Kandungan rencana ini berkait dengan makanan. |
Pengat nangka atau juga dikenali sebagai sira nangka merujuk kepada jenis masakan berkuah manis ("jenis pengat") yang menggunakan nangka sebagai bahan utama yang dimasak. Pengat nangka merupakan sejenis hidangan yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu.
Asal
Tiada maklumat mengenai asalnya.
Nama
Nama pengat nangka datangnya dari bahan utama bagi menghasilkan pengat itu, iaitu nangka. Kuih ini juga dikenali sebagai sira nangka.
Penyebaran
Pengat nangka biasanya agak tahan lama kerana kuahnya yang manis bertindak sebagai bahan pengawet, tetapi kerana kuahnya yang manis itu juga ia menarik perhatian banyak serangga seperti semut dan lipas. Pengat nangka tahan lebih lama jika disimpan dalam peti sejuk. Ia agak jarang untuk dihasilkan bagi jualan harian, tetapi biasanya dihasilkan hanya untuk makan sendiri.
Dalam budaya popular
Pengat nangka biasanya dihasilkan sebagai hidangan makan petang. Ia boleh dihasilkan dengan pelbagai bahan seperti sedikit telor dan kuahnya yang manis menambah rasa sedap. Pengat nangka biasanya agak sukar untuk dihidangkan kerana ia mempunyai kuah yang melekit dan manis, yang akan menarik perhatian serangga seperti semut dan lipas. Oleh itu pengat nangka biasanya jarang dihidangkan sebagai hidangan pejabat, contohnya semasa mesyuarat.
Lihat juga
Antara jenis-jenis pengat yang lain adalah:-