Infocomm Development Authority of Singapore 新加坡资讯通信发展管理局 | |
Intisari agensi | |
---|---|
Dibentuk | 1 Oktober 2016 |
Agensi terdahulu |
|
Bidang kuasa | Pemerintah Singapura |
Ibu pejabat | 10 Pasir Panjang Road. #03-01 Mapletree Business City. Singapore 117438 |
Belanjawan tahunan | $34 juta SGD (2011) [sumber lebih baik diperlukan] |
Eksekutif agensi |
|
Agensi induk | Kementerian Perhubungan dan Penerangan |
Laman sesawang | www |
Penguasa Pembangunan Infokom Media Singapura (bahasa Inggeris: Infocomm Development Authority of Singapore , disingkatkan kepada IDA; Cina: 新加坡资讯通信发展管理局) ialah sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Perhubungan dan Penerangan Singapura (MCI). Badan penguasa ini bertanggungjawab memerhatikan pembangunan dan perkembangan sektor infokomunikasi dan media di Singapura.
Sejarah
Badan ini mula-mula wujud sebagai Penguasa Pembangunan Infokom Singapura (Infocomm Development Authority of Singapore, IDA) yang dibentuk pada 1999 hasil penggabungan Lembaga Komputer Kebangsaan (NCB) dan Penguasa Telekomunikasi Singapura (TAS) berikutandaripada penumpuan yang semakin meningkat bagi teknologi maklumat dan telefon.[2]
Pada 18 Januari 2016, Kementerian Perhubungan dan Penerangan mengumumkan bahawa IDA dan Penguasa Pembangunan Media (MDA) akan distruktur semula kepada dua entiti baru, dengan nama sementara sebagai Penguasa Pembangunan Media Infokom (IMDA) dan Pertubuhan Teknologi Pemerintah (GTO) pada separuh kedua 2016.[3][4] GTO kemudiannya akan dinamakan sebagai Agensi Teknologi Pemerintah (GovTech) dan akan digubal secara rasmi di Parlimen.[5]
Rujukan
- ^ a b "Appointment of Deputy Chairman, MD at IDA Singapore". Channel News Asia. Dicapai pada 4 Mei 2013.
- ^ "Statutory Boards". Mci.gov.sg. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-03. Dicapai pada 2013-12-01.
- ^ "Dr Yaacob: IMDA, GTO akan bantu rakyat manfaatkan teknologi". Berita Mediacorp. 26 Januari 2016.
- ^ "IDA, MDA to be restructured to capitalise on converging media and ICT landscape". Channel NewsAsia. Dicapai pada 2016-01-23.
- ^ "GovTech about using technology to create citizen-centric solutions: CEO". Channel NewsAsia. Dicapai pada 2016-05-28.
Pautan luar
- Laman sesawang rasmi Diarkibkan 2016-09-30 di Wayback Machine