Lamanku sendiri. Andai terdapat teguran, tegurlah. Sekiranya ada ulasan, ulaslah. Ada bantuan hendak diberi? Hulurkanlah. Kuterima dengan kedua-dua tangan terbuka.
Tentang
- Bulan
- Menyertai Wikipedia asalnya untuk menyunting beberapa laman Wikipedia
- Minat tertumpu terhadap laman bagi topik yang tidak diketahui umum tetapi masih mempunyai kelayakan .
Beberapa peringatan mengenai terjemahan
- Pastikan terjemahan anda dapat difahami. Baca semula rencana terjemahan untuk mencari kesalahan atau susun atur ayat yang bercelaru dan agak kekok.
- Perkataan of dalam bahasa Inggeris moden TIDAK semestinya bermaksud "dari" ataupun "daripada".
- Terjemahan mesin berkebarangkalian besar tersangatlah tidak tepat dan memerlukan bantuan manusia.
- Jangan dibiarkan petikan dalam rencana tidak diterjemah.
- Pastikan pemilihan kata yang sesuai.
- Cuba mengubah susun atur ayat tanpa mengubah maknanya.
- As mempunyai banyak maksud dalam bahasa Inggeris. Pastikan pemilihan perkataan terjemahan sesuai sama ada: sejak/semenjak, kerana/lantaran/disebabkan oleh, seperti/bagai(kan), mahupun sambil/(se)ketika/semasa.
- Sekiranya menyalin sumber-sumber bahasa baku Indonesia (yakni "Bahasa Indonesia") untuk mengisi dan mengembangkan kandungan rencana, pastikan segala istilah berkencerdungan negara tersebut diolah kepada istilah umum yang lebih sesuai dan diketahui oleh semua negara-negara Nusantara lain menggunakan Templat:MABBIM.
- アバイカンイニ。
- Дан джуга ини.
- Dapatkan bantuan mengenai bahasa yang tidak diketahui.
- Terjemahan kata majmuk bahasa Inggeris sangatlah mudah. Hanya terbalikkan susunan perkataan melainkan terdapat of. Sekiranya ada of di antara dua perkataan, biarkan susunan kedua-dua perkataan tersebut dan buangkan of lalu terjemahkan perkataan-perkataan yang ada dalam perkataan majmuk tersebut. Awasilah sekiranya terdapat kata sifat kerana kata sifat hendaklah diasingkan dan diletakkan di tempat yang sesuai. Jangan terjemah of sesuka hati sebagai dari/daripada.
Mengenaiku
- Ketinggianku tidak melebihi 2 meter (kira-kira 6 kaki 7 inci).
- Jisimku tidak melebihi 100 kg (kira-kira 220 paun).
- Suhu badanku tidak melebihi 40°C (kira-kira 104°F).
- IQ-ku tidak melebihi 200.
- Aku tidak (seharap-harapnya hanyalah belum) menguasai lebih 20 buah bahasa.
- Umurku tidak melebihi 100 tahun.
- Aku tidak pernah ke luar negara.
Jawi ﺝ | ڤڠݢونا اين مڠݢوناكن توليسن جاوي دڠن لازيم تنڤا مسئله |
*(Jawi: )