Pemprosesan isyarat merupakan analisis, pentafsiran dan pengolahan isyarat. Isyarat ini termasuklah isyarat bunyi, imej, biologi seperti elektrokardiogram (ECG), radar, dan sebagainya. Pemprosesan isyarat termasuklah storan, penyusunan semula, pemisahan maklumat daripada hingar, pemampatan data dan penyarian sifat.
Pengelasan isyarat
Terdapat pelbagai jenis pemprosesan isyarat, bergantung kepada sifat isyarat itu. Isyarat boleh jadi analog atau digital, dan boleh berpunca dari pelbagai sumber.
Untuk isyarat analog, pemprosesan isyarat mungkin melibatkan penguatan dan penurasan isyarat audio untuk peralatan audio atau pemodulatan dan penyahmodulatan isyarat untuk telekomunikasi. Untuk isyarat digital, pemprosesan isyarat mungkin melibatkan pemampatan, pemeriksaan ralat dan pengesanan ralat dalam data.
- Pemprosesan isyarat analog—untuk isyarat yang belum didigitalkan, seperti dalam sistem radio, telefon, radar dan televisyen klasik
- Pemprosesan isyarat digital—untuk isyarat yang telah didigitalkan. Pemprosesan dilakukan oleh litar digital seperti ASIC, FPGA, mikropemproses atau komputer pelbagai guna, atau cip pemproses isyarat digital khusus
- Pemprosesan isyarat statistik—menganalisis dan mendapatkan maklumat dari isyarat berdasarkan ciri statistik
- Pemprosesan isyarat audio—untuk isyarat elektrik yang mewakili bunyi, seperti muzik
- Pemprosesan isyarat pertuturan—untuk memproses dan mentafsirkan suara percakapan
- Pemprosesan imej—dalam kamera digital, komputer dan pelbagai sistem pengimejan
- Pemprosesan isyarat video—untuk mentafsirkan gambar bergerak
- Pemprosesan tatasusunan—untuk memproses isyarat dari tatasusunan penderia.
Topik dalam pemprosesan isyarat
- Pensampelan (pemprosesan isyarat)
- Pengkuantuman (pemprosesan isyarat)
- Teori sistem LTI
- Transformasi Fourier
- Transformasi gelombang kecil