Rencana ini tidak mempunyai pautan ke rencana Wikipedia lain. (Oktober 2017) |
Pendapatan pasif adalah pendapatan yang diterima secara berkala tetap, dengan sedikit usaha yang diperlukan untuk mengekalkannya. Ia berkait rapat dengan konsep "Pendapatan belum diperolehi."
Jabatan Hasil Dalam Negara Amerika mengkategorikan pendapatan pada tiga jenis yang luas, pendapatan aktif (perolehan), pendapatan pasif (belum diperolehi), dan Pendapatan Portfolio[1]. Ia mentakrifkan pendapatan pasif sebagai hanya datangnya dari dua sumber: aktiviti sewa atau "aktiviti perdagangan atau perniagaan di mana anda tidak menyertainya secara material/aktif. "[2][3] Institusi kewangan dan kerajaan lain juga mengenalinya sebagai pendapatan yang didapati hasil pertumbuhan modal berkait dengan gearan negatif. Pendapatan pasif biasanya dikenakan cukai.
Secara ringkasnya, Pendapatan Pasif ini adalah satu bentuk pendapatan yang anda akan terima untuk kerja-kerja yang telah anda lakukan sebelumnya, namun pendapatan ini anda akan terus dapat walaupun anda telah berhenti melakukan kerja-kerja tersebut.
Sebagai contoh, Pernahkah anda melihat perniagaan seperti TNB, Astro, Telekom / Unifi dan juga syarikat-syarikat telekomunikasi seperti Maxis, Digi, Celcom dan lain-lain?
Prasarana peralatan hanya perlu dipasang sekali sahaja namun, syarikat-syarikat ini memperolehi pendapatan setiap bulan. Inilah yang dikatakan sebagai pendapatan pasif yang berterusan dan berulang-ulangkali.
Anda juga perlu membuat sasaran untuk memperolehi pendapatan sebegini rupa. Ianya adalah satu pendapatan pasif. Ia sangat-sangat membantu sesiapa sahaja yang memilikinya. Anda perlu memiliki Pendapatan Pasif!
Ia juga bukan bermakna anda tidak membuat kerja, anda hanya membuat kerja pada permulaan tetapi anda boleh menikmati pendapatan secara berpanjangan daripada kerja tersebut. Buat kerja sekali pendapatan berulangkali.
Rujukan
Pautan luar
- Passive income, Investopedia
- ASIC's MoneySmart website