JS Maya
| |
Ringkasan kelas | |
---|---|
Nama: | kelas-Maya |
Pembina: | Japan Marine United |
Pengguna: | Pasukan Pertahanan Diri Laut Jepun |
Didahului oleh: | kelas Atago |
Kos: | ¥164.8 bilion[1] |
Dibina: | 2017–2021 |
Ditauliahkan: | 2020– |
Dirancang: | 2 |
Disiapkan: | 2 |
Aktif: | 2 |
Ciri-ciri umum | |
Jenis: | Pembinasa peluru berpandu |
Sesaran: |
|
Panjang: | 169.9 m (557 ka 5 in) |
Lunas: | 22.2 m (72 ka 10 in) |
Draft: | 6.4 m (21 ka 0 in) |
Kedalaman: | 13 m (42 ka 8 in) |
Jana kuasa: |
|
Halaju: | 30 knot (56 km/j) |
Bot & lancang yang dibawa: |
|
Anak kapal: | 300 orang |
Sistem penderia dan pemprosesan: |
|
Peperangan elektronik & pengumpan: |
|
Persenjataan: |
|
Pesawat yang dibawa: | 1 × helikopter SH-60K (biasa tidak dibawa)[2] |
Kemudahan penerbangan: | Dek penerbangan dan hangar tertutup untuk sebuah helikopter |
Kelas-Maya adalah sebuah versi kelas kapal pembinasa peluru berpandu (まや型護衛艦 , Maya-gata Goeikan) dalam Pasukan Pertahanan Diri Maritim Jepun yang telah diubahsuai daripada kelas Atago, dengan Sistem Tempur Aegis dan sistem pendorongan elektrik yang dipertingkatkan.[3] Maya telah ditauliahkan pada 19 Mac, 2020.[4] Haguro pula telah ditauliahkan pada 19 Mac, 2021.
Latar belakang
Pasukan Pertahanan Diri Maritim mula membina kapal kelas Kongō yang dilengkapi dengan Aegis bermula pada tahun 1988.[5] Dan pada tahun 2002 hingga 2003, sebuah versi yang diubahsuai, kelas Atago, telah ditambah ke dalam armadanya.[5]
Bagaimanapun, selepas empat buah pembinasa kelas-Kongō dan dua buah pembinasa kelas-Atago ditauliahkan, menjadi satu keperluan untuk membina dua buah lagi kapal pembinasa yang dilengkapi dengan Aegis bagi mengantikan kelas Hatakaze, kapal pembinasa terbaik dan terakhir yang masih terselamat dan dilengkapi dengan sistem Tartar.[5] Pembinaan dua buah kapal ini dimasukkan di dalam Garis PAnduan PRogram Pertahanan Negara bagi tahun FY2014 dan seterusnya.[5] Kapal sulung, JS Maya, telah dibina dalam belanjawan FY2015.[3]
Rekabentuk
Meskupin berkongsi ciri-ciri rekabentuk sama seperti kelas-Atago, kelas-Maya memiliki badan yang lebih panjang untuk dipasang dengan sebuah sistem pendorongan hibrid elektrik.[3]
Pendorongan bagi pembinasa kelas-Maya dipacu oleh sebuah sistem pendorongan COGLAG (Gabungan Turbin Gas-Elektrik dan Turbin Gas), satu pengubahsuaian terhadap sistem pendorongan COGAG yang menggunakan transmisi turbin-elektrik untuk pelayaran pada halaju rendah. JMSDF telah menguji sistem pendorongan COGLAG pada kapal JS Asuka. Kemudian, penggunaan pada kapal tempur permukaan bermula dengan kelas Asahi. Kelas-Asahi mempunyai satu pengedaran voltan rendah (450V), sementara kelas-Maya dilengkapi dengan satu sistem yang lebih maju yang mana mampu mengendalikan sistem pengedaran voltan tinggi (6.6KV).[3]
JMSDF telahpun menggunakan sistem pendorongan elektrik bersepadu di kapal-kapal bantuannya, dan dijangkan akan meluaskan penggunaannya kepada kapal tempur permukaan pada masa depan.[3]
Peralatan
Kelas-Maya menggunakan Sistem Senjata Aegis (AWS) Baseline 9C baharu (dirujuk sebagai J7 di Jepun), berbanding dengan kelas-Atago yang menggunakan sistem Baseline 7 (kini dinaiktaraf ke Baseline 9C melalui program pemodenan).[3][6] Dengan sistem ini, kapal-kapal pembinasa ini dilengkapi dengan sistem Cooperative Engagement Capability (CEC). Ia akan membolehkan kapal untuk berkongsi maklumat pengawasan atu sasaran dengan aset-aset CEC lain, sama ada dari kapal-kapal Tentera Laut Amerika Syarikat, Tentera Laut Diraja Australia; atau pesawat E-2 Hawkeye Amerika Syarikat atau Jepun.[7] Selain daripada AWS, kapal-kapal ini ini juga dilengkapi dengan sebuah sistem Aegis BMD 5.1; kelas-Maya juga merupakan kapal dengan sistem Aegis pertama dalam perkhidmatan JMSDF yang memiliki keupayaan pertahanan peluru berpandu balistik (BMD) semasa ditauliahkan.[3][4]
Selain peluru berpandu permukaan ke udara SM-2MR Block IIIB sedia ada, SM-6 juga akan dipasang pada masa depan.[4][8] Peluru berpandu SM-6 boleh dihubungkan dengan sistem CEC, oleh itu membolehkan ia untuk menerima maklumat sasaran daripada sumber-sumber yang dilengkapi dengan CEC lain. Meskipun peranan utama SM-6 adalah untuk memintas pesawat dan peluru berpandu krus musuh, SM-6 juga boleh memintas peluru berpandu balistik semasa ia berada dalam fasa terminal dan juga bertindak sebagai peluru berpandu anti kapal.[3]
Sebagai sebuah peluru berpandu anti balistik, kapal-kapal ini dilengkapi dengan peluru berpandu SM-3 Block IA, IB dan IIA. SM-3 Block IIA adalah versi terkini bagi peluru berpandu SM-3, ia telah direka semula dengan drastik untuk mempertahankan kawasan yang lebih luas.[3][4]
Kapal akan menggunakan peluru berpandu kapal ke kapal Type 17 (SSM-2),[7] selain daripada Type 90 (SSM-1B) yang ada.[4] Torpedo ringan, tiub torpedo HOS-303 dipasang pada kelas ini, di mana tiub HOS-302 digunakan sehingga dalam kelas-Atago.[2]
Persenjataan masa depan untuk kapal-kapal ini dirancang untuk dipasang dengan meriam rel dan sistem pertahanan titik laser buatan tempatan.[9]
Kelas ini mempunyai sebua dek helikopter di buritan dan boleh membawa sebuah helikopter di dalam hangarnya. Bagaimanapun ia biasanya tidak membawa helikopter, terutamanya pada JS Haguro, kesemua peralatan yang diperlukan telah dipasang dan helikopter boleh diletakkan dalam operasi serta merta apabila helikopter dan anggotanya berada di atas kapal.[2]
Kapal-kapal dalam kelas
No. Pennant | Nama | Dibaringkan | Dilancarkan | Ditauliahkan | Pembina |
---|---|---|---|---|---|
DDG-179 | JS Maya | 17 April 2017 | 30 Julai 2018 | 19 Mac 2020 | JMU, Yokohama |
DDG-180 | JS Haguro | 23 Januari 2018 | 17 Julai 2019 | 19 Mac 2021 |
Nama serupa
Maya berkongsi namanya dengan penjajap berat kelas-Takao, Maya pada zaman Perang Dunia II,[10] sementara Haguro berkongsi namanya dengan penjajap berat kelas-Myōkō, Haguro.[11]
Rujukan
- ^ REIJI YOSHIDA (30 July 2018). "Japan launches next-generation destroyer carrying latest version of the Aegis anti-missile system". Dicapai pada 30 July 2018 – melalui Japan Times Online.
- ^ a b c d Tokumaru 2021.
- ^ a b c d e f g h i Tokumaru 2018.
- ^ a b c d e Inaba 2020.
- ^ a b c d Yamazaki 2014.
- ^ "Lockheed Martin gets $135m contract for Aegis Baseline 9 deliveries to Japan". Naval Today. 18 December 2017. Dicapai pada 10 January 2019.
- ^ a b Rimland 2018.
- ^ Takahashi, Kosuke (3 September 2018). "Japan's Improved Atago-class to field SM-6 air-defence missiles". Jane's. Dicapai pada 10 January 2019.
- ^ "Japan Defense Ministry Unveiled Details of "27DD" Class Railgun & Laser armed AEGIS Destroyer". Navy Recognition. 22 July 2015. Dicapai pada 8 January 2019.
- ^ "海自護衛艦「まや」進水 イージス艦7隻目、「共同交戦能力」初搭載 情報共有で屈指の防空能力" (dalam bahasa Jepun). Sankei Shimbun. 30 July 2018. Dicapai pada 31 July 2018.
- ^ Xavier Vavasseur (17 July 2019). "JMU Launches 'Haguro' - Second Maya-Class AEGIS Destroyer For The JMSDF". Naval News. Dicapai pada 17 July 2019.
Bibliografi
- Inaba, Yoshihiro (13 May 2020). "JMSDF To Put Its Latest Aegis Destroyer JS Maya Through Its Paces". Naval News.
- Rimland, Ben (1 August 2018). "Japan Launches Future Aegis Destroyer JS Maya". Navy Recognition.
- Tokumaru, Shinichi (December 2018). "Air defense system of new JMSDF DDG Maya". Ships of the World (dalam bahasa Jepun). Kaijin-sha (889): 53–57. Templat:NAID.
- Tokumaru, Shinichi (May 2021). "Mechanism of JMSDF's AEGIS Destroyers - Weapon System". Ships of the World (dalam bahasa Jepun). Kaijin-sha (947): 88–97.
- Yamazaki, Makoto (August 2014). "Development of Japanese DDG". Ships of the World (dalam bahasa Jepun). Kaijin-sha (802): 69–75. Templat:NAID.
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Pembinasa kelas Maya |