Peluru berpandu balistik jarak pertengahan (IRBM) adalah peluru berpandu balistik dengan jarak 3,000–5,500 km (1,864–3,418 batu), di antara peluru berpandu balistik jarak sederhana (MRBM) dan peluru berpandu balistik antara benua (ICBM). Mengelaskan peluru berpandu balistik mengikut jarak kebanyakannya dilakukan untuk kemudahan; pada prinsipnya terdapat sedikit perbezaan antara ICBM berprestasi rendah dan IRBM berprestasi tinggi, kerana penurunan muatan berat dapat meningkatkan jarak ICBM. Definisi jarak ini digunakan dalam Agensi Pertahanan Peluru Berpandu A.S. Beberapa sumber lain memasukkan satu kategori tambahan, iaitu peluru berpandu balistik jarak jauh (LRBM), untuk menandakan misil dengan jarak antara IRBM dan ICBM yang sebenar. Istilah yang lebih moden peluru berpandu balistik medan merangkumi MRBM dan SRBM, termasuk mana-mana peluru berpandu balistik dengan jarak dibawah 3,500 km (2,175 bt).
IRBM kini dikendalikan oleh Republik Rakyat China, India,[1][2] Israel, dan Korea Utara.[3] Amerika Syarikat, USSR, United Kingdom, dan Perancis adalah bekas pengendali.
Spesifikasi IRBM
Tarikh *D | Model | Jarak km | Masimum km | Negara |
---|---|---|---|---|
1959 | PGM-17 Thor | 1,850 | 3,700 | United States, United Kingdom |
1970 | DF-3A | 4,000 | 5,000 | China |
1962 | R-14 Chusovaya (SS-5) | 3,700 | Soviet Union | |
1976 | RSD-10 Pioneer (SS-20) | 5,500 | Soviet Union | |
1980 | S3 IRBM | 3,500 | France | |
2004 | DF-25 | 3,200 | 4,000 | China |
2006 | Agni-III | 3,500 | 5,000 | India |
2007 | DF-26 | 3,500 | 5,000 | China |
2010 | Hwasong-10/RD-B Musudan | 2,500 | 4,000 (not proven) | North Korea[4] |
2011 | Agni-IV | 4,000 | India | |
2011 | Jericho III | 6,500 | 11,500 | Israel[5][6] |
2012 | KN-08 | 3,000 | 12,000 | North Korea |
2014 | Pukkuksong-1/KN-11 | 500 | 2,500 | North Korea |
2017 | Pukguksong-2/KN-15 | 1,200 | 3,000 | North Korea |
2017 | Hwasong-12/KN-17 | 3,700 | 6,000 | North Korea |
- *D All dates approximate
Sejarah
Asal-usul bagi IRBM adalah roket A4b bersayap untuk penambahan jarak dan berasaskan roket V-2 (Vergeltung, atau "Pembalasan", secara rasmi dipanggil A4) yang terkenal direka oleh Wernher von Braun digunakan secara meluas oleh Jerman Nazi pada penghujung Perang Dunia II untuk mengebom bandaraya England dan Belgium. A4b adalah prototaip bagi peringkat atas roket A9/A10. Matlamat program ini adalah membina sebuah misil yang mampu mengebom New York apabila dilancarkan dari Perancis atau Sepanyol (lihat Pengebom Amerika). Roket A4b telah di uji beberapa kali pada bulan Disember 1944, Januari dan Februari 1945.[7] Kesemua roket ini menggunakan bahan api cecair. A4b menggunakan sistem pemanduan inersia, manakala A9 akan dikawal oleh juruterbang. Ia bermula dari pad pelancar tidak bergerak.
Selepas Perang Dunia II von Braun dan saintis utama Nazi yang lain secara rahsia dipindahkan ke Amerika Syarikat untuk bekerja secara langsung dengan Tentera Darat A.S. menerusi Operasi Paperclip yang membangunkan V-2 menjadi senjata Amerika Syarikat.
Lihat juga
- Peluru berpandu balistik antara benua (ICBM)
- Senarai ICBM
- Peluru berpandu balistik jarak dekat (SRBM)
- Peluru berpandu balistik jarak sederhana (MRBM)
- Peluru berpandu balistik lancaran kapal selam (SLBM)
- Peluru berpandu balistik anti-kapal (ASBM)
- Peluru berpandu kruise hipersonik
- Perjanjian Kuasa Nuklear Jarak Pertengahan
Rujukan
- ^ "Indian Army Successfully Test Fires Nuke-Capable Agni-IV Missile". The New Indian Express. Dicapai pada 2016-03-25.
- ^ "Ballistic missile Agni-IV test-fired as part of user trial - Times of India". The Times of India. Dicapai pada 2016-03-25.
- ^ "North Korea's Ballistic Missile Program" (PDF). National Committee on North Korea. Dicapai pada 2016-04-01.
- ^ "Ballistic Missiles of the World". MissileThreat. Dicapai pada 2011-07-15.
- ^ "Jericho 3". Missile Threat. 2012-03-26. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-24. Dicapai pada 2012-09-12.
- ^ http://www.au.af.mil/au/awc/awcgate/crs/rl30427.pdf
- ^ "Die geflügelte Rakete ( A7, A9, A4b ) (in German)". V2werk-oberraderach.de. Dicapai pada 2011-07-15.