Pemvaksinan | |
---|---|
ICD-9-CM | 99.3-99.5 |
Pemvaksinan atau vaksinasi ialah pemasukan bahan antigen (iaitu vaksin) untuk merangsang sistem keimunan individu untuk mengembangkan keimunan adaptif terhadap sesuatu patogen. Vaksin boleh mencegah atau memperbaiki kesan buruk jangkitan. Keberkesanan pemvaksinan telah dikaji dan disahkan secara meluas; contohnya, vaksin influenza,[1] vaksin HPV,[2] dan vaksin cacar air.[3] Pemvaksinan adalah kaedah yang paling berkesan dalam mencegah penyakit berjangkit;[4] keimunan menyeluruh daripada pemvaksinan merupakan faktor utama bagi terhapusnya cacar di seluruh dunia, serta sekatan terhadap penyakit-penyakit seperti polio, demam campak, dan tetanus di kebanyakan negara.
Agen aktif sesuatu vaksin mungkin merupakan bentuk patogen penyebab penyakit yang dalam keadaan baik tetapi dilumpuhkan (tidak berjangkit) atau dilemahkan (kurang daya berjangkit), atau komponen-komponen patogen yang ditulenkan dan didapati tinggi imunogen (contoh, protein lapisan luaran virus). Toksoid dihasilkan untuk pengimunan terhadap penyakit berasaskan toksin, misalnya pengubahsuaian toksin tetanospasmin pada tetanus untuk membuang kesan toksiknya sambil memelihara kesan imunogennya.[5]
Cacar merupakan penyakit pertama yang cuba dicegah oleh manusia dengan sengaja menginokulasi dirinya dengan jangkitan lain[6][7], malah ia merupakan penyakit pertama yang mendapat vaksin sendiri. Vaksin cacar dicipta pada tahun 1796 oleh pakar perubatan British bernama Edward Jenner. Sungguhpun hanya sekurang-kurangnya enam orang pelopor lain yang telah menggunakan prinsip yang sama sebelum beliau,[8] namun Jenner merupakan tokoh pertama yang berjaya menerbitkan bukti keberkesanan vaksin tersebut serta panduan penggunaannya. Louis Pasteur memajukan konsep vaksin menerusi usaha perintisan beliau dalam bidang mikrobiologi. Pengimunan itu bergelar pemvaksinan bersempena sejenis virus yang menyerang lembu iaitu Variolae vaccinae (Vaccinae berakar daripada vacca yamg bermaksud lembu dalam bahasa Latin).[6][8] Cacar merupakan penyakit berjangkit pembunuh yang menyebabkan kematian 20–60% orang dewasa terjangkit dan lebih 80% kanak-kanak terjangkit[9], bahkan ia telah menyebabkan kematian sebanyak kira-kira 300–500 juta orang pada abad ke-20 sahaja sehingga tahun 1979 apabila penyakit tersebut telah dihapuskan langsung dengan rasminya.[10][11][12]
Mekanisme
[sunting | sunting sumber]Secara amnya, proses pencetusan imuniti secara buatan dilakukan melalui 'perangsangsediaan' sistem imun dengan sejenis 'imunogen' sebagai suatu ikhtiar perlindungan daripada penyakit yang berjangkit. Perangsangan tindak balas imun dengan agen jangkitan ini dikenali sebagai pelalian. Vaksinasi itu sendiri merangkumi pelbagai kaedah pemberian imunogen kepada pesakit.[13]
Ada vaksin yang diberikan setelah pesakit menghidap suatu penyakit itu sendiri. Vaksin yang diberikan selepas berlakunya jangkitan cacar mengakibatkan penyakit tersebut teratenuat dalam masa tiga hari, manakala pemvaksinan selepas seminggu jangkitan penyakit itu berkemungkinan memberi perlindungan ataupun mengurangkan kesan-kesan daripada penyakit tersebut.[14] Pemvaksinan penyakit anjing gila yang pertama dilakukan oleh saintis Perancis iaitu Louis Pasteur kepada seorang kanak-kanak yang terkena gigitan anjing yang menghidap penyakit tersebut. Penemuan-penemuan yang menyusul mendapati empat dos vaksin penyakit ini yang disampingi rawatan luka dalam individu yang punya sistem imun yang tidak terjejas mencegah penyebaran penyakit tersebut secara efektif.[15]
Kebanyakan vaksin diberikan dalam bentuk suntikan hipodermik kerana vaksin-vaksin ini tidak dapat diserapkan sepenuhnya melalui usus-usus manusia. Vaksin-vaksin polio hidup yang teratenuat, sesetengah jenis tifus serta kolera diambil secara oral atau mulut untuk menghasilkan imuniti dalam perut. Meskipun pemvaksinan memberikan suatu kesan yang berpanjangan, ia perlukan tempoh yang panjang (beberapa minggu misalnya) agar keberkesanannya dapat dilihat. Imuniti pasif melalui pemindahan antibodi pula mempunyai kesan yang ketara.[16]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Fiore AE, Bridges CB, Cox NJ (2009). "Seasonal influenza vaccines". Curr. Top. Microbiol. Immunol. Current Topics in Microbiology and Immunology. 333: 43–82. doi:10.1007/978-3-540-92165-3_3. ISBN 978-3-540-92164-6. PMID 19768400.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- ^ Chang Y, Brewer NT, Rinas AC, Schmitt K, Smith JS (2009). "Evaluating the impact of human papillomavirus vaccines". Vaccine. 27 (32): 4355–62. doi:10.1016/j.vaccine.2009.03.008. PMID 19515467. Unknown parameter
|month=
ignored (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link) - ^ Liesegang TJ (2009). "Varicella zoster virus vaccines: effective, but concerns linger". Can. J. Ophthalmol. 44 (4): 379–84. doi:10.3129/i09-126. PMID 19606157. Unknown parameter
|month=
ignored (bantuan) - ^
- United States Centers for Disease Control and Prevention (2011). A CDC framework for preventing infectious diseases. Dicapai pada 11 September 2012. “Vaccines are our most effective and cost-saving tools for disease prevention, preventing untold suffering and saving tens of thousands of lives and billions of dollars in healthcare costs each year.”
- American Medical Association (2000). Vaccines and infectious diseases: putting risk into perspective. Dicapai pada 11 September 2012. “Vaccines are the most effective public health tool ever created.”
- Public Health Agency of Canada. Vaccine-preventable diseases. Dicapai pada 11 September 2012. “Vaccines still provide the most effective, longest-lasting method of preventing infectious diseases in all age groups.”
- United States National Institute of Allergy and Infectious Diseases (NIAID). NIAID Biodefense Research Agenda for Category B and C Priority Pathogens. Dicapai pada 11 September 2012. “Vaccines are the most effective method of protecting the public against infectious diseases.”
- ^ http://www.cdc.gov/vaccines/pubs/pinkbook/downloads/tetanus.pdf
- ^ a b Lombard M, Pastoret PP, Moulin AM (2007). "A brief history of vaccines and vaccination". Rev. - Off. Int. Epizoot. 26 (1): 29–48. PMID 17633292.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- ^ Behbehani AM (1983). "The smallpox story: life and death of an old disease". Microbiol. Rev. 47 (4): 455–509. PMC 281588. PMID 6319980.
- ^ a b Plett PC (2006). "[Peter Plett and other discoverers of cowpox vaccination before Edward Jenner]". Sudhoffs Arch (dalam bahasa Jerman). 90 (2): 219–32. PMID 17338405. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-02-15. Dicapai pada 12 Mac 2008.
- ^ Riedel S (2005). "Edward Jenner and the history of smallpox and vaccination". Proc (Bayl Univ Med Cent). 18 (1): 21–5. PMC 1200696. PMID 16200144.
- ^ Koplow, David A. (2003). Smallpox: the fight to eradicate a global scourge. Berkeley: University of California Press. ISBN 0-520-24220-3.
- ^ "UC Davis Magazine, Summer 2006: Epidemics on the Horizon". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-11. Dicapai pada 3 Januari 2008.
- ^ How Poxviruses Such As Smallpox Evade The Immune System, ScienceDaily, 1 Februari 2008
- ^ Kwong, Peter D. (3 Febuari 2017). "What Are the Most Powerful Immunogen Design Vaccine Strategies? A Structural Biologist's Perspective". Cold Spring Harbor Perspectives in Biology: a029470. doi:10.1101/cshperspect.a029470. ISSN 1943-0264. PMID 28159876. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ "Vaccine Overview" (PDF). Smallpox Fact Sheet. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2008-01-02. Dicapai pada 2 Januari 2008. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ Rupprecht CE, Briggs D, Brown CM, dll. (Mac 2010). "Use of a reduced (4-dose) vaccine schedule for postexposure prophylaxis to prevent human rabies: recommendations of the advisory committee on immunization practices". MMWR Recomm Rep (dalam bahasa Inggeris). 59 (RR–2): 1–9. PMID 20300058.
- ^ "Immunity Types". Centers for Disease Control and Prevention (Pusat-Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat). Dicapai pada 20 Oktober 2015. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan)