Pengisomeran (juga isomerisasi) merupakan proses di mana sesuatu molekul diubah menjadi molekul lain yang mempunyai bilangan atom yang sama, namun atom-atom tersebut disusun kepada struktur yang berbeza - misalnya A-B-C → B-A-C; molekul-molekul yang saling berkait ini dipanggil isomer[1]. Pengisomeran boleh berlaku secara spontan dalam molekul dan keadaan yang tertentu. Kebanyakan isomer setara atau hampir setara dalam tenaga ikatan, oleh itu wujud dalam jumlah yang sama jika mampu saling bertukar dengan bebasnya kerana halangan tenaga antara dua isomer ini tidaklah terlalu tinggi. Apabila isomerisasi berlaku dalam molekul, ia dianggap sebagai suatu tindak balas penyusunan semula.
Rujukan
- ^ Kesatuan Kimia Tulen dan Gunaan Antarabangsa. "isomerization". Ringkasan Terminologi Kimia Edisi Internet.