2841 dan Yosri
Selepas membaca komen-komen anda berdua, saya menyokong dengan sepenuhnya pendapat Master2841 dimana:
"Mengenai status kualiti pula anda kena faham bukan semua pengarang di sini ialah penulis profesional
maka aspek kualiti tidak harus dibangkitkan."
Memang betul katanya. Nerake 13:43, 20 April 2006 (UTC)
- Jika sudah tahu, terpulang kepada anda, nak jadi NATO - tahu cakap sahaja, atau anda akan menyumbang kepakaran anda. Yosri 00:16, 21 April 2006 (UTC)
- All Wikipedia vital articles
- All Wikipedia level-4 vital articles
- Semua rencana berkepentingan Wikipedia dalam bidang Orang
- Semua rencana berkepentingan Wikipedia kelas RP
- Rencana berkepentingan Wikipedia aras 4 pada Orang
- Rencana berkepentingan Wikipedia kelas RP pada Orang
- Rencana berkepentingan kelas RP aras 4
- Wikipedia featured articles
- Article history templates with errors
- Rencana biografi tanpa parameter listas
- Rencana biografi tanpa kotak info
- Rencana biografi RP-Class
- Wikipedia articles with an infobox request