Pengubahsauian pascatranskripsi ialah rangkaian proses biologi yang umum pada sebahagian besar sel eukariot ketika transkrip primer RNA diubah secara kimia setelah transkripsi dari sebuah gen untuk menghasilkan molekul RNA yang matang dan fungsian yang kemudian dapat meninggalkan nukleus sel dan melakukan salah satu fungsinya di dalam sel.[1]
Terdapat banyak jenis pengubahsuaian pasca-transkripsi yang dicapai melalui pelbagai kelas mekanisme molekul. Salah satu contohnya ialah penukaran pendahulu transkrip RNA pengutus (mRNA) menjadi RNA duta matang yang kemudian mampu diterjemahkan menjadi protein. Proses ini termasuk tiga langkah utama yang secara signifikan mengubah struktur kimia molekul RNA: penambahan topi 5', penambahan ekor poliadenilasi 3', dan penjalinan RNA. Pemrosesan ini penting untuk translasi genom eukariotik yang benar kerana pendahulu mRNA awal yang dihasilkan oleh transkripsi sering kali mengandung baik ekson (urutan pengekod) mahupun intron (urutan bukan pengekod); penjalinan RNA menghilangkan intron dan menghubungkan ekson secara langsung, sedangkan topi dan ekor memudahkan pengangkutan mRNA ke ribosom dan melindunginya dari degradasi molekul.[2] Pengubahsuaian pasca-transkripsi juga berlaku sepanjang pemprosesan transkrip lain yang akhirnya menjadi RNA pemindah, RNA ribosomal, atau jenis RNA lain yang digunakan oleh sel.
Rujukan
- ^ Kiss T (July 2001). "Small nucleolar RNA-guided post-transcriptional modification of cellular RNAs". The EMBO Journal. 20 (14): 3617–22. doi:10.1093/emboj/20.14.3617. PMC 125535. PMID 11447102.
- ^ Berg, Jeremy Mark; Tymoczko, John L.; Stryer, Lubert (2007). Biochemistry (ed. 6). New York: W.H. Freeman. m/s. 836. ISBN 0-7167-8724-5. OCLC 61500079.
Bacaan lanjut
- Berg JM, Tymoczko JL, Stryer L (2007). Biochemistry (ed. 6). New York: WH Freeman & Co. ISBN 978-0-7167-6766-4.
- Hames D, Hooper N (2006). Instant Notes Biochemistry. Annales de Biologie Clinique. 58 (ed. 3). Leeds: Taylor and Francis. m/s. 767. ISBN 978-0-415-36778-3. PMID 11098183.
- Sun WJ, Li JH, Liu S, Wu J, Zhou H, Qu LH, Yang JH (January 2016). "RMBase: a resource for decoding the landscape of RNA modifications from high-throughput sequencing data". Nucleic Acids Research. 44 (D1): D259-65. doi:10.1093/nar/gkv1036. PMC 4702777. PMID 26464443.
- Machnicka MA, Milanowska K, Osman Oglou O, Purta E, Kurkowska M, Olchowik A, Januszewski W, Kalinowski S, Dunin-Horkawicz S, Rother KM, Helm M, Bujnicki JM, Grosjean H (January 2013). "MODOMICS: a database of RNA modification pathways--2013 update". Nucleic Acids Research. 41 (Database issue): D262-7. doi:10.1093/nar/gks1007. PMC 3531130. PMID 23118484.
- Cantara WA, Crain PF, Rozenski J, McCloskey JA, Harris KA, Zhang X, Vendeix FA, Fabris D, Agris PF (January 2011). "The RNA Modification Database, RNAMDB: 2011 update". Nucleic Acids Research. 39 (Database issue): D195-201. doi:10.1093/nar/gkq1028. PMC 3013656. PMID 21071406.