Penulisan (Jawi: ڤنوليسن ) boleh merujuk kepada dua kegiatan:
- menulis aksara pada perantara dengan tujuan untuk membentukkan perkataan dan gagasan yang lain yang mewakili bahasa atau maklumat tercatat; dan
- penciptaan bahan-bahan yang disampaikan melalui bahasa tulisan.
Terdapatnya beberapa kekecualian; umpamanya, penggunakan mesin taip untuk mencatat bahasa secara amnya dipanggil penaipan, dan bukannya penulisan. Penulisan merujuk kepada kedua-dua kegiatan itu, dan kedua-dua kegiatan itu boleh berlaku dengan serentak.
Tulisan dapat membantu ahli-ahli sejarah untuk memperolehi maklumat mengenai zaman silam daripada sumber ditulis, dilakar atau dipahat pada batu, dinding gua, kulit kayu, logam, gading, dan kertas.
Cara untuk mencatat maklumat
Sistem penulisan
Sistem-sistem penulisan utama – kaedah-kaedah penulisan – secara amnya dibahagikan kepada empat kategori:
- tulisan logo
- suku kata
- abjad
- ciri.
Lagi satu kategori, ideografi (simbol untuk gagasan), tidak pernah diperkembangkan sehingga tahap yang mencukupi untuk mewakili bahasa. Yang keenam, iaitu piktografi tidak mencukupi untuk mewakili bahasa pada dirinya, tetapi seringnya menjadi teras untuk tulisan logo.
Selain daripada ini, terdapat juga pelbagai bentuk yang tidak begitu terkenal, seperti penulisan Letris yang terdiri daripada metagrafi (selepas penulisan) dan hipergrafi (penulisan super).
Lihat juga
Rujukan
Bacaan tambahan
Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Penulisan |
- Das "Anrennen gegen die Grenzen der Sprache" Diskussion mit Roland Barthes, André Breton, Gilles Deleuze & Raymond Federman (dalam bahasa Jerman; oleh Ralph Lichtensteiger)
- Sejarah penulisan
- Sejarah penulisan: Dari Jieroglif Ke Multimedia, disunting oleh Anne-Marie Christin, Flammarion (dalam bahasa Perancis, kulit keras: 408 muka surat, 2002, ISBN 2-08-010887-5)
- Pada Permulaan: Sejarah Ringkas Bahasa Ibrani. Diarkibkan 2015-11-25 di Wayback Machine oleh Joel M. Hoffman, 2004. Bab 3 Diarkibkan 2009-04-12 di Wayback Machine meliputi penciptaan penulisan serta pelbagai peringkatnya.
- Asal penulisan di AncientScripts.com
- Muzium Penulisan: Muzium Penulisan UK mengenai maklumat sejarah dan perkakas penulisan
- Di ERIC Digests: Arahan Penulisan: Amalan Terkini di dalam Bilik Darjah; Perkembangan Penulisan; Arahan Penulisan: Sudut Pandangan yang bertukar-bertukar dalam beberapa tahun ini
- Rogers, Henry. 2005. Sistem Penulisan: Pendekatan Linguistik. Oxford: Blackwell. ISBN 0-631-23463-2 (kulit keras); ISBN 0-631-23464-0 (berkulit lembut)