Pengeboman bas Nairobi | |
---|---|
Lokasi | Thika Road, Nairobi, Kenya |
Tarikh | 04 Mei 2014 |
Jenis serangan | Pengeboman bas |
Kematian | 3[1][2] |
Tercedera | 62 |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Pada 4 Mei 2014, dua alat letupan improvisasi meletup di atas bas di Nairobi, Kenya, membunuh tiga orang dan mencederakan enam puluh dua orang.[1][2] Kedua-dua bom meletup di timur laut Nairobi di Thika Road, sebuah lebuh raya lapan lorong yang dikawal akses, dan meletup sejauh 1 kilometer (0.62 bt). Dua puluh orang yang cedera berada dalam keadaan kritis selepas letupan itu.
Latar belakang
Pada Oktober 2011, Kenya mengerahkan tenteranya dalam operasi yang diselaraskan dengan tentera Somalia terhadap kumpulan militan Al-Shabaab di selatan Somalia.[3] Al-Shabaab berikrar untuk melancarkan serangan di Kenya sebagai tindakan balas.[3] Pada April 2014, pihak berkuasa Kenya mengumumkan suatu operasi keselamatan selepas beberapa serangan pengganas.[3]
Pada 3 Mei 2014, empat orang maut dan lima belas tercedera,[1][2] apabila sebuah bom tangan diletupkan di dalam sebuah bas di Mombasa, Kenya.[4] Dalam kejadian lain yang berlaku pada masa yang sama, sebuah peranti letupan reka ganti diletakkan dalam sebuah beg di pantai.[3] Beg itu disedari dan tiada yang terkorban dilaporkan.[4]
Serangan
Pada 4 Mei 2014, apabila bas dengan 45 tempat duduk "dipenuhi dengan penumpang",[5][6] dua bom meletup pada bas yang berbeza iaitu kira-kira 1 kilometer (0.62 bt) jauhnya. Letupan itu berlaku di luar hotel dan dalam jalan bawah. Menurut Pusat Operasi Bencana Kebangsaan Kenya, dua puluh orang yang tercedera berada dalam keadaan kritikal.[1] Gambar-gambar menunjukkan satu buah bas mempunyai lubang besar di tepinya manakala pintu dan tingkap bas-bas lain musnah.[1] Majoriti mangsa letupan merupakan wanita dan kanak-kanak.[7]
Respons awal
Laporan berbeza dikeluarkan mengenai bom tersebut dengan ada yang mengatakan bahawa "peranti buatan sendiri" itu adalah bom tangan.[2] Laporan mangsa awal adalah tiga orang terbunuh dan dua puluh tujuh tercedera,[8][5] tetapi bilangannya meningkat mengikut peredaran waktu. Tiada kumpulan atau individu tampil dan mengaku bertanggungjawab untuk serangan letupan itu. Walau bagaimanapun, pihak pemerintah menyalahkan Al-Shabaab untuk kejadian itu.
Reaksi
Timbalan Presiden Kenya William Ruto menyatakan bahawa "agensi-agensi keselamatan akan memburu pelaku perbuatan kejam dan pengecut itu",[8] manakala Presiden Uhuru Kenyatta pula berkata "para pengganas akan dianggap sebagai penjenayah ganas".[9]
Rujukan
- ^ a b c d e "Kenya buses hit by deadly twin blasts in Nairobi". BBC. 4 May 2014. Dicapai pada 4 May 2014.
- ^ a b c d "Kenya: Three Killed In Nairobi Bus Bombings". Sky News. 4 May 2014. Dicapai pada 4 May 2014.
- ^ a b c d Odula, Tom (3 Mei 2014). "Kenya gov't: 3 killed in 2 blasts at Kenyan coast". Big Story (dalam bahasa Inggeris). Associated Press. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-05-05. Dicapai pada 5 Mei 2014.
- ^ a b "Kenya blasts: three dead after twin attacks in Mombasa". The Telegraph (dalam bahasa Inggeris). Telegraph Media Group. 3 Mei 2014. Dicapai pada 5 Mei 2014.
- ^ a b "At least 27 wounded in twin Nairobi bus blasts: police". eNCA. 4 Mei 2014. Dicapai pada 5 Mei 2014.
- ^ "Bus bombing in Nairobi leaves at least three dead". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). 4 Mei 2014. Dicapai pada 5 Mei 2014.
- ^ "Explosions wrack buses in Nairobi". Deutsche Welle. 4 Mei 2014. Dicapai pada 5 Mei 2014.
- ^ a b "Two killed, dozens wounded in twin Nairobi bus bombings". Bangkok Post. 5 Mei 2014. Dicapai pada 5 Mei 2014.
- ^ "Three dead in Nairobi bus bombings". thestar.com (dalam bahasa Inggeris). 5 Mei 2014. Dicapai pada 5 Mei 2014.