Pencemaran plastik ialah sejenis pencemaran yang melibatkan pengumpulan objek-objek serta partikel plastik (seperti botol plastik dan beg plastik) di persekitaran Bumi yang membawa kepada ancaman terhadap kesihatan manusia, hidupan liar dan habitatnya.[1][2] Plastik yang bertindak sebagai pencemar dikelaskan berdasarkan saiznya kepada saiz mikro, meso dan makro.[3] Plastik adalah murah dan tahan lasak, menjadikan ia sebagai bahan pilihan dan serba guna dalam pelbagai aspek berbanding bahan-bahann lain.[4] Namun begitu, struktur kimia kebanyakan jenis plastik menjadikan mereka sukar terurai dalam proses-proses alami dan oleh itu, mengambil masa yang lama terurai.[5] Dua faktor ini menyebabkan jumlah plastik yang besar memasuki alam sekitar akibat pengurusan sisa yang tidak betul serta kekal di dalam ekosistem.
Pemcemaran plastik boleh mengganggu daratan, laluan air dan lautan. Kira-kira 1.1 ke 8.8 juta tan sisa plastik memasuki lautan dari kawasan pesisir per tahun.[6] Kajian menganggarkan ada 86 juta tan plastik marin pada akhir 2013 dengan anggapan bahawa 1.4% plastik dihasilkan dari 1950 ke 2013 telah memasuki dan kekal di situ.[7] Beberapa orang pengkaji meramal bahawa jumlah plastik akan melebihi jumlah ikan pada 2050 berdasarkan berat.[8] Organisma hidup, terutamanya haiwan laut boleh terancam akibat kesan fizikal seperti tersangkut pada objek plastik, tertelan plastik atau pendedahan terhadap bahan kimia dalam plastik yang mengganggu fisiologi haiwan. Plastik terurai boleh mengancam manusia melalui penelanan terus (seperti melalui air paip) atau tak terus (melalui haiwan) dan gangguan terhadap mekanisma hormon badan.
Rujukan
- ^ "Plastic pollution". Encyclopædia Britannica. Dicapai pada 1 Ogos 2013.
- ^ Laura Parker (June 2018). "We Depend on Plastic. Now We're Drowning in It". NationalGeographic.com. Dicapai pada 25 Jun 2018.
- ^ Hammer, J; Kraak, MH; Parsons, JR (2012). "Plastics in the marine environment: the dark side of a modern gift". Reviews of Environmental Contamination and Toxicology. 220: 1–44. doi:10.1007/978-1-4614-3414-6_1. ISBN 978-1-4614-3413-9. PMID 22610295. S2CID 5842747.
- ^ Hester, Ronald E.; Harrison, R. M. (editors) (2011). Marine Pollution and Human Health. Royal Society of Chemistry. m/s. 84–85. ISBN 184973240X
- ^ Le Guern, Claire (March 2018). "When The Mermaids Cry: The Great Plastic Tide". Coastal Care. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 April 2018. Dicapai pada 10 November 2018.
- ^ Jambeck, Jenna R.; Geyer, Roland; Wilcox, Chris; Siegler, Theodore R.; Perryman, Miriam; Andrady, Anthony; Narayan, Ramani; Law, Kara Lavender (2015-02-13). "Plastic waste inputs from land into the ocean". Science (dalam bahasa Inggeris). 347 (6223): 768–771. Bibcode:2015Sci...347..768J. doi:10.1126/science.1260352. PMID 25678662. S2CID 206562155.
- ^ Jang, Y. C., Lee, J., Hong, S., Choi, H. W., Shim, W. J., & Hong, S. Y. 2015. Estimating the global inflow and stock of plastic marine debris using material flow analysis: a preliminary approach. Journal of the Korean Society for Marine Environment and Energy, 18(4), 263-273.[1]
- ^ Sutter, John D. (12 December 2016). "How to stop the sixth mass extinction". CNN. Dicapai pada 18 September 2017.
Pautan luar
- Media berkenaan Pencemaran plastik di Wikimedia Commons