Penggeokodan adalah proses menemukan sistem koordinat geografi yang berkaitan (sering dinyatakan sebagai latitud dan longitud) daripada data geografi lain, seperti alamat, atau poskod. Dengan koordinat geografi, ciri-ciri boleh dipetakan dan dimasukkan ke dalam Sistem Maklumat Geografi, atau koordinat boleh diterapkan dalam media seperti gambar-gambar digital melalui geotag.
Penggeokodan balikan pula berlawanan dengan penggeokodan di mana ia mencari lokasi teks berkaitan seperti alamat jalan daripada koordinat geografi.
Geokoder adalah suatu perisian atau perkhidmatan (web) yang membantu dalam proses ini.