Pelupuh merujuk kepada buluh yang diketuk rata dan digunakan sebagai dinding atau lantai rumah pada masa dahulu.[1] Pada masa kini, ia jarang digunakan kecuali dikawasan hutan pendalaman atau sebagai bangsal dusun (contohnya bangsal menunggu durian).
Orang Kadayan memanggil dinding buluh sebagai Palupuh. [2]
Dinding atau lantai pelupuh mudah dihasilkan di kawasan yang banyak terdapat buluh kerana ia mudah, dan ringkas. Lantai dan dinding pelupur tahan lama dan kukuh.
Rujukan
- ^ "Rumah Tradisional Melayu". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-06-26. Dicapai pada 2009-08-07.
- ^ "Kadayan Home". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-05-04. Dicapai pada 2009-08-07.