Pendekar (jaguh; pahlawan; orang yang pandai bersilat[1]), pandikar atau pandeka in silek (silat)[2] ialah sebuah perkataan Melayu yang digunakan untuk merujuk kepada pahlawan yang menguasai seni bela diri, terutamanya silat. Bukan semua pahlawan layak menerima gelaran ini; ia mesti diberikan secara rasmi oleh raja, atau secara ridak rasmi oleh rakyat secara umum.[3]
Etimologi
Sebuah teori mengatakan bahawa pendekar adalah gabungan dariperkataan "pandai" dan "akar". Mungkin terkait dengan istilah Kawi upakara yang bererti guru, dan kekarepan yang bererti etos atau cita-cita. Varian dari pendekar adalah perkataan pakar yang membawa maksud orang yang pandai dalam sesuatu ilmu[4].
Rujukan
- ^ "Kamus Bahasa Melayu: pendekar". PRPM. Dicapai pada 31 Januari 2022.
- ^ "Silet, Seni Beladiri". kabare.id (dalam bahasa Indonesia). 18 Feb 2017. Dicapai pada 2 September 2018.
Orang yang mahir bermain silet dinamakan 'pandeka' (pendekar)
- ^ Zainal Abidin Shaikh Awab and Nigel Sutton (2006). Silat Tua: The Malay Dance Of Life. Kuala Lumpur: Azlan Ghanie Sdn Bhd. ISBN 978-983-42328-0-1.
- ^ "Kamus Bahasa Melayu: pakar". PRPM. Dicapai pada 31 Januari 2022.