Pemalar penceraian asid (Ka) atau pemalar keasidan adalah satu pemalar keseimbangan untuk asid dan bes konjugatnya di sebuah larutan akueus.[1]
Takrifan
Ketika suatu asid HA larut dalam air, sebahagian asid tersebut terurai membentuk ion hidronium dan bes konjugatnya.
- HA(aq) + H2O(l) ⇌ H3O+(aq) + A−(aq)
Dalam perkiraan pemalar penceraian asid, kepekatan air diabaikan, kerana tindak balas berlangsung di dalam larutan berair, iaitu kepekatan air adalah relatif tidak berubah. Maka, pemalar penceraian asid ditakrifkan dengan persamaan
Nilai Ka berubah dalam pelbagai tertib magnitud, sehingga sering dinyatakan dalam logaritma persepuluhan. Pemalar baru ini disebut pKa, yang nilainya berubah dalam julat yang lebih kecil.
Asid yang lebih kuat memiliki nilai Ka yang lebih besar dan pKa yang lebih kecil. Bagi asid yang cukup lemah (iaitu hanya sebahagian kecil dari asid bercerai), pH suatu larutan asam dapat diperkirakan melalui rumus berikut
Nilai pH dari larutan penimbal juga dapat diramalkan dengan menggunakan nilai Ka melalui persamaan Henderson-Hasselbach:
Nilai pKa beberapa sebatian
Perkiraan dilakukan pada air bersuhu 25ºC, kecuali sebatian-sebatian dengan pKa bawah -1.76:
- - 25.00: Asid floroantimonat (asid terkuat yang diketahui)
- - 8.00: Asid klorida
- - 3.00, 1.99: Asid sulfat
- - 2.00: Asid nitrat
- - 1.76: Ion hidronium
- 3.60: Asid karbonat
- 4.04: Asid askorbat (Vitamin C)
- 4.20: Asid benzoat
- 4.74: Asid asetat
- 9.25: Ion amonium
- 9.99: Fenol
- 15.76: Ion hidroksida
- 50.00: Etana
Bacaan
- Atkins, Peter, and Loretta Jones. Chemical Principles: The Quest for Insight. 3rd ed. New York: W. H. Freeman and Company, 2005