Intisari Government-Linked Corporation | |
---|---|
Dibentuk | 01 Ogos 1964 |
Jenis | Government-Linked Corporation |
Bidang kuasa | Selangor |
Ibu pejabat | Shah Alam, Selangor |
Eksekutif Government-Linked Corporation | |
Agensi induk | Kerajaan Negeri Selangor, Kementerian Ekonomi Malaysia |
Laman sesawang | https://www.pkns.gov.my/ |
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor atau singkatannya (PKNS) adalah suatu agensi kerajaan yang ditubuh oleh kerajaan bagi membantu kerajaan negeri Selangor dalam usaha membangunkan negeri dengan kesaksamaan ekonomi yang adil dan pertumbuhan sosio ekonomi yang berpandukan dasar kerajaan demi mewujudkan kestabilan, keharmonian dan keadilan sosial, khususnya bagi negeri Selangor.
Sejarah
PKNS telah ditubuhkan pada 1 Ogos 1964 di bawah Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, 1964 (Sel. Enact.No.4 of 1964) sebagai badan berkanun dan agensi pembangunan peringkat negeri bertujuan untuk mengisi kemerdekaan menerusi pengagihan dan penggalakan pertumbuhan sosio-ekonomi ke seluruh negeri Selangor berpandukan dasar-dasar kerajaan dalam mewujudkan kestabilan, keharmonian dan keadilan sosial bagi mencapai wawasan negara. Harapan ini dilaksanakan menerusi pembangunan hartanah, pembangunan perdagangan, pembangunan perindustrian dan pelaburan.
Visi dan Misi
- " Membina Komuniti , Memperkasa Kehidupan ... Merealisasi Impian "
- " Inovasi Berterusan , Perkhidmatan Melangkaui Ekspetasi , Modal Insan Yang Komited Dan Kompeten "
Piagam Pelanggan
Piagam Pelanggan PKNS menuntut setiap anggotanya " sentiasa bersedia memberi perkhidmatan yang mesra, produktif, proaktif, berkesan dan menghasilkan produk pembangunan hartanah yang berkualiti " di dalam bidang Perkhidmatan Kontrak, Perkhidmatan Perolehan & Pengurusan Aset, Perkhidmatan Jualan, Perkhidmatan Selepas Jualan dan Perkhidmatan Kaunter.
Bandar/ Taman yang dimajukan oleh PKNS
- Bandar Baru Shah Alam
Anak Syarikat
Subsidiary | CEO |
---|---|
Worldwide Holdings Berhad | Y.Bhg. Datin Paduka Hajah Norazlina Zakaria |
PECB Properties Berhad | Tuan Hj. Azhar bin Ahmad |
Selaman Sdn. Bhd. | Puan Hajah Kamarul Azian Hashim |
PKNS Real Estate Sdn. Bhd. (PREC) | Tuan Sr. Haji Fakru Radzi Ab. Ghani |
Pi Brilliant Berhad | Tuan Haji Mohd Zain bin Sarman |
Selgate Corporation Sdn. Bhd. | YBhg. Dato’ Noor Hisham bin Mohd Ghouth |
Datumcorp International Sdn. Bhd. (DCI) | YM. Tengku Khairil Azwan bin Tengku Abdul Samad |
SACC Convec Sdn. Bhd. | Puan Hajah Nor Azlina binti Amran |
Selangor Industrial Corporation Sdn. Bhd. | Tuan Haji Saharom bin Mohni |
Akademi PKNS Sdn. Bhd. | Encik Mohd Raihan bin Tahir |
De Palma Management Services Sdn. Bhd. (DPMS) | - |
PKNS FM Integrated Sdn. Bhd. | Tuan Haji Shamshul Bahari bin Ahmad |
PKNS Golf Management Services Sdn. Bhd. | Tuan Haji Zubir bin Idrus |
Lihat juga
Pautan luar
- Laman Rasmi PKNS Diarkibkan 2010-02-19 di Wayback Machine
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.