Peraturan Kesihatan Antarabangsa (bahasa Inggeris: International Health Regulations , disingkat IHR) ialah instrumen undang-undang antarabangsa yang mengikat negara-negara di dunia, termasuk ahli Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), untuk bekerja sama dalam isu kesihatan antarabangsa. Peraturan ini bertujuan untuk membantu masyarakat antarabangsa dalam mencegah dan merespons risiko kesihatan masyarakat akut yang berpotensi merentasi sempadan dan mengancam orang-orang di seluruh dunia.[1]
Objektif dan tujuan IHR 2005 ialah untuk mencegah, melindungi, mengawal dan menanggapi kesihatan masyarakat terhadap penyebaran penyakit antarabangsa dengan cara yang sepadan dan terhad pada risiko kesihatan awam, dan untuk menghindari gangguan yang tidak perlu oleh lalu lintas dan perdagangan antarabangsa.[2]
Rujukan
- ^ "What are the International Health Regulations and Emergency Committees?". 19 Disember 2019. Dicapai pada 11 April 2020.
- ^ "Strengthening health security by implementing the International Health Regulations (2005)". Dicapai pada 11 April 2020.