Buzer atau alat bip adalah peranti isyarat bunyi,[1], yang menukarkan gelombang elektrik kepada gelombang bunyi yang berfrekuensi tinggi melalui mekanikal, elektromekanikal, atau piezoelektrik. Kegunaan lazim buzer dan alat bip termasuk sebagai peranti penggera, jangka masa dan pengesahan input pengguna seperti bagi klik tetikus atau kekunci ditekan. Buzer berkuasa rendah dan memerlukan arus yang rendah.
Buzer moden terbahagi kepada dua jenis iaitu:
- Buzer elektromagnet
- Buzer piezoelektrik
Mekanikal
Buzer ria merupakan satu contoh yang buzer mekanikal semata-mata.
Elektromekanik
Peranti awal adalah berdasarkan kepada sistem elektromekanik sama seperti sebuah loceng elektrik tanpa gong logam. Begitu juga, geganti boleh disambungkan bagi mengganggu arus penghidup sendiri, menyebabkan sentuhan untuk memgeluarkan bumyi. Sering kali unit ini dilekatkan pada dinding atau siling untuk menggunakannya sebagai papan bunyi. Perkataan "buzer" berasal dari bunyi garau yang dihasilkan oleh buzer elektromekanik.
Piezoelektrik
Unsur piezoelektrik boleh didorong oleh alunan litar elektronik atau lain-lain sumber isyarat audio, didorong dengan penguat audio piezoelektrik. Bunyi biasanya digunakan bagi menunjukkan bahawa butang telah ditekan adalah bunyi klik, dering atau bip.