Contoh dan sudut pandangan rencana atau bahagian ini mungkin mempunyai sikap berat sebelah yang meluas atau perlindungan tidak seimbang ke arah satu atau lebih kawasan-kawasan yang khusus. (Jun 2020) |
Pendatang asing tanpa izin (PATI), pendatang tanpa izin (PTI) atau pendatang haram[1] merupakan golongan orang yang masuk atau tinggal di sesebuah negara secara haram. Secara haram bermaksud tidak mengikut undang-undang imigresen, contohnya memasuki negara, seperti Malaysia, tujuan tanpa permit, bukan dengan melalui pintu masuk utama (lorong tikus) dan diatur oleh sindiket pemerdagangan manusia. Ada di antara mereka juga memasuki Malaysia secara bersedirian, untuk melakukan tujuan yang meragukan, tanpa diatur oleh mana-mana pihak. Biasanya mereka akan berkumpul, melepak dan bergerak dalam jumlah yang agak besar di kawasan tumpuan seperti Kuala Lumpur. Hal ini telah menimbulkan kemarahan rakyat tempatan kerana pihak berkuasa lambat bertindak, yang menyebabkan PATI 'kebal' daripada undang-undang. Selain itu, mereka juga tidak mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi, misalnya ketika berada di Kuala Lumpur, kerana terbawa-bawa tabiat kotor dari negara mereka dengan membuang sampah merata-rata tempat, meludah di mana-mana dan hal ini menyebabkan imej bandaraya tersebut tercalar, selain menyakiti mata pelancong dan meletihkan pekerja pembersihan.[perlu rujukan]
PATI di Malaysia
Malaysia kini maju dan menjadi salah satu negara termoden di Asia Tenggara. Atas sebab itulah ramai PATI berhijrah dari negara asal ke Malaysia. Antara sebab-sebab faktor tarikan mereka datang ke negara ini adalah gaji yang lumayan, tawaran pekerjaan dan tempat tinggal yang sempurna. Kebanyakan mereka berasal dari Bangladesh, Filipina, India, Indonesia, Kemboja, Myanmar, Nepal dan Pakistan. Terdapat juga rakyat Afrika yang menjadi PATI berdasarkan berita-berita tempatan sejak sekian lama. Biasanya, mereka berasal dari Nigeria, namun ada juga yang datang dari negara Afrika lain seperti Afrika Selatan, Benin, Botswana, Ivory Coast, Kenya, Tanzania dan Uganda. Di Semenanjung Malaysia, Jalan Tun Tan Siew Sin menjadi tumpuan warga Bangladesh untuk melakukan aktiviti perniagaan dan hal ini membuatkan kawasan tersebut mendapat jolokan Little Dhaka. Warga Nepal pula biasanya bekerja sebagai pengawal keselamatan seperti yang digariskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang hanya mereka dibenarkan berbuat demikian. Meskipun begitu, terdapat juga warga India dan Indonesia bekerja sebagai pengawal keselamatan dan diuruskan oleh syarikat pengawal keselamatan haram, sekaligus telah menyalahi peraturan khusus yang telah dibuat oleh KDN. Ada juga yang telah menjalinkan hubungan dengan warga tempatan dan menimbulkan keresahan pasangan warga tempatan kerana mereka cenderung untuk melakukan aktiviti maksiat dan rogol dan perbuatan ini adalah salah satu daripada beberapa tindakan seks luar tabii. Sebahagian daripada mereka mula fasih berbahasa Melayu kerana sudah lama menetap di negara ini.[perlu rujukan]
Sabah
Sabah sememanganya menjadi tumpuan warga Filipina dan Indonesia untuk mencari pekerjaan dan kehidupan yang sempurna. Biasanya, mereka memasuki negeri itu secara haram melalui utara Sabah dan Wallace Bay, Pulau Sebatik. Pekerjaan utama mereka adalah perniagaan dan perladangan dan mereka diberi tawaran oleh syarikat yang berminat. Hal ini secara langsung telah menimbulkan kegusaran warga Sabah terutamanya mereka yang tinggal betul-betul berhadapan dengan sempadan Filipina kerana warga Filipina tiada punyai dokumen yang sah selain wujudnya penempatan haram yang dibina sama ada di atas laut atau di darat. Sebab mereka berbuat demikian adalah mereka bertindak melarikan diri daripada kesempitan hidup dan pertempuran antara tentera Filipina dan militan Abu Sayyaf yang menimbulkan kekacauan dan jenayah rentas sempadan di selatan negara itu. Mereka ingin menetap di Sabah secara kekal kerana di sanalah tiada kacau-bilau berlaku.[perlu rujukan]
Sarawak
Oleh sebab Sarawak ada banyak sempadan dengan Indonesia, warga Indonesia memasuki negeri itu, biasanya melalui Serian dan Lubok Antu. Biasanya, mereka menggunakan sempadan yang sah seperti di Pos Serikin dan mereka menujukkan dokumen yang sah seperti pelancong dan pengembara negara itu, sekiranya diperlukan. Namun, ada juga di antara mereka yang pandai menyelinap masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus kerana takut ditangkap imigresen. Kebanyakan mereka tidak memiliki dokumen yang sah. Mereka yang telah bolos ke Sarawak akan bebas berjalan-jalan di sekitar Serian dan Kuching. Kebanyakan mereka bekerja dalam sektor pembinaan seperti jajaran projek Lebuhraya Pan Borneo, khasnya bahagian Sibu - Miri dan sektor prladangan seperti kelapa sawit. Kehadiran mereka telah membuatkan warga Sarawak berasa takut kerana mereka datang dalam jumlah yang besar. Mereka tidak kisah jika PATI Indonesia yang datang ke Sarawak itu adalah pelancong tetap, tetapi apa yang mereka risau adalah terdapat warga Indonesia yang cuba memasuki Sarawak melalui laluan yang tidak diwartakan dan seterusmya menimbulkan syak wasangka bahawa warga Indonesia berkenaan menajdi PATI apablia menetap di negeri itu melebihi tempoh yang ditetapkan.[perlu rujukan]
Johor
Kebanyakan warga Indonesia memasuki Johor melalui pengangkutan laut yang menghubungkan antara Semenanjung Malaysia dan Kepulauan Sumatera di Indonesia. Masalah di Johor tidak serius kerana mereka memasukinya secara sah melalui laluan yang sah, cuma kadangkala mereka yang tiada dokumen dan permit yang sah, tiada pilihan lain, terpaksa masuk Johor secara haram melalui laluan tikus.[perlu rujukan]
Sebab
- Perang
- Penyatuan semula keluarga
- Kemiskinan
- Perkembangan populasi
- Pemerdagangan manusia
- Perniagaan gelap
- Melalui perkahwinan.
Bahaya
PATI mendedahkan diri mereka serta rakyat tempatan terhadap bahaya, antaranya termasuklah:[perlu rujukan]
- jenayah,
- perhambaan,
- pelacuran (melalui gadis-gadis GRO dari China, Laos dan Vietnam),
- perkosaan, dan
- kematian (pembunuhan).
Cara menceroboh
Terdapat beberapa cara PATI menceroboh masuk sesebuah negara. Antaranya:[perlu rujukan]
- Melalui sempadan – pencerobohan ini berlaku bagi negara-negara yang mempunyai sempadan daratan atau sungai dengan negara jiran. Misalnya, PATI warga Indonesia cuba memasuki Malaysia secara haram melalui sempadan Sarawak, warga Filipina melalui Sabah dan warga Thailand melalui Kedah, Perlis dan Kelantan.
- Melalui perairan – PATI memasuki sesebuah negara dengan menaiki kapal yang kemudiannya berhenti di persisiran (tidak berlabuh) dan para penumpangnya (PTI) akan berenang untuk tiba di pantai atau daratan.
- Melalui pintu utama – PATI memasuki sesebuah negara sebagai pelancong. Namun mereka kekal tinggal di negara tersebut melebihi tarikh visa yang diberikan. Ada di antara mereka menggunakan pas lawatan sosial tamat tempoh ataupun yang telah dipalsukan.
Pemalsuan MyKAD dan kesilapan pihak berkuasa
Terdapat banyak taktik PATI menajdi warga Malaysia, termasuklah penjualan MyKAD, pemalsuan MyKAD dan penggunaan MyKAD dengan menggunakan nama warga tempatan. Semuanya berpunca daripada kesilapan pihak berkuasa seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Antara yang menjadi trend adalah gambar MyKAD yang menggunakan nama warga tempatan, termasuk gambar muka dua lelaki warga Bangladesh dan menggunakan nama "Pang Chee Pin" dan "Chua Lai Fatt". Akibatnya, JPN mengaku telah melakukan kesilapan besar dan memohon maaf kepada pemilik asal berkaitan isu berkenaan.[perlu rujukan] Selain itu, MyKAD palsu juga telah dijual kepada PATI warga China dan menjadi warga Malaysia secara tidak sah. Kebanyakan mereka menjadi GRO dan pelacur serta ahli sindiket 'Macau Scam'. Harga MyKAD palsu jauh lebih murah dan mudah didapati daripada ejen tidak sah. Sekaligus, isu berkenaan menimbulkan keresahan rakyat tempatan kerana ianya tidak seharusnya berlaku dan jelaslah bahawa kegiatan ini telah mengkhianati negara. Kes seperti ini harus ditangani segera.[perlu rujukan]
Kesan
Kesan kehadiran PATI di Malaysia adalah sangat serius dan mendatangkan banyak masalah. Isu ini bukan sahaja telah menimbulkan kemarahan rakyat tempatan, bahkan mereka juga terbabit dalam pelbagai kegiatan jenayah. Undang-undang imigresen yang terlalu longgar membolehkan mereka masuk sesuka hati di pintu masuk utama. Akhirnya, keselamatan warga tempatan dan pelancong dalam dan luar negara terancam akibat perkumpulan PATI dan rakan-rakan mereka secara beramai-ramai serta pergerakan mereka dalam jumlah yang sangat besar.[perlu rujukan]
Tindakan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sentiasa berusaha menangani masalah PATI di Malaysia. Kerajaan telah mengusul cadangan kepada Indonesia, Bangladesh dan Nepal agar setuju rakyat mereka dipulangkan ke ketiga-tiga negara tersebut dan menjadi contoh kepada negara-negara lain untuk berbuat demikian. Selain itu, melalui Operasi (Op) Benteng, operasi berkenaan menyasarkan pelabuhan-pelabuhan haram di sekitar Johor yang menjadi tumpuan rakyat Indonesia mencari pekerjaan di Malaysia. Kebanyakan mereka yang masuk negara ini secara haram adalah dihantar oleh tekong warga asing dan tempatan serta mereka diupah oleh ejen yang tidak sah. Melalui tindakan-tindakan yang dilakukan oleh KDN, JIM dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM), kegiatan jenayah rentas sempadan dapat dielakkan dan seterusnya menajmin kesejahteraan dan keselmatan rakyat tempatan. Di samping itu, dengan pembinaan Depot Tahanan Imigresen (DTI), PATI yang ditangkap akan ditempatkan di sana sebelum dihantar pulang ke negara mereka. Angkatan Tentera Malaysia (ATM) harus membina pos sempadan, menutup semua laluan tikus dengan menagwal laluan tersebut dan menjalinkan hubungan ketenteraan dengan PDRM dan angkatan tentera dari negara PATI datang ke Malaysia, termasuklah Tentera Nasional Indonesia (TNI) agar masalah berkaitan mereka dapat diatasi.[perlu rujukan]
Antara tindakan undang-undang yang akan mereka hadapi adalah:
- Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 - bagi tekong yang didakwa membawa PATI secara haram.
- Akta Imigresen 1967 - bagi warga asing yang berada di Malaysia secara tidak sah.
Rujukan
- ^ "Pusat Rujukan Persuratan Melayu". prpm.dbp.gov.my. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 16 Jun 2020.