Pemekaan, pensensitifan, atau sensitisasi ialah suatu proses pembelajaran tidak berkait yang melibatkan pemberian rangsangan berulang-ulang dalam amplifikasi progresif gerak balas.[1] Pemekaan kerap bercirikan peneguhan gerak balas terhadap seluruh kelas rangsangan sebagai tambahan kepada yang diulangkan. Contohnya, pengulangan rangsangan sakit boleh menjadikan seseorang itu lebih responsif terhadap bunyi lebih lantang.
Lihat juga
Rujukan
- ^ Shettleworth, S. J. (2010) "Cognition, Evolution and Behavior" (2nd Ed) New York:Oxford