Penyiasat Remaja | |
Genre | Misteri, Detektif Feksyen |
---|---|
Manga | |
Pengarang | Yozaburo Kanari Seimaru Amagi |
Ilustrasi | Fumiya Sato |
Penerbit | Kodansha |
Penerbit Lain | |
Demografik | Shōnen |
Majalah Asal | Weekly Shonen Magazine |
Tarikh Pengeluaran | 1992 – kini |
Jilid | 65 |
Novel ringan | |
Pengarang | Seimaru Amagi |
Ilustrasi | Fumiya Satō |
Penerbit | Kodansha |
Tarikh Pengeluaran | 22 September 1994 – 20 April 2001 |
Jilid | 9 |
Filem anime | |
Pengarah | Daisuke Nishio |
Skrip/Penulis | Michiru Shimada |
Lagu/Muzik | Kaoru Wada |
Studio | Toei Animation |
Dikeluarkan pada | 14 Disember 1996 |
Jangka masa tayangan | 94 minit |
Siri televisyen anime | |
Pengarah | Daisuke Nishio |
Lagu/Muzik | Kaoru Wada |
Studio | Toei Animation |
Penyiaran Asal | Nippon Television |
Tarikh tayangan | 7 April 1997 – 11 September 2000 |
Episod | 148 |
Filem aksi sebenar | |
Pengarah | Yukihiko Tsutsumi |
Dikeluarkan pada | 13 Disember 1997 |
Filem anime | |
Satsuriku no Deep Blue | |
Studio | Toei Animation |
Dikeluarkan pada | 21 Ogos 1999 |
Jangka masa tayangan | 91 minit |
Siri televisyen anime | |
Kindaichi Case Files R | |
Studio | Toei Animation |
Penyiaran Asal | YTV, NTV |
Tarikh tayangan | 5 April 2014 – 26 Mac 2016 |
Episod | 47 + 1 |
Kindaichi Case Files (金田一少年の事件簿 , Kindaichi Shōnen no Jikenbo) atau dikenali sebagai Penyiasat Remaja merupakan satu siri manga yang berunsurkan penyiasatan kes-kes jenayah oleh seorang pelajar sekolah tinggi yang mempunyai kebijaksanaan luar biasa bernama Kindaichi Hajime. Siri ini adalah hasil kerjasama beberapa orang karyawan iaitu Kanari Yozaburo dan Amari Seimaru sebagai penulis dan Sato Fumiya sebagai pelukis[1].
Siri ini telah dianimasikan Toei Animation dalam bentuk wayang gambar dan juga siri televisyen dengan 148 episod bersiaran sedari tahun 1997 sehingga 2000. Komik ini diterbitkan di Malaysia dalam Bahasa Melayu oleh syarikat penerbitan Comics House dengan judul Penyiasat Remaja.
- Penyiasat Remaja:27 jilid
- Kes Penyiasat Remaja: 7 jilid
- Cabaran Remaja Kindaichi: 7 jilid
Kes-kes dalam siri ini biasanya ditonjolkan dalam bentuk pembunuhan kejam dan adakalanya bernada tahyul. Ia agak sama dengan gaya penulisan Agatha Christie atau JohnDickson Carr, yang melibatkan kes bilik tertutup atau jenayah yang kelihatan mustahil seperti pembunuhan berlaku dengan semua yang tertuduh mempunyai bukti alibi.
Begitupun, apa yang membezakan siri ini dengan sesiri yang lain adalah; penjenayah dan dalang setiap kes digambarkan dengan penuh sifat kemanusiaan dan punya sebab kenapa mereka melakukan jenayah, biasanya dikaitkan dengan emosi dan luka jiwa, dan bukannya semata-mata kerana duit.
Watak
- Kindaichi Hajime (金田一 一 Kindaichi Hajime): Pelajar sekolah tinggi ini merupakan pelajar malas, tidak bermotivasi, mata keranjang dan merupakan teman kanak-kanak Miyuki Nanase. Walau bagaimanapun, hanya beberapa orang sahaja yang mengetahui kebijaksanaan dan keberaniannya dengan nilai IQ sebanyak 180 yang berkemungkinan diwarisi darippada datuknya, penyiasat Kindaichi Kousuke (watak rekaan Seishi Yokomizo; dan dipanggil "Columbo Jepun" oleh sesetengah orang). Frasa, "Kes ini telah dibongkar!", menunjukkan kepada pembaca yang dia telahpun mempunyai semua fakta untuk mencari identiti pembunuh dan cara pembunuhan. Walaupun selalunya cuai, dia ialah sahabat yang baik, setia dan penyiasat yang bertaraf tinggi.
- Nanase Miyuki (七瀬 美雪 Nanase Miyuki): Teman kanak-kanak dan jiran Hajime, banyak persoalan yang timbul tentang mengapa pelajar contoh seperti Miyuki menjadi kawan kepada si pemalas seperti Hajime. Jauh di lubuk hatinya, Miyuki merasakan Hajime bukanlah bodoh dan mereka saling jatuh hati walaupun masih belum diungkapkan lagi. Tarikh lahirnya adalah 24 November, seperti yang tercatat dalam "Kes Pembunuhan Atas Skrin," iaitu ketika salah seorang watak bernama Kurokawa Hiho yang ada bertanya tentang horoskop.
- Kenmochi Isamu (剣持 勇 Kenmochi): Inspektor polis Tokyo yang bertemu dengan Hajime sejak kes yang pertama lagi dan kemudiannya sangat mengkagumi remaja itu serta memberi sokongan kepadanya tanpa berbelah bahagi. Dia lazim menjadi pegawai yang menyiasat kes Hajime dan sentiasa memberikan bantuan rasmi hanya kerana dia mempercayai sepenuhnya kebolehan Hajime,
- Akechi Kengo (明智 健悟 Akechi Kengo): Merupakan detektif polis (superintenden) yang bijak dan penyelia kepada Kenmochi. Kemunculan pertamanya adalah ketika "Legenda Kes Pembunuhan Hantu Salji", yang menjadi saingan Hajime untuk menyelesaikan kes tetapi masih membantunya mengelakkan dari masalah. Dia sering membandingkan kes jenayah di Jepun dengan pengalamannya ketikan di Los Angeles, dan membuatkannya lebih bongkak dalam perwatakannya. Dalam "Kes Pembunuhan Di Atas Kereta Api Magik", dapat diketahui yang dia berjumpa dengan Chikayama Reiko sebelum kematiannya yang membantu Kindaichi menyelesaikan kes. Dalam siri baru yang belum diterbitkan di Malaysia iaitu "Kes Pembunuhan Sekolah Neraka", dia (yang menyamar sebagai guru matematik) mendakwa pernah mengajar tiga tahun di sekolah persediaan. Dia turut mengetahui Bahasa Inggeris dan Bahasa Perancis.
- Hayami Reika (速水 玲香 Hayami Reika): Penyanyi dan pelakon terkenal Jepun yang mula muncul ketika "Legenda Kes Pembunuhan Hantu Salji" pada asalnya ditampilkan dengan sifat angkuh dan berlagak tetapi kemudiannya menjadi seorang gadis lemah yang memerlukan perlindungan. Selepas kes itu, Reika jatuh hati kepada Hajime dan menghantar coklat berbentuk jantung hanya kepadanya ketika Hari Valentine tanpa menulis nama. Sejak itu, dia dan Miyuki saling bersaing kerana Hajime. Dalam "Kes Pembunuhan di Manor Tarot", kehidupan silam Reika yang dia sendiri telah lupa akhirnya diketahui. Abang kandungnya terbunuh kerana ingin menyelamatkannya dari runtuhan salji dan bapa yang menjaganya selama ini adalah pembunuh kepada bapa kandungnya.
- Saki Ryuta (佐木 竜太 Saki Ryūta) dan Saki Ryuji (佐木 竜二 Saki Ryūji): Ryuta mula muncul dalam "Kes Pembunuhan Ajaib di Sekolah" yang merupakan ahli kepada Persatuan Pengajian Misteri. Dia sering membawa bersama kamera V8 dan merakam apa sahaja. Pita tersebut telah banyak membantu Hajime. Dalam "Kes Pembunuhan di Hotel Ijinkan", pita videonya menjadi bukti penting dan mengakibatkan dia dibunh kerana itu. Dalam "Kes Pembunuhan Remaja Kindaichi", adiknya, Saki Ryuji, yang tak tumpah seperti abangnya, mendekati Hajime dalam satu parti dan memberitahu yang abangnya ada memberitahu di dalam mimpi untuk membantu Kindaichi yang akan ditimpa masalah. Tak lama kemudian, Hajime telah dituduh membunuh seorang penulis dan Ryuji adalah salah seorang yang membantu Hajime membersihkan namanya. Selepas itu, Ryuji sering mendakwa yang dia adalah pembantu Hajime dan kadang kala benar-benar membantu Hajime menyelesaikan kes.
- Itsuki Yosuke (いつき 陽介 Itsuki Yōsuke): Penulis bebas yang mula muncul dalam "Kes Pembunuhan di Tasik Kecintaan Pilu" dan mereka menjadi sahabat baik kemudiannya. Dia muncul kembali dalam "Kes Pembunuhan di Hotel Ijinkan" dan membantu Hajime yang dalam pelarian dalam "Kes Pembunuhan Remaja Kindaichi". Sejak itu, dia sering dihubungi dan membantu Hajime dengan menggunakan kerjanya sebagai penulis bebas untuk mencari maklumat. Walau bagaimanapun pernah sekali dia tertipu dalam "Kes Pembunuhan Remaja Kindaichi", iaitu Yosuke mendapati salah satu kawan baikya adalah suspek utama. Bekas kekasihnya juga ditonjolkan dalam "Kes Pembunuhan Khazanah Amakusa" yang serba sedikit menceritakan kisah lampaunya.
- Takato Yoichi (高遠 遙一 Takato Yōichi): Musuh ketat Hajime yang sama bijaknya seperti Hajime dan Akechi. Dia menggunakan kepintarannya untuk melakukan pembunuhan yang hampir mustahil dilakukan, yang semuanya dilakukan dengan kesenian dan magik serta mampu mempergunakan orang lain.Dia mahir untuk mendekati orang yang mempunyai hasrat untuk membunuh dan membantu mereka melicinkan rancangan serta memainkan peranan di "balilk tabir" hanya untuk hiburan. Setiap kali dia didedahkan, dia pasti mampu melepaskan diri. Kerana itu, dia sering mengucapkan "Semoga berjaya, detektif!".
Kisah Misteri
27 jilid bersambungan telah diterbitkan di Malaysia dan ditambahkan dengan tambahan cerita kemudiannya. Pembacaan haruslah sentiasa bersambungan dan mengikut turutan memandangkan jilidnya adalah jenis bersambungan dan watak yang terdahulu akan muncul pada cerita yang kemudiannya. Secara keseluruhannya, misteri dan kes-kes pembunuhan mengikut tema tertentu (seperti cerita atau legenda).
Di Jepun, terdapat 48 jilid yang mengandungi 28 kes dan 24 kes pendek serta 9 penulisan cerpen.
Buat ketika ini, Malaysia sudahpun menerbitkan semua atau kebanyakan jilid tersebut.
Cerita panjang
- Kes Pembunuhan di Panggung Opera merupakan kes misteri pertama Kindaichi. Miyuki mengajak Kindaichi untuk membantu kelab drama sekolah untuk berlatih The Phantom of the Opera di sebuah hotel opera usang yang terletak di sebuah pulau terpencil. Walau bagaimanapun, pembunuh yang digelar "Orang Ganjil Opera" mengancam kumpulan pelajar itu dengan merayap di sekitar hotel dan membunuh pelajar seorang demi seorang dan sukar dikesan. Kini, semuanya bergantung kepada Kindaichi untuk menentang masa, cuaca dan Inspektor Kenmochi, untuk menyelesaikan kes tersebut.
- Kes Pembunuhan Kampung Orang Ganjil memperlihatkan Kindaichi dan Miyuki melawat rakan sekelas mereka yang akan berkahwin dan ditemani guru mereka yang juga teman lelaki kepada rakan mereka itu. Kampung yang memberi bentuk Bintang David di diami oleh golongan bangsawan mewah yang menyimpan misteri bersama mereka. Di dalam rumah mereka yang mewah tersimpan mayat kering yang telah dipotong. Perkara menjadi lebih serius apabila pembunuh dengan gelaran "Mayat Kering ke-7" melakukan pembunuhan di dalam gereja yang tertutup dan golongan bangsawan mati seorang demi seorang. Bagi Kindaichi, kes ini adalah lebih dari sekadar sumpahan Mayat Kering. Selepas mencari perkaitan antara mangsa dengan kejadian tragis 27 tahun yang melibatkan gereja yang di bakar, Kindaichi akhirnya membongkar misteri pembunuh tersebut.
- Legenda Kes Pembunuhan Hantu Salji pula menceritakan Kindaichi dan Kenmochi membantu dalam rancangan realiti "Rancangan Seram", iaitu rancangan untuk menakutkan artis. Keseronokan bertukar menjadi ngeri apabila satu daripada mangsa rancangan tersebut dibunuh oleh seseorang yang tampil sebagai "Hantu Salji" (atau dikenali sebagai "Yukiyasha"), di hadapan semua krew melalui siaran TV secara langsung. Masalah timbul apabila masa dan cara pembunuhan dipertikaikan dan ditelagahkan antara Kindaichi dan Akechi. Kekeliruan hanya terjawab apabila Kindaichi berjaya menemukan jawapan lantas berjaya mengalahkan Akechi dalam pertaruhan mereka.
- 7 Kes Pembunuhan Ajaib di Sekolah melanda sekolah Kindaichi apabila dia dan Miyuki menyertai Persatuan Pengajian Misteri dan cuba menyelesaikan misteri di sebalik "Tujuh Pengajaiban Sekolah Fudo." Tambahan pula, sekolah menerima surat ancaman daripada "Ahli Sihir Selepas Sekolah" yang menyatakan rumahnya di bangunan lama tidak boleh dirobohkan. Walau bagaimanapun, keadaan bertambah serius apabila mereka ternampak mayat salah seorang ahli persatuan mereka lesap kurang dari dua minit dari Makmal Biologi yang terkunci. Ancaman bertambah buruk apabila Miyuki turut diserang. Mampukan Kindaichi menangani emosinya terhadap seranag ke atas Miyuki dan mengaitkan jenayah dengan sejarah silam sekolah yang pedih dan misteri.
- Kes Pembunuhan di Pulau Khazanah telah mengkhabarkan terdapat sejumlah banyak khazanah yang dijaga oleh makhluk bernama "Anak Hutan" atau "Budak Bukit" ("Yamawara"), yang menarik Kindaichi dan pemburu harta yang lain. Walau bagaimanapun, tuan yang menguruskan rancangan ini telah dibunuh sebelum mereka tiba di pulau itu dan pembunuhan berlaku apabila semua orang mempunyai alibi mereka. Adakah benar makhluk penjaga itu akan merampas semua nyawa atau segala misteri dan mitos itu akan terjawab lebih awal?
- Kes Pembunuhan di Tasik Kecintaan Pilu mengikut legenda "Tasik Kecintaan Pilu" atau "Tasik Hiren" iaitu pasangan kekasih yang sebenarnya adik beradik membunuh diri dengan melemaskan diri ke dalam tasik itu kerana percintaan mereka adalah cinta yang terlarang. Walau bagaimanapun, kini tasik itu mempunyai resort yang bernilai jutaan yen. Kindaichi dan Miyuki menyertai kumpulan untuk mencuba dan menilai resort tersebut. Malangnya, kumpulan itu diancam oleh pembunuh gila yang "dikhabarkan" terlepas dari penjara dan membunuh mengikut cara pembunuhan kejam "Jason". Yang teruknya, jalan perhubungan darat dan talian telah terputus.
- Kes Pembunuhan di Hotel Ijinkan berlaku ketika menjelangnya Krismas di hotel Ijinkan yang ekslusif dan salah satu pelanggannya yang misteri adalah " Santa Claus Janggut Merah". Permainan mencari pembunuh yang dimulakan dengan drama pembunuhan menjadi kenyataan apabila pembunuhan sebenar berlaku dan kini, sahabat Kindaichi sendiri menjadi mangsa dan hanya dia sahaja yang berada di situ iaitu di dalam bilik yang tertutup. Mampukah dia terlepas dari rancangan pembunuh itu dengan mencari pembunuh sebenar sebelum dia betul-betul tidak boleh lari dari perangkap itu.
- Kes Pembunuhan di Sekolah Gantung Kepala, atau begitulah yang dinamakan kepada sekolah persediaan yang terkenal yang dihadiri Kindaichi setelah didesak ibunya. Walau bagaimanapun, sekolah yang banyak tekanan ini terkenal dengan kes pelajar menggantungkan diri. Dengan itu, salah seorang gurunya meminta bantuan Kindaichi untuk mencari dalang yang mengancamnya. Mampukah Kindaichi mengiku rentak " Lagu Dondang Neraka " dan menyelesaikan kes pembunuhan yang berlaku?
- Kes Pembunuhan di Rumah Jeratan Hida melibatkan legenda kampung kecil yang dipenuhi dengan pengkhianatan dan pertumpahan darah. Rakan lama Kenmochi meminta pertolongannya apabila mitos tersebut menjadi nyata dan mengugutnya. Misteri bertambah rumit apabila Kindaichi terpaksa berhadapan dengan mayat tanpa kepala yang dilakukan oleh "Pendekar Memburu Kepala" dan ketamakan serta kepura-puraan orang kampung.
- Kes Pembunuhan Remaja Kindaichi mengisahkan Kindaichi dijemput kenalan lamanya untuk membantu penyuntingnya mendapatkan hak bagu buku baru oleh seorang penulis terkenal. Penulis yang bongkak dan sombong itu mengadakan pertandingan memecahkan kod di villanya untuk mencari pemenang yang bertuah. Malangnya, penulis itu dibunuh dan ia mustahil dilakukan oleh sesiapapun kecuali Hajime Kindaichi! Lantas, Kindaichi berlumba dengan polis dan pembunuh untuk mengejar masa dan memecahkan kod lalu membarsihkan namanya.
- Kes Pembunuhan di Manor Tarot berlaku apabila bintang terkenal Reika Hayami menjemput Kindaichi dan Miyuki untuk bercuti di Manor Tarot di pergunungan yang mencetuskan kecemburuan di antara dua gadis tersebut. Turut menyertai mereka adalah krew yang turut menguruskan Reika, termasuk pengurus Reika, ahli ski yang sesat dan peminat. Percutian mereka bertukar sadis apabila rahsia bapa Reika terbongkar dan pembunuhan dahsyat berlaku. Mampukah Kindaichi melindungi Reika, dan menjawab teka-teki "Bayangan Pengancam" dengan kad Tarot.
- Kes Pembunuhan di Puri Patung Lilin melibatkan percutian misteri yang membuatkan Kindaichi dan Miyuki dijemput oleh Pegawai Akechi. Mereka menemui patung lilin yang berbagai rupa termasuk rupa peserta. Kemudian, permainan menjadi serius apabila pengacara mereka, "Mr. Redrum", menggunakan patung lilin yang menunjukkan keadaan pembunuhan sebelum yang pembunuhan sebenar berlaku kepada mangsa yang ditunjukkan dengan patung itu. Kini, Kindaichi harus mencari pembunuh tersebut sebelum lebih banyak yang dijadikan korban.
- Kes Pembunuhan Pencuri Gentleman melibatkan pencuri terkenal yang mencuri karya seni terkenal dengan menghapuskan dan merosakkan objek yang ditunjukkan oleh karya tersebut. Walau bagaimanapun, pencuri tersebut sudah melampau apabila bapa rakan Kindaichi sendiri terbunuh. Kindaichi terpaksa menyelesaikan misteri pembunuhan dan misteri di sebalik topeng "Pencuri Gentleman".
- Kes Pembunuhan di Pulau Perkuburan berlaku di pulau yang telah berlakunya pembunuhan beramai-ramai askar Jepun ketika Perang Dunia Kedua. Walau bagaimanapun, "Arwah Askar" telah hidup dan cuba membunuh Kindaichi dan rakannya yang lain. Mampukah Kindaichi melepaskan diri dan rakan-rakannya dari pulau tersebut dengan selamat sebelum semuanya terbunuh?
- Kes Pembunuhan di Atas Kereta Api Magik berlaku ketika dalam perjalanab dari Tokyo dan di sebuah pekan. Apa yang uniknya adalah berlaku di kalangan kumpulan ahli silap mata. Walau bagaimanapun, "Juruboneka Neraka" telah membuat keputusan untuk membunuh ahli silap mata seorang demi seorang. Dengan kehebatan mereka yang dikelilingi silap mata, pembunuhan agak mustahil untuk dilakukan. Dan apa kaitannya dengan kematian ahli sihir yang hebat, Reiko Chikayama, yang mati lima tahun dahulu?
- Kes Pembunuhan Kupu-kupu Hitam Maut melibatkan rama-rama yang jarang dijumpai yang menyebabkan penemuannya sebagai suatu perkara yang digembar-gemburkan. Ia juga memberikan inspirasi kepada pembunuh melakukan pembunuhan dan meninggalkan mangsa seperti rama-rama yang dipin. Mampukah Kindaichi menghalang "Kupu-Kupu yang Tak Mati" yang zalim yang sanggup membunuh anak kecil yang tidak berdosa? Adakah ia dilakukan oleh pembunuh dari kes yang lalu yang telah dianggap mati dan kini kembali untuk melakukan pembunuhan?
- Kes Pembunuhan Duit Syiling Perancis berlatar-belakangkan amalan pengkebumian di perkampungan Perancis iaitu duit syiling Perancis ditanam bersama-sama si mati. Bagi salah satu rakan lama Kindaichi, ia adalah satu petanda malang. Selain cuba untuk menikmati pertandingan pengantin dan melindungi orang yang tak bersalah, mampukah Kindaichi mengetahui siapakah sebenarnya "Duit Syiling Pengebumian" yang membunuh ramai orang dan mengaitkannya dengan kawannya?
- Kes Pembunuhan Peninggalan Syaitan menyaksikan Kindaichi diupah untuk menggali empat artifak yang digelar "'Peninggalan Syaitan" dan dikatakan telah dikutuk. Walau bagaimanapun, kematian bermula disebabkan itu. Maka, demi orang yang masih hidup (dan gajinya), Kindaichi mesti mengenal pasti siapakan "Dewa Burung Bengis" itu dan di manakah artifak itu disembunyikan.
- Kes Pembunuhan Penculikan Reika berlaku dan kawan Kindaichi itu, Reika Hayami, iaitu seorang bintang terkenal, mendakwa dia telah diculik oleh "Patung Pelawak". Akhirnya Kindaichi mendapati patung pelawak itu adalah dari kalangan krew yang bekerja untuk filem Reika. Tetapi siapa dia? Adakah terdapat dalang di sebalik kejadian itu?
- Kes Pembunuhan di Hutan Anjing Syaitan melibatkan Kindaichi dan kumpulannya yang masuk ke hutan untuk mencari cendawan. Walau bagaimanapun, keadaan bertambah teruk apabila villa mereka "terbakar" dan terpaksa menumpang teduh di pusat kajian usang bersama sekumpulan pelajar perubatan. Terdapat peninggalan dari ujian eksperimen haiwan termasuklah kurungan yang bertanda Cerberus. Malangnya, mereka telah dikelilingi anjing liar dan diburu bayangan "Cerberus". Kemudian pelajar perubatan mati seorang demi seorang dengan cakaran yang kejam. Adakah benar penjaga neraka Yunani itu membunuh mereka? Salakan maut memberi cabaran kepada Kindaichi.
- Kes Pembunuhan Atas Skrin berlaku apabila ketua Persatuan Kajian Filem Sekolah Tinggi Fudo iaitu cucu kepada tokoh filem Jepun, menawarkan Miyuki untuk berlakon dalam projek terbarunya. Namun, apabila ahli lain mula terbunuh, krew tersebut menyedari perkaitan kematian mereka dengan satu babak dari filem lama persatuan itu iaitu "Scorpion". Kes itu nampaknya telah selesai setelah pengarah membunuh diri dalam bilik yang terkunci. Tapi benarkah kes itu telah selesai?
- Kes Pembunuhan Khazanah Amakusa melibatkan khazanah peninggalan Amakusa iaitu orang Katolik Jepun Kuno yang dijaga oleh "Hantu Rambut Putih", Tanpa menghiraukan legenda di sebaliknya — kerana terdesak kerana jemputan dan harta — Kindaichi ke Pulau Amakusa Shimoshima untuk mencari khazanah tersebut. Walau bagaimanapun, pemburu khazanah mula dibunuh seorang demi seorang, Adakah Kindaichi akan dapat mencari pembunuhnya dan mendapatkan khazanah tersebut?
- Kes Pembunuhan Desa Yukikage berlaku selepas salah seorang rakan lama Kindaichi meninggal di Desa Yukikage lalu Kindaichi ke sana untuk memberikan penghoramatan terakhir dan membuka kembali "Kapsul Masa" yang ditanam 5 tahun lalu. Walau bagaimanapun, lebih ramai rakannya yang mati. Masalahnya kini, siapakah pembunuh tersebut dan apa kaitannya dengan kematian yang mula-mula itu?
- Kes Pembunuhan Patung Rusia menampilkan Kindaichi yang sekali dijemput untuk menyelesaikan teka-teki yang melibatkan warisan penulis misteri yang terkenal. Tetapi teka-teki tersebut semakin sukar apabila pewarisnya kehilangan jiwa seorang demi seorang. Malah, lebih teruk lagi apabila musuh Kindaichi iaitu Takato kembali dengan pertaruhan yang jika pembunuh yang digelar "Konduktor" itu ditemui oleh Kindaichi dahulu, dia akan melepaskan pembunuh untuk dibawa ke muka pengadilan. Jika tidak, Takato akan membiarkan pembunuh tersebut meneruskan pembunuhan dan akhirnya membunuhnya. Mampukah kini Kindaichi melindungi bakal mangsa dan juga pembunuh?
- Kes Pembunuhan di Sarkas Goblin berlaku apabila Miyuki, Kindaichi, dan sepupunya Fumi, dijemput oleh Kenmochi untuk menyertainya dan isterinya bercuti di pulau tropika. Kemudian, mereka berjumpa dengan kumpulan sarkas yang bernama "Sarkas Goblin" yang tinggal berhampiran penginiapan mereka. Apabila ditemui stor telah pecah bersama tapak kaki gergasi dan mesej di dinding "MONSTER IS BACK", ahlu kumpulan sarksa terus diam seribu bahasa. Walau bagaimanapun, sesetngah ahli mereka menceritakan dengan rahsia tentang ahli mereka yang setinggi 2.3m hilang setahun yang lalu dan digelar 'Monster.' Dengan rebut yang menghalang mereka keluar dari pulau tersebut dan dua pelawak ditemui mati, Kindaichi harus mencari dalangnya. Adalah benar 'Monster' telah kembali atau ada yang lain?
- Perjalanan Kegigihan Kindaichi memaparkan Kindaichi menemui yang musuh lamanya kini berada di Hong Kong, dan merancang sesuatu yang buruk. Malah, Takato merancang bersama pembunuh yang digelar "Raja Gua Batu" ("Gankutsu Ou" atau Count of Monte Cristo ). Lebih teruk lagi apabila Takato berjaya menunjukkan Kindaichi sebagai pembunuhnya dan nyawa Akechi turut diancam hanya untuk membuktikan yang dia lebih bijak. Kini Kindaichi perlu membuktikan yang dia tidak bersalah dan mencari "Raja Gua Batu" tersebut dan membuatkan musuhnya menerima padah yang secukupnya.
Sambungan kes baru:
- Kes Pembunuhan Pontianak menceritakan kemunculan sementara Kindaichi ketika masih dalam perjalana cuti musim panasnya. Kali ini kes berlaku di sebuah rumah agam peninggalan yang kini menjadi puing dan dikenali sebagai "Ruins". Bangunan yang terletak di kawasan pedalaman tersebut menyaksikan pembunuhan yang melibatkan legenda lama berkaitan pontianak dan misteri yang terpendam sekian lama di balik bangunan-bangunan buruk. Kindaichi kini terpaksa berhadapan dengan masalah bahawa Miyuki telah ditarik sama ke dalam kancah pembunuhan dan terpaksa membersihkan nama Miyuki sebelum menyambung semula perjalannya.
- Panggung Opera - Kes Pembunuhan Kali Ketiga membawa kembali Kindaichi, Miyuki, dan Kenmochi ke pulau Hotel Panggung Opera buat kali ketiga (kali kedua diperihalkan di dalam siri pertama novel karangan Seimaru Amagi), tetapi kali ini selepas kematian pemilik hotel tersebut, Kazuma Kurosawa. Hotel dan pulau tersebut telah dipindah mili kepada rakan Kurosawa, Shizuka Hibiki, yang ingin mementaskan The Phantom of the Opera buat kali terakhir sempena menghormati Kurosawa, sebelum tempat tersebut dirobohkan. Bersama mereka ialah kumpulan teater yang bersahabat dengan Kurosawa yang akan mementaskan dan menyaksikan pementasan tersebut. Walau bagaimanapun, hantu di panggung opera melakukan kes pembunuhan ngeri buat kali ketiga di situ yang menyebabkan penguasa polis Kenmochi turut menghilangkan diri. Pembunuhan yang ibarat silap mata ini mengancam tempat ini sekali lagi.
- Kes Pembunuhan Sekolah Neraka. Setelah kembali dari berbasikal jauh dan memohon sekolah yang terbaik, keadaan masih tidak beberapa baik apabila sekolah itu sangat dahsyat dan Kindaichi sekali lagi berhadapan dengan pembunuhan ketika hari peperiksaan kelayakan. Walau bagaimanapun, Kindaichi agak dapat mengagaknya kerana kawasan peperikdaan dan sekolahnya merupakan dua lokasi senarai "lawatan kawasan pembunuhan" yang dibuat oleh musuhnya Takato yang pada fikirannya dapat digunakan untuk merancang pembunuhan. (Ini diperolehi setelah lawatan berbasikal keliling Jepun). Tambah lagi teruk, Takato telah melarikan diri dari penjara dan memulakan senarai pembunuhan. Kini, setelah turut menghantar senarai tersebut kepada Akechi, Takato (yang menyamar sebagai guru Bahasa Inggeris untuk memerhatikan dan tidak diketahui oleh mereka) dangan senyap mencabar mereka untuk mencari poin pembunuhan dan pembunuhnya. Adakah itu sahaja atau dia turut merancang sesuatu yang lain untuk mereka? Dan mampukah dia menjadikan kawasan pembunuhan rancangannya suatu realiti?
- Kes Pembunuhan Lagenda Jin Salji. Kindaichi menerima harta daripada seorang lelaki kaya yang telah meninggal dunia, seperti yang ditulis ke dalam wasiatnya. Oleh kerana nafsu untuk mengejar wang, Kindaichi pergi ke gunung salji bersama Miyuki dan beberapa orang pewaris. Di sana, Kindaichi telah belajar tentang kehidupan mendiang tersebut, dan pewaris itu akhirnya dibunuh seorang demi seorang.
- Kes Pembunuhan Chidamari. Kalau orang menyaksi pertandingan catur menyampuk di tepi, kepalanya akan dipancung dan kemudian diletak di alur bawah papan catur yang digelar 'Chidamari'. Seperti legenda dunia catur 'Go',mendapati kepala seorang di alur bawah papan catur yang terbalik! Pertandingan catur 'Go' dengan Kolej Kaiou diadakan di 'Rumah Kuchinashi', tapi ia menjadikan pentas pembunuhan kali ini!
- Kes Pembunuhan di Pesta Sekolah Futo.Semasa pesta sekolah,telah berlaku satu kes pembunuhan di Kedai kopi Persatuan Fotografi! Seorang pelajar senior mati terduduk diatas kerusi dan berpakaian pelayan perempuan. Penyiasat Remaja Kindaichi akan membongkarkan hal yang sebenar yang tersembunyi di belakang.
Kisah Pendek
Terdapat juga cerita pendek yang dipaparkan antaranya:
- Niat Pembunuh di Bawah Takat Beku 15°
- Siapa yang telah Membunuh Dewi?
- Kes Pembunuhan Malam Krismas
- Ganjaran Penyiasat Remaja Kindaichi
- Fail Penguasa Polis Akechi
- Kes Pembunuhan di Labirin Cermin
- Fail Gemilang Remaja Akechi
- Pengembaraan Fumi Kindaichi
- Wang Tebusan yang Hilang Dalam Salji
- Kes Pembunuhan di Restoran
- Surat Cabaran Pencuri Gentleman
- Bunyi Tembakan Pada 04:40 AM
- Kes Pembunuhan Pedang Syaitan Dokubachi
Lampiran Komik Pendek
- Detektif Jelita Fumi Kindaichi
- Fail Misteri Penyiasat Remaja Kindaichi
Cerpen
- Syaitan yang Tersesat
- Mimpi Ngeri Remaja Kindaichi