Dalam biologi, pengajukan atau mimesis (daripada Yunani Kuno μίμησις mímēsis, "peniruan")[1] merujuk pada suatu bentuk kripsis di mana makhluk hidup memimik bentuk, warna dan perawakan persekitarannya bagi mengelakkan diketahui oleh pemangsa bergantung pada penglihatannya.[2] Pengajukan ialah suatu bentuk kripsis dan dengan itu berlainan daripada kemimikan, yang mana suatu bentuk aposematisme.[3] Pengajukan kerap dikira sebagai suatu bentuk kemimikan.[3]
Pengajukan boleh dibahagikan mengikut jenis objek yang dimimikkan:
- Zoomimesis merujuk pada mimikan terhadap binatang yang berlainan. Berlawanan dengan kemimikan, dalam zoomimesis, model binatangnya adalah sama ada beracun atau mampu mencetuskan pertarungan. Contohnya termasuk aneka spesies semut (mirmekofili), melambangkan semut di dalam sarang mana ia hidup.[3]
- Phytomimesis merujuk pada kemimikan terhadap tumbuhan atau bahagian tumbuhan.[3] Sesetengah rama-rama geometer tampilannya melambangkan ranting tipis. Serangga ranting ada bentuk tubuh yang melambangkan ranting atau daun (macam pada si daun berjalan). Rama-rama Notodontidae melambangkan kulit pokok daun luruh. Sesetengah spesies dalam keluarga ini, semacam alder kitten dan sallow kitten ada kepompong menyamai kulit kayu. Sesetengah burung potoo menyamai dahan patah.
- Allomimesis merujuk pada mimikan terhadap objek mati. Sesetengah kupu-kupu kecil kecil melambangkan kumuhan burung. Sesetengah spesies kenikir ara yang hidup di gurun Afrika menyamai batu dan dengan itu dipanggil "batu hidup".[3]
Jenis kemimikan ini berkembang sejak 50 ribu tahun lalu pada kupu-kupu seni, yang mana tabung pada peringkat larvanya melambangkan tanih hutan. Bukti ini terpelihara dalam ambar Baltik.[4]
-
Tokek ekor daun (Uroplatus)
-
Buff-tip (Phalera bucephala)
-
Larva kupu-kupu ekor lelayang Papilio cresphontes
-
Rama-rama daun mati (Drepanepteryx phalaenoides)
-
"Batu hidup" (Lithops)
-
Labah-labah dengan 4 kaki tersorok (Deinopis subrufa)
Rujukan
- ^ Pape, Wilhelm; Sengebusch, Max (ed.): Handwörterbuch der griechischen Sprache, volume 3, edition 6. Vieweg & Sohn, Braunschweig 1914.
- ^ Remane, Adolf; Storch, Volker; Welsch, Ulrich: Kurzes Lehrbuch der Zoologie, volume 6, Gustav Fischer Verlag, Stuttgart 1989, ISBN 3-437-20436-X, p. 352.
- ^ a b c d e Schaefer, Matthias: Wörterbuch der Ökologie, volume 4, Spektrum Akademischer Verlag, Heidelberg, Berlin 2005. ISBN 3-8274-0167-4.
- ^ Weitschat, Wolfgang: Jäger, Gejagte, Parasiten und Blinde Passagiere - Momentaufnahmen aus dem Bernsteinwald, Denisia 26, new series 86, pp. 243-256, 50 figures, Linz 2009.