Pengguna ini mungkin tidak aktif untuk tempoh masa yang berbeza, terutamanya jika pengguna ini menghadapi peperiksaan.
Walaupun pengguna ini mungkin sekali-sekala boleh membuat suntingan, mesej pada halaman perbualan mungkin tidak menerima balasan yang tepat pada masanya.
BERSARA
Pengguna ini tidak aktif lagi di Wikipedia sejak Mac 28, 2020.
Kotak Pengguna Saya
Pengguna ini telah melibatkan diri di Wikipedia Bahasa Melayu selama 15 tahun, 10 bulan dan 10 hari.
Bekantan, monyet belanda atau bayau (Nama saintifik: Nasalis larvatus) merupakan sejenis monyet yang mendiami pokok dan endemik di pulau Borneo. Monyet spesies ini hidup di samping orang utan. Ia merupakan satu-satunya ahli genus Nasalis, biarpun langur Pulau Pagai juga pernah dikatakan serumpun dalam genus tersebut. Spesies monyet ini mudah dicam kerana hidungnya yang begitu besar. Bekantan tergolong dalam subfamili Colobinae di bawah rumpun monyet Dunia Lama. Terdapat dua subspesiesnya, iaitu N. l. larvatus (Wurmb, 1787) yang menduduki seluruh taburan spesiesnya dan N. l. orientalis (Chasen, 1940) yang terhad di Kalimantan barat laut. Walau bagaimanapun, perbezaan antara dua subspesies ini halus sekali.
Nama timangan bagi monyet ini adalah "monyet belanda" ataupun "orang belanda" kerana ia disamakan oleh orang tempatan dengan penjajah Belanda yang demikian besar perut dan hidungnya.
Tiada rencana pilihan dicalonkan pada bulan Februari 2025. Jika anda mahu mencalonkan rencana untuk bulan ini dan bulan seterusnya. Sila mencalonkannya di Wikipedia:Calon rencana pilihan dan ikut langkah demi langkah yang sudah ditetapkan. Selamat menyumbang!
Gambar pilihan
Musang Hitam Pudar (Diplogale hosei) merupakan seekor musang yang endemik di mana ia boleh dijumpai di utara Borneo. Musang ini tergolong dalam keluarga Viverridae dan ia dipercayai haiwan yang nokturnal. Tidak banyak yang diketahui mengenai mamalia pemangsa ini. Hanya seekor Musang Hitam Pudar pernah ditangkap hidup-hidup dalam sejarah.
Ingin tahu tentang bahasa Melayu?Bahasa Melayu ialah sebuah bahasa Austronesia dan mempunyai kaitan yang rapat dengan bahasa-bahasa etnik lain yang dituturkan di Nusantara. Bahasa ini dituturkan di seluruh Kepulauan Melayu Nusantara yang antaranya di Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapura, Selatan Thailand, Selatan Filipina malah sehingga Pulau Krismas di Australia. Bahasa Melayu juga pernah menjadi bahasa lingua franca pada kemuncak Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 dan ke-16. Sejak kebelakangan ini kepentingan bahasa Melayu semakin disedari oleh masyarakat di dunia.
Want to know about Malay? The Malay language is of Austronesian stock, spoken mainly in the Malay Archipelago of Southeast Asia namely the countries of Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapore, Southern Thailand, the Southern Philippines and even as far as Christmas Island in Australia. The language achieved the status of lingua franca in the region during the height of the Malaccan Sultanate in the 15th and 16th century. As of late the importance of Malay as a language is being noted worldwide.
Sila ambil perhatian bahawa semua sumbangan kepada Wikipedia adalah dianggap diterbitkan di bawah Lesen Dokumentasi Bebas GNU (GFDL). Jika anda tidak mahu tulisan anda disunting dan/atau disebarkan ke laman web bebas yang lain, jangan hantarnya ke sini. Anda juga perlu akui bahawa ini ialah hasil tulisan anda sendiri, atau anda menyalinnya daripada domain awam atau mana-mana sumber bebas yang sama.
PENGGUNAAN BAHAN HAK CIPTA TERPELIHARA TANPA KEBENARAN ADALAH DILARANG
Ini adalah laman pengguna Wikipedia.
Jika anda mendapati laman ini pada mana-mana tapak selain dari Wikipedia, anda sedang melihat cermin laman. Berhati-hati bahawa yang laman ini mungkin bukan yang terkini, dan pengguna asal laman ini mungkin tidak mempunyai hubungan peribadi dengan mana-mana tapak selain dari Wikipedia sendiri. Laman asal terletak di http://ms.wikipedia.org/wiki/Pengguna:Shengwei95.