Pendarahan awal kehamilan | |
---|---|
Nama lain | Pendarahan trimester pertama, pendarahan pada awal kehamilan, pendarahan trimester kedua |
Pengkhususan | Obstetrik |
Kerumitan | Kejutan hemoragik[1] |
Punca | Kehamilan ektopik, Keguguran, kehilangan kehamilan, pendarahan implantasi, penyakit trofoblastik kehamilan, polip, kanser servik[1][2] |
Pemeriksaan spekulum, ultrabunyi, hCG[1] | |
Rawatan | Bergantung kepada keadaan[1] |
Kekerapan | ~30% kehamilan[1] |
sunting![]() |
Pendarahan awal kehamilan ditakrifkan sebagai pendarahan faraj sebelum 24 minggu usia kandungan (semasa trimester pertama dan kedua). [2] Jika pendarahan teruk, kejutan hemoragik mungkin berlaku. [1] Mereka yang mengalami pengsan, sakit dada, sesak nafas, atau sakit bahu adalah berisiko lebih besar untuk mengalami kejutan hemoragik. [1]
Kehamilan ektopik, risiko keguguran dan kehilangan kehamilan adalah tiga sebab yang paling biasa untuk pendarahan pada awal kehamilan. [1] [2] Kebanyakan keguguran berlaku sebelum usia kandungan 12 minggu. [2] Penyebab lain termasuk pendarahan implantasi, penyakit trofoblas kehamilan, polip, dan kanser serviks . [1] [2] Pemeriksaan spekulum, ultrasound dan hCG adalah ujian biasa yang digunakan untuk mengesan punca asas. [1]
Rawatan adalah bergantung kepada punca asas yang dikenalpasti. [1] Jika tisu dapat dilihat pada pembukaan serviks, ia harus dikeluarkan. [1] Bagi mereka yang dikesan mempunyai bunyi jantung janin semasa pemeriksaan, pemerhatian rapi adalah diutamakan. [3] Globulin imun anti-D biasanya disyorkan pada mereka yang Rh-negatif . [4] Kadangkala pembedahan diperlukan. [1]
Hampir 30% daripada wanita mengalami pendarahan pada trimester pertama (usia kehamilan 0 hingga 12 minggu). [1] Pendarahan pada trimester kedua (umur kandungan diantara 12 hingga 24 minggu) adalah lebih jarang. [5] Kira-kira 15% wanita daripada mereka yang mengalami pendarahan awal mengalami keguguran . [1] Kehamilan ektopik adalah sekitar 2% daripada jumlah kehamilan. [1]
Rujukan
- ^ a b c d e f g h i j k l m n o p Breeze, C (May 2016). "Early pregnancy bleeding". Australian Family Physician. 45 (5): 283–6. PMID 27166462.
- ^ a b c d e Stables, Dorothy; Rankin, Jean (2010). Physiology in Childbearing: With Anatomy and Related Biosciences (dalam bahasa Inggeris). Elsevier Health Sciences. m/s. 423. ISBN 978-0702044113. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-08-28. Dicapai pada 2020-05-05.
- ^ Deutchman, M; Tubay, AT; Turok, D (1 June 2009). "First trimester bleeding". American Family Physician. 79 (11): 985–94. PMID 19514696.
- ^ Coppola, PT; Coppola, M (August 2003). "Vaginal bleeding in the first 20 weeks of pregnancy". Emergency Medicine Clinics of North America. 21 (3): 667–77. doi:10.1016/S0733-8627(03)00041-5. PMID 12962352.
- ^ Beebe, Richard; Myers, Jeffrey (2010). Professional Paramedic, Volume II: Medical Emergencies, Maternal Health & Pediatrics (dalam bahasa Inggeris). Cengage Learning. m/s. 704. ISBN 9781285224909. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-08-28. Dicapai pada 2020-05-05.