Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Cina.
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Peperiksaan awam diraja di China (Cina Tradisional: 科舉 , Cina Ringkas: 科举 , pinyin: kējǔ) dilakukan dengan tujuan menilai dan memilih mana-mana orang berkelayakan menjadi pegawai awam di kerajaan tersebut. Peperiksaan ini dilaksanakan untuk memastikan pengukuhan pengetahuan sastera dan persuratan serta kepercayaan dan kefahaman adat[1] dalam kalangan pegawai negeri sebagai suatu penyatu fahaman dan kuasa serata China; kemampuan menaikkan pangkat diri melalui pendidikan turut mengukuhkan kedaulatan raja tanpa bergantung kepada kuasa bangsawan yang terwaris di mana kuasa tersebut diimbangi kelas sarjana berpengalaman dan berilmu tinggi.
Konsep ini mula dikembangkan pada awal sejarah China tetapi bentuk peperiksaan bertulis mula diperkukuhkan pada pertengahan dinasti Tang sehingga menguat dominan pada zaman dinasti Song. ia bertahan hingga dihapuskan dalam pembaharuan dasar-dasar kerajaan pada hujung zaman dinasti Qing pada tahun 1905. Pendekatan ini tuurt mempengaruhi seberapa kerajaan serantau yang didedahkan kepada budaya alam Cina termasuk Jepun (walaupun sebentar), Korea, Ryūkyū, dan juga Vietnam.
Gambaran umum
Syarat dikenakan
Sesiapa saja dari kalangan lelaki yang tidak dalam masa perkabungan serta datang dari keluarga yang tidak menjalankan pekerjaan-pekerjaan yang dianggap rendah (membuka tempat hiburan) dapat memasuki peperiksaan ujian. Seseorang yang gagal dalam peperiksaan didudukinya boleh mengulang sampai beberapa kali melainkan dikenakan sekatan tertentu yang menghalang pengambilan semula baik dalam bilangan terhad mengikut tempoh tertentu mahupun untuk selama-lamanya.
Pelaksanaan
Peperiksaan ini dilaksanakan dalam suatu kitaran tiga tahun yang ditetapkan sejak zaman dinasti Ming. Peperiksaan ini dilakukan secara berperingkat mengikut umur dan tahap. Ujian kelayakan dilaksanakan terlebih dahulu secara tahunan untuk anak lelaki yang belum dewasa secara setempat iaitu Tóngshì (童试):
- Xiànshì (縣試 ), ujian peringkat terendah iaitu dilaksanakan di setiap wilayah atau keresidenan (hsien) diawasi wakil wliayah
- Fǔshì (府試 ). ujian peringkat sederhana diadakan di ibu kota prefektur (fu). Ujian ini dinilai oleh petinggi prefektur.
- Yuànshì (院試 ), ujian peringkat tinggi diadakan serata provinsi.
Selepas ketiga-tiga ujian ini dapat lulus, pelajar dapat mara menuju peperiksaan lebih tinggi dan berkeutamaan:
- Xiāngshì (鄉試 , "peperiksaan desa") diadakan setiap tiga tahun di ibu kota provinsi
- Huìshì (會試 , "peperiksaan dewan") diadakan setiap tiga tahun di ibu kota kerajaan. Pelajar yang lulus dalam peperiksaan ini boleh menerima gelaran "sarjana" (jìnshì 進士) yang merupakan peringkat tertinggi Empat Kelas yang wujud dalam masyarakat China.
- Diànshì (殿試 , "peperiksaan istana") diadakan setiap tiga tahun di pekarangan Kota Larangan diawasi Maharaja China sendiri.
Kesinambungan
Di Republik China, sejak 1910
Sun Yat-sen yang memimpin pemerintahan republik baru ditubuhkan menggulingkan dinasti Qing meneruskan aturan penilaian ini dengan mewujudkan Yuan Peperiksaan. yuan atau "dewan" ini didasarkan gagasan Tiga Prinsip Rakyatnya yang menggabungkan unsur pemerintahan lama Cina dengan teori republik Barat. Ia tetap diteruskan pemerintahan parti Kuomintang yang berundur ke pulau Taiwan pada tahun 1947 berikutan kekalahan dalam perang saudara menentang Parti Komunis China.
Di Republik Rakyat China sejak 1949
Pembaharuan ekonomi yang diperkenalkan pada zaman pentadbiran Deng Xiaopeng pada tahun 1970-an mengekalkan sistem pemeriksaan untuk pemilihan dan penaikan pangkat penjawat awam.[2]
Pengaruh di dunia lain
Peperiksaan ini mula diketahui orang Barat melalui banyak mubaligh dan peneroka yang menjelajah ke Tanah China. Berikutan kejayaan awal Syarikat Hindia Timur Inggeris, kerajaan Britain menggunakan sistem peperiksaan yang serupa untuk menyaring penjawat awam pada tahun 1855. Berdasarkan model penyesuaian sebelumnya, Amerika Syarikat mewujudkan program peperiksaan sendiri untuk jawatan tertentu dalam kerajaan setelah tahun 1883.
Rujukan
- ^ Yang, 265–266 and Kracke, 251
- ^ "China's Civil Service Reform: An Update" (PDF). East Asian Institute at National University of Singapore. Dicapai pada 24 October 2017.