Rencana ini tidak mempunyai pautan ke rencana Wikipedia lain. (Oktober 2017) |
Projek perumahan merupakan pembangunan hartanah bangunan kediaman yang berstruktur. Ia popular di negara maju, dan sering merupakan kawasan penduduk berkepadatan tinggi, kediaman rumah keluarga tunggal berkembar berimpak rendah, dan sering membenarkan pemilikan berasingan bagi setiap unit perumahan, sebagai contoh melalui pembahagian tanah. Sesuatu projek perumahan "sering didirikan di atas sebidang tanah oleh seorang pembina dan dikawal oleh satu pengurusan."[1]
Terdapat beberapa jenis perumahan yang berbeza, yang semuanya boleh dipilih oleh pemaju perumahan untuk dibangunkan. Ia boleh bermula dari banglo, rumah berkembar, kembar tiga, kembar empat, berbilang unit, teres bertingkat, apartment kecil, apartment rendah (empat tingkat ke bawah), apartment serdahana tinggi (lima hingga sepuluh tingkat dengan lift), rumah kedai, apartment bangunan tinggi.[2] Setiap satu daripada jenis perumahan yang berbeza akan mempunyai ciri-ciri tersendiri, julat ketumpatan, bilangan unit, dan lantai.[3] Sesetengah bandar tertentu mempunyai sekatan ke atas jenis pembangunan.
Jenis Perumahan
Terasing
Rumah jenis ini adalah terasing daripada jenis perumahan yang lain. Jenis unit ini memiliki kepadatan rendah. Halaman merupakan tambahan bagi reka bentuk ini, dengan ruang awam dan persendirian yang jelas. Satu unit terasing mungkin terdiri sehingga tiga tingkat. Nama biasa bagi perumahan terasing tunggal adalah "Rumah, Kotej, Villa, Banglo"[4]
Berkembar, Kembar tiga
Perumahan jenis ini boleh memiliki dua atau tiga kediaman dalam bangunan terasing. Unit ini boleh bersama atau berasingan bergantung pada lokasi kembar. Perumahan berkembar juga memiliki pilihan bagi halaman untuk mengekalkan ruang peribadi mereka. . Perumahan jenis ini membolehkan kepadatan perumahan yang lebih tinggi berbanding dengan unit sesebuah tunggal. Kembar dua dan kembar tiga boleh terdiri kira-kira 2-3 unit, dan ketinggian sehingga 3 tingkat. Antara nama-nama biasa bagi Kembar dua dan kembar tiga adalah "Semi-D, Rumah Kelompok, Perpaduan Aksesori (" Accessory unity"), Unit Sampingan, Unit Carriage (ruang pakir di bawah), Rumah Berkembar." [5]
Rumah Besar, Multiplex
Rumah Besar, Multiplex terdapat dalam banyak bentuk, ia terdapat dalam unit satu tingkat atau banyak tingkat. Sebagaimana rumah kembar, ia boleh terdiri dari beberapa tingkat, sehingga 3 tingkat. Ia boleh menempatkan sehingga 5 unit juga. Perumahan jenis ini akan memiliki kepadatan yang lebih tinggi berbanding perumahan terasing tunggal. Sesetengah nama biasa bagi rumah besar, multiplex adalah Quadruplex, Rumah bandar Agam, rumah berkembar berhadapan. [6]
Rujukan
- ^ "housing development". dictionary.com. Dicapai pada Sep 17, 2016.
- ^ "salinan arkib" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-01-27. Dicapai pada 2017-07-03.
- ^ "salinan arkib" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-01-27. Dicapai pada 2017-07-03.
- ^ "salinan arkib" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-01-27. Dicapai pada 2017-07-03.
- ^ "salinan arkib" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-01-27. Dicapai pada 2017-07-03.
- ^ "salinan arkib" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-01-27. Dicapai pada 2017-07-03.
Pautan luar
- (Inggeris) Categories of Homes in Malaysia