| |||
| |||
|
Pancutan mani atau ejakulasi, merujuk kepada pancutan air mani dari zakar, dan biasanya berlaku serentak dengan puncak syahwat. Ia biasanya disebabkan oleh rangsangan seks, termasuklah rangsangan prostat. Walaupun jarang berlaku, ia juga boleh disebabkan oleh penyakit prostat. Pancutan mani boleh terjadi secara spontan sewaktu mimpi basah. Anejakulasi adalah keadaan di mana seseorang lelaki tidak dapat memancutkan mani.
Proses
Proses pemancutan air mani adalah sensasi yang penuh perasaan dan klimaks puncak syahwat lelaki (Perancis "la petite mort" - kematian kecil), yang sangat menyeronokkan dan memuaskan hati. Setiap pancutan adalah berkaitan dengan segelombang keseronokan seks amat besar, terutamanya di pelir dan buah zakar. Konvulsi pertama dan kedua biasanya yang paling penuh perasaan pada deria, dan menghasilkan segelombang keseronokan. Sewaktu persetubuhan atau pelancapan, kebanyakan lelaki akan mendapati sukar untuk berhenti. Pancutan yang tidak dapat ditahan ini dipanggil sebagai "point of no return" (titik yang tidak mungkin dapat diundur).[perlu rujukan]
Perkembangan Pancutan Mani Sewaktu Baligh
Pancutan mani pertama pada lelaki bermula sekitar 12 bulan selepas baligh. Jumlah pancutan pertama ini adalah sedikit. Pancutan mani kebiasaannya menghasilkan kurang dari 1 ml air mani. Air mani yang dihasilkan sewaktu akil baligh awal juga kelihatan jernih, seperti jeli dan tidak seperti air mani lelaki dewasa, ia tidak mencair. Kebanyakan pancutan pertama (90 peratus) kekurangan sperma. Dari pancutan awal kurang yang mengandungi sperma, kebanyakan sperma (97%) kurang pergerakan. Baki 3% mempunyai pergerakan yang tidak normal.[1]
Ketika ciri-ciri baligh lelaki terus berkembang, air mani semakin menunjukkan ciri-ciri dewasa dengan pertambahan sperma normal. Air mani yang dihasilkan 12 ke 14 bulan selepas pancutan pertama mencair selepas jangka waktu yang pendek. Selepas 24 bulan pancutan pertama, jumlah air mani, dan jumlah dan ciri-ciri sperma adalah sama dengan air mani lelaki dewasa.[2]
Kawalan Sistem Saraf Pusat
Semasa memetakan kawasan pengaktifan di dalam otak sewaktu pemancutan, penyelidik telah mendapati pengekspresan c-fos, suatu proto-onkogen yang diekspresikan pada neuron tindak balas ketika perangsangan hormon dan neuropemancar [3] Pengekspresan c-fos di bahagian-bahagian berikut telah diperhatikan:[4],[5]
- kawasan preoptik medial (MPOA)
- septum lateral, nukleus bed di stria terminalis
- Nukleus paraventrikel hipotalamus (PVN)
- Hipotalamus ventromedium, amigdala medium
- Pramamilarium nukleus ventral
- Tegmentum ventral
- Medan tegmentum pusat
- Jasad kelabu mesensefalus pusat
- Nukleus peripedunkulum
- Nukleus parvosel subparafasikulum di dalam talamus posterior
Persenyawaan
Sewaktu perhubungan heteroseksual, faraj memberikan rangsangan pada zakar, kebiasaannya menyebabkan puncak syahwat dan pancutan mani. Biasanya, pancutan mani diperlukan untuk melepaskan sperma; sekiranya pancutan berlaku ketika zakar sama ada dekat atau di dalam faraj wanita, sperma kemudian dapat mensenyawakan telur wanita tersebut dan menghamilkannya. Walau bagaimanapun, hampir semua lelaki menghasilkan sejumlah kecil cecair iaitu air mazi ketika zakar mereka tegang dan mereka dirangsang secara seksual, dan air mazi ini boleh mengandungi sesetengah sperma yang dapat juga membawa kehamilan. Disebabkan hal ini, coitus interruptus masih boleh menyebabkan kehamilan yang tidak diingini untuk pasangan yang melibatkan diri dalam persetubuhan faraj jika salah satu bentuk kawalan kelahiran tidak digunakan (seperti kondom, spermisid dll).
Lihat pula
- Aspermia
- Azoospermia
- Coitus interruptus
- Coitus reservatus
- Pemancutan wanita
- Pancutan mundur
- Keri - pancutan mani dalam syariah Yahudi
- Mantak Chia - Penulis banyak buku mengenai keseksualan lelaki.
Rujukan
- ^ Janczewski, Z. and Bablok, L. (1985): Semen Characteristics in Pubertal Boys. Archives of Andrology 15: 199-205. http://www.ncbi.nlm.nih.gov/sites/entrez?Db=pubmed&Cmd=ShowDetailView&TermToSearch=3833078&ordinalpos=2&itool=EntrezSystem2.PEntrez.Pubmed.Pubmed_ResultsPanel.Pubmed_RVDocSum
- ^ Janczewski, Z. and Bablok, L.
- ^ Sagar SM, "et al.", "Expression of c-fos protein in brain: metabolic mapping at the cellular level", Science 240:1328-1332.
- ^ Pfaus JG and Heeb MM, "Implications of immediate-early gene induction in the brain following sexual stimulation of female and male rodents", Brain Res Bull, 1997 44:397-407.
- ^ Veening JG and Coolen LM, "Neural activation following sexual behavior in the male and female rat brain.", Behav Brain Res, 1998 92:181-193.