Pemerintah Panglima Tertinggi (Supreme Commander–in–Chief atau Supreme Commander)[1] ialah gelaran bagi seseorang yang memegang kuasa pemerintahan paling tinggi ke atas angkatan tentera sesebuah negara (atau gabungan negara), kebiasaannya semasa zaman perang dan kadangkala juga pada waktu aman.
Pemerintah Panglima Tertinggi juga diberi kuasa luar biasa berhubung semua institusi awam dan individu dalam wilayah sesebuah negara dan kancah operasi ketenteraan[2] (theater of war). Secara umumnya, ketua negara adalah Supreme Commander–in–Chief. Istilah Inggeris yang bersamaan pertama kali digunakan oleh Raja England, Scotland dan Ireland, Charles I (1625–1649). Di beberapa negara Komanwel British, jawatan ini digantikan oleh Gabenor Jeneral.
Arab Saudi
Raja ialah pemerintah mutlak tertinggi bagi semua angkatan tentera di Arab Saudi.
Azerbaijan
Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Azerbaijan ialah Presiden Azerbaijan.
Empayar Jepun
Melalui "Perintah Draf No. 142" berdasarkan Perlembagaan Empayar Jepun (Perlembagaan Meiji) (Bahagian 1 Perkara 1) bertarikh 30 September 1889, Maharaja Jepun secara rasmi dianugerahkan pangkat Pemerintah Panglima Tertinggi Tentera Darat dan Tentera Laut Imperial Jepun (Dai-gensui-riku-kai-gun-taishō) dan diberikan kuasa penuh sebagai pemerintah tertinggi Tentera Darat Imperial Jepun dan Tentera Laut Imperial Jepun.
India
Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera India ialah Presiden India.
Iran
Menurut Perkara 110 Perlembagaan Iran, Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara ialah Pemimpin Agung Iran (Rahbar), yang mempunyai kuasa mutlak dalam semua hal berkaitan ketenteraan dan politik–tentera.
Beliau mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan perang, membuat perdamaian dan pengerahan umum. Beliau juga melantik, memecat dan menerima perletakkan jawatan pegawai tertinggi tentera.
Majlis Keselamatan Negara Tertinggi adalah dibawah bidang kuasa beliau.
Kazakhstan
Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Republik Kazakhstan ialah Presiden Kazakhstan, yang melaksanakan pengurusan umum terhadap pembinaan, persediaan, dan penggunaan organisasi ketenteraan, serta memastikan keselamatan ketenteraan negara.
Korea Selatan
Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Korea Selatan ialah Presiden Korea Selatan.
Korea Utara
Pemerintah Tertinggi Tentera Rakyat Korea ialah Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat Parti Buruh Korea.
Poland
Jawatan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Poland disandang oleh Presiden Poland, selaras dengan Artikel 134 dan Bab 4 (bertarikh 2 April 1997).[3] Sejak tahun 1917, pelantikan ke jawatan ini hanya dibuat semasa peperangan atas cadangan Presidium Majlis Menteri-menteri.
Rusia

Di Rusia, menurut Perkara 87 Perlembagaan Persekutuan Rusia, Presiden Persekutuan Rusia adalah Pemerintah Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan Rusia.
Pada 7 Mei 1992, Presiden Persekutuan Rusia Boris Yeltsin mengeluarkan Dekri No. 467 "Mengenai Pemegangan Jawatan Pemerintah Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan Rusia".[4] Kuasa Presiden sebagai Pemerintah Panglima Tertinggi termaktub dalam Undang-Undang Persekutuan Rusia No. 4061–I "Mengenai Pindaan dan Tambahan kepada Perlembagaan (Undang-Undang Asas) Persekutuan Rusia – Rusia" bertarikh 9 Disember 1992,[5] yang mula berkuatkuasa sebaik sahaja diterbitkan dalam "Rossiyskaya Gazeta" pada 12 Januari 1993.[6] Pada 25 Disember 1993, Perlembagaan Persekutuan Rusia telah berkuatkuasa, yang mengesahkan status Presiden Persekutuan Rusia sebagai Pemerintah Panglima Tertinggi.
- Boris Yeltsin (7 Mei 1992 – 31 Disember 1999);
- Viktor Chernomyrdin (5 November 1996 – 6 November 1996);
- Vladimir Putin (31 Disember 1999 – 7 Mei 2008, dan dari 7 Mei 2012);
- Dmitry Medvedev (7 Mei 2008 – 7 Mei 2012).
Tajikistan
Presiden Republik Tajikistan ialah Pemerintah Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Tajikistan.[7]
Tunisia
Menurut Perkara 94 dalam Perlembagaan Republik Tunisia, Presiden Republik Tunisia ialah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Tunisia. Beliau merupakan penjamin kemerdekaan negara, keutuhan wilayah, dan integriti wilayah. Beliaulah yang mengisytiharkan perang dan memeterai perdamaian, selain melantik pangkat tertinggi dalam ketenteraan dan keselamatan negara.
Turkmenistan
Menurut Artikel 53 Perlembagaan Turkmenistan, Presiden Turkmenistan ialah Pemerintah Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Turkmenistan. Beliau memberikan arahan mengenai mobilisasi umum atau separa, penggunaan Angkatan Tentera, penukaran lokasi mereka, menjadikan mereka dalam keadaan siap tempur, melantik komando tertinggi Angkatan Tentera, dan menguruskan aktiviti Majlis Keselamatan Negara Turkmenistan.[8]
Ukraine
Menurut Perkara 106 Perlembagaan Ukraine, Presiden Ukraine adalah Pemerintah Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Ukraine; melantik dan memecat pegawai tertinggi Angkatan Tentera Ukraine dan formasi ketenteraan lain; memimpin dalam bidang keselamatan dan pertahanan negara.[9]
Lihat juga
Rujukan
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama:0
- ^ Templat:GSEn
- ^ Dz.U. z 1997 r. nr 78, poz. 483
- ^ Decree of the President of the Russian Federation of May 7, 1992 No. 467 "On the Assumption of the Office of the Supreme Commander–in–Chief of the Armed Forces of the Russian Federation"
- ^ Law of the Russian Federation of December 9, 1992 No. 4061–I "On Amendments and Additions to the Constitution (Basic Law) of the Russian Federation – Russia"
- ^ "Rossiyskaya Gazeta", January 12, 1993, No. 6 (622), Page 4
- ^ Perlembagaan Republik Tajikistan
- ^ Perlembagaan Turkmenistan
- ^ Constitution of Ukraine, Section 5