Pengglasieran Pongola ialah episod glasier yang berlaku pada era Mesoarkean 2.9 bilion tahun dahulu selama kira-kira 150 juta tahun. Ia merupakan proses pengglasieran tertua yang diketahui di planet Bumi.
Geologi
Jejak-jejak pengglasieran tertua yang diketahui berasal dari era Mesoarkean. Jejak-jejak tersebut berpadanan dengan diamiktit pada kumpulan besar Pongola[1] (lebih tepat ialah bentukan Mozaan,[2]) di KwaZulu-Natal dan di Eswatini.[3]
Iklim
Walaupun iklim eon Arkean tidak dikenali secara lanjut, kajian isotop oksigen yang terdapat pada rijang pada masa itu nampaknya menunjukkan bahawa iklim eon Arkean adalah panas atau sekurang-kurangnya sederhana,[4] khususnya disebabkan oleh aras metana dan aras karbon dioksida yang tinggi di atmosfera; manakala pengglasieran sekitar 2.9 bilion tahun dahulu mungkin disebabkan oleh penurunan kadar gas rumah hijau ini.[5][6] Pengglasieran Pongola juga dikaitkan dengan perubahan dalam isotop sulfur (δ34S), menunjukkan bahawa pengglasieran ini mungkin juga melibatkan proses pengoksigenan awal yang berjangka pendek pada atmosfera Bumi.[7]
Jangkauan
Jangkauan pengglasieran tidak dapat dikenal dengan pastinya.[8][2] Sesetengah pengarang berpendapat bahawa mendapan glasier terbentuk pada latitud rendah, di bawah 30°U,[9] oleh itu berhampiran dengan kawasan tropika, yang memberi indikasi terhadap pengglasieran yang meluas, manakala ada yang lain berpendapat bahawa kawasan itu terletak di sama ada latitud pertengahan,[nota 1] atau di latitud yang lebih tinggi yang lebih dekat dengan kutub yakni kawasan yang mendayakan glasier kutub terbentuk seperti apa yang berlaku pada masa kini.[2][7]
Mengenai tempohnya, mendapan glasier yang berpadanan ditarikhkan di antara selangan masa 2985 ± 1 dan 2837 ± 5 juta tahun.[2] [7]
Nota & rujukan
Nota
Rujukan
Lihat juga
Bibliografi
- Deconinck, J.F. "Variabilité climatique et cycles géodynamiques" (PDF) (dalam bahasa Perancis). CNRS.
- "Pongola supergroup. The first record of ancient life" (dalam bahasa Inggeris). University of KwaZulu-Natal.
- Young, Grant M.; von Brunn, Victor; Gold, Digby J. C.; Minter, W. E. L. (1998). "Earth's Oldest Reported Glaciation: Physical and Chemical Evidence from the Archean Mozaan Group (~2.9 Ga) of South Africa". The Journal of Geology (dalam bahasa Inggeris). 106 (5): 523-538. doi:10.1086/516039.
- Kopp, Robert E.; Kirschvink, Joseph L.; Hilburn, Isaac A.; Nash, Cody Z. (9 August 2005). "The Paleoproterozoic snowball Earth: A climate disaster triggered by the evolution of oxygenic photosynthesis". PNAS (dalam bahasa Inggeris). 102 (32): 11131–11136. doi:10.1073/pnas.0504878102. PMC 1183582. PMID 16061801.
- Gold, D.J.C.; Johnson, M.R.; Anhaeusser, C.R.; Thomas, Bob (2006). "The Pongola Supergroup. The geology of South Africa". Geol. Soc. South Afr. (dalam bahasa Inggeris): 135-148.
- Kasting, James F.; Ono, Shuhei (29 June 2006). "Palaeoclimates: the first two billion years". Philosophical Transactions B (dalam bahasa Inggeris). 361 (1470): 917–929. doi:10.1098/rstb.2006.1839. PMC 1868609. PMID 16754607.
- Kasting, James F.; Howard, M. Tazewell (29 October 2006). "Atmospheric composition and climate on the early Earth". Philosophical Transactions B (dalam bahasa Inggeris). 361 (1474): 1733–1742. doi:10.1098/rstb.2006.1902. PMC 1664689. PMID 17008214.
- Antarctica: A Keystone in a Changing World (dalam bahasa Inggeris). National Academies Press. 2008. ISBN 9780309118545.
- Zalasiewicz, Jan; Williams, Mark (2012). The Goldilocks Planet: The 4 billion year story of Earth's climate (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. ISBN 978-0-19-959357-6.
- Alain R. Meunier (2014). La naissance de la Terre (dalam bahasa Perancis). Dunod. m/s. 235.
- El Albani, Abderrazak; Macchiarelli, Roberto; Meunier, Alain R. (2016). Aux origines de la vie: Une nouvelle histoire de l'évolution (dalam bahasa Perancis). Dunod. ISBN 9782100748259.