Perang Sungai Indus | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Peperangan Islam-Mongol | |||||||||
| |||||||||
Pihak yang terlibat | |||||||||
Empayar Mongol | Empayar Khwarizmiyah | ||||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||||
Genghis Khan | Jalaluddin Mingburnu | ||||||||
Kekuatan | |||||||||
Sekitar 40,000 | Sekitar 50,000 | ||||||||
Kerugian dan korban | |||||||||
Sekitar 8,000 | Sekitar 50,000, termasuk ribuan orang awam |
Pertempuran Indus terjadi di tebing Sungai Indus di Pakistan kini pada 1221 di antara saki-baki tentera Sultan Empayar Khwarizmiyah Jalaluddin Mingburnu dan gerombolan Genghis Khan dari Empayar Mongol.
Selepas memenangi Perang Parwan, Sultan Jalaluddin berpendapat tenteranya amat lemah dan tidak akan dapat menahan serangan lanjut Mongol. Lantas beliau membuat keputusan melarikan diri ke India, dan diikuti oleh ribuan pelarian dari Parsi. Genghis Khan yang marah dengan kekalahan Mongol turun sendiri dan berjaya mengejar Jalaluddin ketika mereka sedang bersedia menyeberangi Sungai Indus.[1]