Penyedut minuman atau pengisap (Riau[1]) atau peleting (Kel., Ter.) ialah alat yang digunakan untuk menyedut cecair yang hendak diminum. Ia terutamanya memudahkan orang kurang upaya yang terbeban dari segi menelan air mahupun memegang bekas minuman yang barangkali terlalu berat.[2]
"Peleting" asalnya bermaksud batang buluh menggulung benang tenun kain songket[3] yang terluas makna kerana sifat geronggangnya.
Rujukan
- ^ "isap". Kamus Bahasa Indonesia-Melayu Riau. Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. 1997. m/s. 161. ISBN 979 459 785 6.
- ^ Danovich, Tove; Godoy, Maria (July 11, 2018). "Why People With Disabilities Want Bans On Plastic Straws To Be More Flexible". The Salt. NPR.
- ^ Seni Tenun. Dewan Bahasa Dan Pustaka. 1993. m/s. 38. ISBN 9836236546.