Pemberontakan Cemeti (Portugis: Revolta da Chibata ), ialah sebuah insiden tentera laut yang berlaku di Rio de Janeiro, Brazil pada tahun 1910. Walaupun langkah-langkah menentang penggunaan cemeti terhadap anak kapal sudah berlalu selama dua tahun, anak-anak empat buah kapal Brazil yang kebanyakannya orang berkulit hitam yang dipimpin João Cândido Felisberto, mendahagi pada 22 November selepas seorang kelasi bernama Marcelino Rodrigues Menezes disebat sebanyak 250 kali di hadapan khalayak ramai. Anak-anak kapal menolak ke tepi pegawai-pegawai kulit putih mereka dan mengancam untuk membedi Rio de Janeiro. Dahagi ditangani dalam masa seminggu,[1] dengan pengampunan yang kemudiannya tidak dilaksanakan kerajaan Brazil. Susulan itu timbul suasana tidak tenteram yang kekal berbulan-bulan lamanya. Pihak tentera laut memecat 2,000 orang kelasi akan tetapi insiden ini merupakan kali terakhir tentera laut Brzail menggunakan cemeti.
Rujukan
- ^ Andrews, Afro-Latin America, 149
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.