Templat:Israeli occupations navbox
Penjajahan Israel di Tebing Barat bermula pada 7 Jun 1967 semasa Perang Enam Hari apabila Israel menduduki Tebing Barat, termasuk Baitulmaqdis Timur, dan berterusan hingga ke hari ini.[a] Status Tebing Barat sebagai wilayah pendudukan telah disahkan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa dan, kecuali Baitulmaqdis Timur, oleh Mahkamah Agung Israel.[1] Pandangan pemerintah Israel yang rasmi ialah undang-undang pendudukan tidak terpakai dan ia mendakwa wilayah tersebut "dipertikaikan".[2][3][b] Dianggap contoh klasik konflik "sukar diselesaikan",[6][c] panjang pendudukan Israel sudah dianggap luar biasa selepas dua dekad dan sekarang yang terlama dalam sejarah moden.[7][d][8][9] Israel telah memetik beberapa sebab untuk mengekalkan Tebing Barat di dalam lingkungannya: dakwaan berdasarkan tanggapan hak bersejarah terhadap ini sebagai tanah air seperti yang disahkan dalam Perisytiharan Balfour; sebab keselamatan, dalaman dan luaran; dan nilai simbolik yang dalam untuk orang Yahudi dari kawasan yang diduduki.[10]
Nota
- ^ Pada 7 Jun 1967, Israel mengeluarkan "Perisytiharan Berhubung Undang-undang dan Pentadbiran (Kawasan Tebing Barat) (No. 2)—1967" yang menubuhkan pemerintah tentera di Tebing Barat dan membenarkan komander kawasan tersebut kuasa perundangan, eksekutif dan kehakiman yang penuh. Perisytihaean tersebut kekal menguat kuasa undang-undang tempatan yang wujud pada 7 Jun 1967, kecuali yang bercanggah oleh mana-mana perisytiharqn atau perintah tentera yang baru (Weill 2007, halaman 401; Weill 2014, halaman 19)
- ^ Jordan mendakwa ia mempunyai kedaulatan sementara ke atas Tebing Barat, dakwaan yang dibatalkan pada tahuh 1988 apabila ia menerima pemasyhuran taraf negara Majlis Kebangsaan Palestin pada tahun itu. Israel tidak menerima pelulusan dakwaan kedaulatan, dan tidak menegaskan dakwaan lawannya, memegang dakwaan kedaulatan Palestin bertentangan dengan fakta bahawa Israel ialah, dalam undang-undang, penduduk wilayah yang sedang berperang.[4] Keduanya ia menganggap Tebing Barat sebagai wilayah pendudukan pada hujah teknikal bahawa ketentuan Konvensyen Geneva Keempat tidak terpakai kerana, dalam pandangannya, status sah wilayah ialah sui generis dan tidak diliputi oleh undang-undag antarabangsa, kedudukan yang ditolak oleh ICJ.[5]
- ^ "Konflik Israel-Palestin adalah sebagai kes prototaip konflik yang memenuhi kriteria menerangkan konflik yang sukar diselesaikan: ia dipanjangkan, sangat bertentangan, ganas dan dilihat sebagai mempunyai semula jadi dan jumlah permainan sifar." (Shaked 2016, p. 134)
- ^ "Keputusan Mahkamah Agung Israel memegang pendudukan Israel di wilayah tersebut telah bertahan jauh lebih lama daripada mana-mana pendudukan yang difikirkan oleh pendraf peraturan undang-undang antarabangsa." (Lazar 1990, p. 7)
Petikan
- ^ Domb 2007, m/s. 511–513.
- ^ Benvenisti 2012, m/s. 208–209.
- ^ Kimmerling 2003, m/s. 78, n.17.
- ^ Quigley 2009, m/s. 47–48.
- ^ Dinstein 2009, m/s. 20–21.
- ^ Bar-Tal & Alon 2017, m/s. 317.
- ^ Roberts 1990, m/s. 44.
- ^ Karayanni 2014, m/s. xv.
- ^ Hajjar 2005, m/s. 2.
- ^ Rathbun 2014, m/s. 205.