Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) ialah sebuah badan di Pahang. PKNP ditubuhkan pada 27 Disember 1965 melalui Enakmen LKNP Bil. 12/65 dengan tanggungjawab utamanya bagi meningkat, mendorong, memberi kemudahan serta menjalankan usaha-usaha pembangunan ekonomi dan sosial negeri terutamanya di kawasan luar bandar.
Ahli Perbadanan PKNP
| Bilangan | Nama | Kedudukan |
|---|---|---|
| 1 | YAB Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin haji Wan Ismail, SSAP, SIMP, DIMP, SMP, AMP | Menteri Besar Pahang |
| 2 | YB Dato' Sri Dr haji Salehuddin bin haji Ishak., SSAP., SIMP., DIMP., JSM, PJK | Setiausaha Kerajaan Pahang |
| 3 | YB Dato' Sri haji Shamsul Bahri bin haji Ibrahim, SSAP, DSAP, AMP | Penasihat Undang-undang negeri Pahang |
| 4 | YH Dato' Indera Nadzri bin Abu Bakar, SIMP, DSAP, DIMP, SMP | Pegawai Kewangan negeri Pahang |
| 5 | YH Dato' Haji Fadzillar bin Salleh, DSAP., DIMP.,SMP., AAP | Pengarah Pejabat Tanah dan Galian negeri Pahang |
| 6 | YH Dato' Sri Kamaruddin bin Mohammed, SSAP, ]]DSAP]], DIMP]] | Perlantikan Melalui Seksyen 4(1)(E) Enakmen PKNP (Pindaan 1990) |
| 7 | Encik Ahmad Suhaimi bin Endut | Setiausaha Bahagian Pengurusan Aset Awam, Kementerian Kewangan Malaysia |
| 8 | YH Dato' Wan Asmadi bin Wan Ahmad, (DIMP) | Perlantikan Melalui Seksyen 4(1) (e) Enakmen PKNP (Pindaan 1990) |
| 9 | Puan Rosmayuzi binti Musa () | Timbalan Pengarah Bahagian Pertanian Unit Perancang Ekonomi (JPM) |
| 10 | YH Dato' Mohd Asrul Aruwan bin Abdull Aziz, DIMP | Pengarah Kementerian Pembangunan Luar Bandar Negeri Pahang |
| 11 | Encik Mohd Faizal bin Jaafar, SMP, AMP | Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PKNP |
| 12 | ||
| 13 | ||
| 14 | ||
| 15 | ||
| 16 |
Sektor tumpuan
Peranan dan aktiviti utama PKNP dan Kumpulan adalah tertumpu kepada sektor-sektor berikut:
- Pembangunan Industri
- Pembangunan Hartanah
- Pembangunan Pusat Pertumbuhan Baru dan Bandar Baru
- Pelaburan
- Pembangunan Usahawan Bumiputera
Piagam pelanggan
PKNP berjanji akan
- Memberikan maklumbalas serta merta terhadap semua aduan pelanggan.
- Memberikan maklumbalas kelulusan permohonan tapak industri dalam tempoh selewat-lewatnya tujuh hari dari tarikh permohonan diterima.
- Membuat tawaran jualan kedai/rumah serta merta kepada pemohon yang mengemukakan dokumen yang lengkap.
- Mengeluarkan serta merta surat tawaran sewaan bagi premis-premis yang tersedia untuk disewa kepada pemohon yang berkelayakan dan mengemukakan dokumen yang lengkap.
- Menyediakan maklumat dan rujukan terkini mengenai perniagaan dan keusahawanan Bumiputera.
- Mengamalkan nilai-nilai murni dan berintegriti semasa memberikan perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan PKNP.
PKNP telah memperolehi pengiktirafan MS ISO 9001:2008
Kronologi:
| Tahun Mula Perlaksanaan | 1997 |
| Tahun Memperolehi Pensijilan ISO 9002 1994 | 7 Disember 1998 |
| Tahun Menaiktaraf SPK Berasas ISO 9001:2000 | 7 Disember 2001 |
| Tahun Menaiktaraf SPK Berasas ISO 9001:2008 | 2 November 2009 |
| Tarikh Akhir Sah ISO | 6 Disember 2013 |
SPK PKNP berasaskan ISO 9001:2015 pada 9 Julai 2018. SPK PKNP telah diperluaskan skopnya mencakupi keseluruhan aktiviti organisasi termasuk fungsi pemantauan pelaburan dan perkhidmatan korporat.
Skop Pensijilan ISO 9001:2008
Pentadbiran dan pengendalian bagi yang berikut:
- Pembangunan dan promosi industri
- Pembangunan projek komersial
- Pembangunan projek sosioekonomi
- Pembangunan keusahawanan bumiputera
- Pemantauan pelaburan, dan
- Perkhidmatan korporat.
Objektif kualiti
"Memenuhi keperluan dan harapan pelanggan"








