Penculikan Proserpina | |
---|---|
Maklumat umum | |
Jenis | Arca |
Pencipta | Gian Lorenzo Bernini |
Dicipta pada | 1621–22 |
Ditauliahkan oleh | Scipione Borghese (mul) |
Genre | Group of sculptures (en) , mythological sculpture (en) dan Seni bogel |
Gerakan | Baroque |
Subjek | Penculikan, Persephone (en) , Proserpina (en) , Hades, Pluto, wanita dan lelaki |
Saiz | 225 cm () |
Lokasi | |
Koleksi | Galleria Borghese, Rom |
Pengkatalogan | |
Nombor inventori | CCLXVIII |
Katalog | 10 |
sunting · sunting di Wikidata |
Penculikan Proserpina (Itali: Ratto di Proserpina )[1] ialah sebuah arca Baroquebesar daripada marmar oleh artis Itali Gian Lorenzo Bernini, yang dihasilkan antara tahun 1621 dan 1622, pada awal kerjaya Bernini. Arca ini disiapkan ketika Bernini baru berusia 23 tahun, menggambarkan penculikan Proserpina, yang ditangkap dan dibawa ke alam ghaib oleh dewa Pluto.[2][3] Ia menampilkan Pluto menjulang Proserpina, dan Cerberus untuk melambangkan sempadan ke alam ghaib tempat Pluto membawa Proserpina.[4]
Kardinal Scipione Borghese menempah arca ini dan memberikannya kepada Kardinal-anak saudara yang baru dilantik, Ludovico Ludovisi, mungkin untuk mengambil hatinya. Arca itu menunjukkan kisah Proserpina, yang mungkin berkaitan dengan kematian Paus Paulus V baru-baru itu atau kuasa baharu Ludovico.[5][6] Bernini mendapat inspirasi daripada dua artis, Giambologna dan Annibale Carracci untuk arca itu, satu-satunya karya yang pelan dan lakaran awalnya masih wujud. Penculikan Proserpina diperbuat daripada marmar Carrara yang nadir, dan pada asalnya diletakkan di atas ketapak, kini sudah musnah, dengan puisi oleh Maffeo Barberini. Kerealistikannya dipuji kerana marmarnya nampak betul-betul seperti kulit manusia dan kain. Terdapat banyak perincian, seperti titisan air mata yang menonjolkan ekspresi wajah Proserpina.[7]
Latar belakang
Penculikan Proserpina menceritakan mitos Rom tentang Proserpina, yang terdapat dalam kedua-dua kisah Metamorphoses oleh Ovidius dan De Raptu Proserpinae karya Claudianus. Proserpina, anak perempuan Jupiter dan Ceres, dewi pertanian Rom, sedang mengumpulkan bunga apabila dia diculik oleh dewa alam ghaib, Pluto. Pluto keluar dari tanah dalam kereta kuda yang ditarik oleh empat ekor kuda hitam, dan membawa Proserpina lari ke alam ghaib. Namun, Ceres terdengar anaknya menjerit. Ceres mengeringkan bumi dan menyebabkan hasil tuaian tidak menjadi, memaksa Jupiter untuk berunding: Pluto dan Ceres masing-masing akan dapat Proserpina selama setengah tahun.[8] Mitos ini ialah kisah bagaimana musim wujud: apabila Proserpina bersama Pluto, alam semula jadi mati dan musim sejuk bermula; apabila dia tinggal dengan Ceres, bumi mengalami musim bunga.[9]
Patung Bernini menggambarkan detik kemuncak cerita rakyat itu, apabila Pluto menangkap Proserpina, yang bergelut melawannya ketika Hades membawanya melintasi sempadan alam ghaib, dilambangkan dengan marmar Cerberus.[4] Kedua-dua figura hampir berbogel, namun kain masih menutupi paha Pluto dan bahu Proserpina. Cerberus marmar bersambung dengan Pluto dengan kain ini.[10]
Banyak arca pada masa itu tidak dapat dilihat hanya dari satu sudut, sebaliknya pemerhati perlu melihatnya dari banyak perspektif sebelum mereka dapat memahaminya seluruhnya.[11] Akan tetapi, Penculikan Proserpina boleh dilihat sepenuhnya dari satu sudut, betul-betul dari hadapan tapaknya. Semua sudut pandangan lain kurang penting.[12]
Rujukan
Petikan
- ^ Jones, Brandon (2019). "The Poetics of Legalism: Ovid and Claudian on the Rape of Proserpina". Arethusa. 52 (1): 71. doi:10.1353/are.2019.0002.
- ^ Avery 1997, p. 49
- ^ Wittkower 1955, p. 235.
- ^ a b Hibbard 1990, p. 45.
- ^ Winner 1998, p. 187.
- ^ Strunck 2020, p. 191.
- ^ Dickerson 2012, p. 22.
- ^ Richman-Abdou, Kelly (2019-10-13). "A Detailed Look at Bernini's Most Dramatically Lifelike Marble Sculpture". My Modern Met (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-07-31.
- ^ "THE STORY OF WINTER". sciweb.nybg.org. Dicapai pada 2022-07-31.
- ^ Winner 1998, p. 194.
- ^ Winner 1998, p. 202.
- ^ Hibbard 1990, p. 55.
Sumber
- Avery, Charles (1997). Bernini: Genius of the Baroque. London: Thames and Hudson. ISBN 9780500286333.
- Baldinucci, Filippo (2006) [1682]. The Life of Bernini. University Park: Pennsylvania State University Press. ISBN 9780271730769.
- Bernini, Domenico (2011) [1713]. The Life of Giano Lorenzo Bernini. University Park: Pennsylvania State University Press. ISBN 9780271037486.
- Coliva, Anna (2002). Bernini scultore: la tecnica esecutiva [The Sculptor Bernini: The Executive Technique] (dalam bahasa Italian). Rome: De Luca.CS1 maint: unrecognized language (link)
- Dickerson, Claude Douglas; Bernini, Gian Lorenzo; Sigel, Anthony; Wardropper, Ian (2012). Bernini: Sculpting in Clay. New York: Metropolitan Museum of Art. ISBN 9781588394729.
- Hawley, Henry (April 1971). "A Terra-Cotta Model for Bernini's Proserpina". The Bulletin of the Cleveland Museum of Art. 58 (4): 107–111. JSTOR 25152371.
- Hibbard, Howard (1990). Bernini. Baltimore, MD: Penguin Books. ISBN 9780140135985.
- Kenseth, Joy (1981). "Bernini's Borghese Sculptures: Another View". The Art Bulletin. 63 (2): 191–210. doi:10.2307/3050112. JSTOR 3050112 – melalui JSTOR.
- Moira, Scully (2021). The Rebirth of Rape: Tracing Ovidian Rape Motifs with Respect to Bernini's Pluto and Persephone as a Piece of Classical Reception (PDF) (Tesis). University of Waterloo.
- Mormando, Franco (2011). Bernini: His Life and His Rome. Chicago: University of Chicago Press. ISBN 9780226538525.
- Smith, Sir James Edward (2010) [1793]. A Sketch of a Tour on the Continent. Nabu Press. ISBN 978-1145289536.
- Strunck, Christina (2020). The Poisoned Present: A New Reading of Gianlorenzo Bernini's Rape of Proserpina. arthistoricum.net.
- Taine, Hippolyte (1871). Italy: Rome and Naples; Florence and Venice. Leypoldt & Holt.
- Warwick, Genevieve (2012). Bernini: Art as Theatre. New Haven: Yale University Press. ISBN 9780300187069.
- Winner, Matthias; Coliva, Anna; Schütze, Sebastien (1998). "Ratto di Proserpina" [Abduction of Proserpina]. Bernini scultore: la nascita del barocco in casa Borghese [The Sculptor Bernini: the Birth of Baroque in the House of Borghese] (dalam bahasa Italian). Rome: Edizioni de Luca. m/s. 180–203. ISBN 9788880162421.CS1 maint: unrecognized language (link)
- Wittkower, Rudolf (1955). Gian Lorenzo Bernini: The Sculptor of the Roman Baroque. London: Phaidon Press. ISBN 9780801414305.
Pautan luar
Video luar | |
---|---|
Bernini's Pluto and Proserpina, Smarthistory |
- Kategori berkenaan Rape of Proserpina by Gian Lorenzo Bernini di Wikimedia Commons
- Web Gallery of Art
- Galleria Borghese
- Vita del Cavalier Gio. Lorenzo Bernino di Google Buku
- Vita del cavaliere Gio. Lorenzo Bernino di Google Buku