Pengerusi Jawatankuasa Ketenteraan NATO | |
---|---|
NAC | |
Singkatan | CMC |
Anggota bagi | NATO Military Committee (en) |
Lapor kepada | Setiausaha Agung NATO |
Dibentuk | 1949 |
Pemegang pertama | Jeneral Omar Bradley |
Timbalan/naib | Deputy Chairman of the NATO Military Committee (en) |
Tapak web | NATO |
sunting · sunting di Wikidata |
Pengerusi Jawatankuasa Tentera Nato (CMC) adalah ketua Jawatankuasa Tentera NATO, yang menasihatkan Majlis Atlantik Utara mengenai dasar dan strategi tentera. Pengerusi adalah salah seorang pegawai utama NATO, berada di sebelah Setiausaha Agung dan Pemerintah Bersekutu Tertinggi.
Pengerusi terkini Jawatankuasa Tentera NATO ialah Petr Pavel, mantan Ketua Staf Am Tentera Darat Republik Czech, yang mengambil alih jawatan pada 26 Jun 2015. Pengerusi seterusnya dari Jun 2018 adalah Ketua Marsyal Udara Sir Stuart Peach dari United Kingdom.[1]
Asal-usul
Mengikut Artikel 9 Perjanjian Atlantik Utara dan panduan yang diberikan oleh Kumpulan Kerja ke atas Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara sewaktu sesi pertama pertemuan Majlis di Washington pada tahun 1949, Jawatankuasa Pertahanan dengan cepat menubuhkan Jawatankuasa Ketenteraan.[2] Semasa beberapa sesi berlangsung dalam mesyuarat tertutup di Washington, Jawatankuasa Tentera memberi panduan dasar mengenai perkara ketenteraan kepada Kumpulan Tetap, dan nasihat mengenai permasalahan militari kepada Jawatankuasa Pertahanan dan badan yang lain, dan ia mencadangkan langkah-langkah militari untuk menyepadukan pertahanan rantau Atlantik Utara kepada Jawatankuasa Pertahanan. Jawatankuasa Ketenteraan berada terus dibawah Jawatankuasa Pertahanan, dan setiap negara anggota diwakili oleh ketua turus atau timbalannya. Iceland, yang tidak mempunyai angkatan tentera, diwakili oleh orang awam. Setiap negara anggota bergilir-gilir memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Tentera selama setahun (C1 D-1/2,[3] DC 1/2[4]).
Dua kumpulan lain yang juga bertempat di Washington berada terus dibawah Jawatankuasa Tentera:
- Kumpulan Tetap, iaitu badan eksekutif, ditubuhkan pada permulaan, bertanggungjawab bagi urusan harian Jawatankuasa Tentera;
- Jawatankuasa Perwakilan Tentera (MRC), diwujudkan pada akhir tahun 1950, untuk memastikan komunikasi maklumat dan sudut pandangan antara Kumpulan Tetap dan anggota negara Perikatan tidak mewakilinya.
Perwakilan
Anggota ketenteraan utama dari setiap delegasi negara NATO adalah Wakil Tentera, seorang pegawai kanan dari setiap angkatan tentera negara anggota, di sokong oleh Staf Tentera Antarabangsa. Bersama Perwakilan Tentera membentuk Jawatankuasa Tentera (MC), sebuah badan yang bertanggungjawab untuk membantu dan menasihati Majlis Atlantik Utara, Jawatankuasa Perancang Pertahanan, dan Kumpulan Perancangan Nuklear mengenai urusan ketenteraan.[5] Peranan utamanya adalah untuk memberi arahan dan nasihat tentang dasar dan strategi ketenteraan. Ia menyediakan panduan mengenai urusan-urusan ketenteraan kepada Para Panglima Strategik NATO, yang wakilnya mengadiri mesyuarat, dan bertanggungjawab bagi seluruh urusan ketenteraan Perikatan dibawah kuasa Majlis.
Seperti Majlis, dari masa ke semasa Jawatankuasa Tentera juga bermesyuarat pada peringkat tertinggi, terutamanya diperingkat Ketua Pertahanan, iaitu pegawai tentera paling kanan dalam setiap angkatan tentera negara anggota. Sehingga tahun 2008 Jawatankuasa Tentera mengecualikan Perancis, kerana keputusan negara itu pada tahun 1966 mengundurkan diri dari struktur ketenteraan bersepadu NATO, yang kemudian menyertai semula pada tahun 1995. Sehingga Perancis menyertai semula NATO, ia tidak diwakili dalam Jawatankuasa Perancang Pertahanan, dan ini menyebabkan konflik antara Perancis dan anggota NATO. Begitulah kes yang membawa kepada Operasi Iraqi Freedom.[6]
Kerja operasi Jawatankuasa itu disokong oleh Staf Tentera Antarabangsa.
Pengerusi Jawatankuasa Tentera mengetuai semua mesyuarat dan bertindak mengikut kapasiti antarabangsa. Semasa ketiadaannya, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tentera akan mengambil alih. Pengerusi terkini ialah Jeneral Petr Pavel dari Republik Czech.
Sejak pembentukan NATO, Pengerusi Tenteranya adalah:[7]
# | Foto | Pengerusi Jawatankuasa Tentera NATO | Pangkat | Warganegara | Mengambil jawatan | Meninggalkan jawatan | Tempoh | Perkhidmatan |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | Omar N. Bradley | Jeneral Besar |
Amerika Syarikat | 1949 | 1951 | 2 tahun | Tentera Darat Amerika Syarikat | |
2 | Etienne Baele | Lt. General |
Belgium | 1951 | 1952 | 1 year | Belgian Army | |
3 | Charles Foulkes | Lt. General |
Kanada | 1952 | 1953 | 1 year | Canadian Army | |
4 | Erhard J.C. Qvistgaard | Admiral |
Denmark | 1953 | 1954 | 1 year | Royal Danish Navy | |
5 | Augustin Guillaume | General |
Perancis | 1954 | 1955 | 1 year | French Army | |
6 | Stylianos Pallis | Lt. General |
Greece | 1955 | 1956 | 1 year | Hellenic Army | |
7 | Giuseppe Mancinelli | General |
Itali | 1956 | Januari 1, 1957 | 1 year | Italian Army | |
8 | Ben Hasselman | General |
Belanda | Januari 1, 1957 | Februari 1, 1958 | 1 tahun, 31 hari | Royal Netherlands Army | |
9 | Bjarne Øen | Lt. General |
Norway | 1958 | 1959 | 1 year | Royal Norwegian Air Force | |
10 | J.A. Beleza Ferraz | General |
Portugal | 1959 | 1960 | 1 year | Portuguese Army | |
11 | Ruştü Erdelhun | General |
Turki | 1960 | Jun 3, 1960 | <1 year | Turkish Land Forces | |
12 | Earl Mountbatten of Burma | Laksamana Armada |
United Kingdom | 1960 | 1961 | 1 tahun | Tentera Laut Diraja | |
13 | Lyman L. Lemnitzer | General |
Amerika Syarikat | 1961 | 1962 | 1 year | United States Army | |
14 | C.P. de Cumont | Lt. General |
Belgium | 1962 | 1963 | 1 year | Belgian Army | |
15 | Adolf Heusinger | General |
West Germany | 1963 | 1964 | 1 year | West German Army | |
(14) | C.P. de Cumont | Lt. General |
Belgium | 1964 | 1968 | 4 years | Belgian Army | |
16 | Fail:Nigel Henderson.jpg | Sir Nigel Henderson | Admiral |
United Kingdom | 1968 | 1971 | 3 years | Royal Navy |
17 | Johannes Steinhoff | General |
West Germany | 1971 | 1974 | 3 years | West German Air Force | |
18 | Sir Peter Hill-Norton | Admiral of the Fleet |
United Kingdom | 1974 | 1977 | 3 years | Royal Navy | |
19 | Herman Fredrik Zeiner-Gundersen | General |
Norway | Mac 20, 1977 | 1980 | 3 years | Norwegian Army | |
20 | Robert H. Falls | Admiral |
Kanada | 1980 | 1983 | 3 years | Canadian Forces Maritime Command | |
21 | Cor de Jager | General |
Belanda | November 1983 | September 30, 1986 | 2 tahun, 333 hari | Royal Netherlands Army | |
22 | Wolfgang Altenburg | General |
West Germany | September 30, 1986 | September 5, 1989 | 2 tahun, 340 hari | West German Army | |
23 | Vigleik Eide | General |
Norway | September 5, 1989 | Oktober 1993 | 4 tahun, 26 hari | Norwegian Army | |
24 | Sir Richard Vincent | Field Marshal |
United Kingdom | Oktober 1993 | Februari 14, 1996 | 2 tahun, 136 hari | British Army | |
25 | Klaus Naumann | General |
Jerman | Februari 14, 1996 | Mei 6, 1999 | 3 tahun, 81 hari | German Army | |
26 | Guido Venturoni | Admiral |
Itali | Mei 6, 1999 | Julai 2002 | 3 tahun, 56 hari | Italian Navy | |
27 | Harald Kujat | General |
Jerman | Julai 2002 | Jun 17, 2005 | 2 tahun, 351 hari | German Air Force | |
28 | Raymond Henault | General |
Kanada | Jun 17, 2005 | Jun 27, 2008 | 3 tahun, 10 hari | Canadian Forces Air Command | |
29 | Giampaolo Di Paola | Admiral |
Itali | Jun 27, 2008 | November 18, 2011 | 3 tahun, 144 hari | Italian Navy | |
– | Walter E. Gaskin (Acting) |
Lieutenant General |
Amerika Syarikat | November 18, 2011 | Januari 2, 2012 | 45 hari | United States Marine Corps | |
30 | Knud Bartels | General |
Denmark | Januari 2, 2012 | Jun 26, 2015 | 3 tahun, 175 hari | Royal Danish Army | |
31 | Petr Pavel | Jeneral Ketumbukan |
Republik Czech | Jun 26, 2015 | Penyandang | 9 tahun, 174 hari | Tentera Darat Republik Czech |
Rujukan
- ^ "UK Defence Chief appointed as NATO Chairman of Military Committee". Gov.uk. UK Ministry of Defence. Dicapai pada 17 September 2017.
- ^ Description at NATO Archives site. http://archives.nato.int/military-committee;isad
- ^ "FIRST SESSION - REPORT OF THE WORKING GROUP ON ORGANISATION AS ADOPTED BY THE COUNCIL ON SEPTEMBER 17TH, 1949 - NATO Archives Online". Archives.nato.int. Dicapai pada 2017-09-19.
- ^ "Directive To The Military Committee (Mc) - Nato Archives Online". Archives.nato.int. Dicapai pada 2017-09-19.
- ^ NATO Handbook, 50th Anniversary Edition, 1998-99, 234.
- ^ Fuller, Thomas (18 February 2003). "Reaching accord, EU warns Saddam of his 'last chance'". International Herald Tribune. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 October 2007. Dicapai pada 15 July 2007.
- ^ official list
Bacaan lanjut
- Douglas S. Bland, 'The Military Committee of the North Atlantic Alliance: A Study of Structure and Strategy,' New York, Praeger, 1991.