Pelangi | ||||
---|---|---|---|---|
Album studio oleh | ||||
Dilancarkan pada | 30 Julai 2004 | |||
Dirakamkan pada | 2003–2004 | |||
Tempat | Malaysia | |||
Genre | Pop, balada, elektronik | |||
Panjang | 44:09 | |||
Bahasa | Bahasa Melayu | |||
Syarikat | Fantasia Music City | |||
Kronologi Siti Nordiana | ||||
| ||||
Single daripada Pelangi | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Pelangi ialah album studio keempat oleh penyanyi wanita Malaysia, Siti Nordiana, dikeluarkan pada 30 Julai 2004 oleh Fantasia Music City (FMC).[1][2]
Penerbitan
Penerbitan album Pelangi menyaksikan Siti Nordiana menunjukkan bakat mencipta dan menulis lirik dengan menyumbangkan sebuah lagu nukilan sendiri, iaitu "Seribu Janji".[3] Antara komposer dan penulis lirik yang terlibat dalam penerbitan album ini ialah Adnan Abu Hassan, Azmeer, Aidit Alfian dan Helen Yap.
Senarai runut
No. | Tajuk | Penulis | Penerbit | Masa | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1. | "Selamanya Cinta" | Mohariz Yaakup | Adnan Abu Hassan | 4:59 | ||||||
2. | "Perlukanmu" | Seri Batrisya | Zizie | 4:23 | ||||||
3. | "Dengar Bicaramu" | Pacai | Aidit Alfian | 4:00 | ||||||
4. | "Pelangi Jiwa" (Duet bersama Achik Spin) | Patrick Kamis | Patrick Kamis | 4:19 | ||||||
5. | "Seribu Janji" | Siti Nordiana | Siti Nordiana | 4:19 | ||||||
6. | "Rimbunan Kasih" | Abie Abdullah | Ajai | 4:17 | ||||||
7. | "Bila Kau Tak Kembali" | Baiduri | LY | 4:00 | ||||||
8. | "Sendiri" | Haslan Hussain | Helen Yap | 4:19 | ||||||
9. | "Di Pesisir Hati" | Lukhman S | Azmeer | 4:52 | ||||||
10. | "Bukan Kisah Cinta" | Sham Wan | Belle | 4:13 | ||||||
Jumlah masa: 44:09 |
Keluaran dan sambutan
Pelangi dikeluarkan pada 30 Julai 2004.[4] Sebuah album MTV karaoke juga telah diterbitkan bagi mempromosikan album ini yang mana kesemua 10 lagu dalam album Pelangi telah dijadikan sebagai muzik video.[5][6]
Haryani Ismail, menulis untuk CyBerita berpendapat album ini "sesuai untuk golongan dilamun 'sakit angau'" dan mengatakan: "Mereka yang dibuai cinta, yang mabuk asmara mahupun yang dibelenggu cinta tak kesampaian - tiga kategori orang yang dilamun 'sakit angau' ini pastinya terpaut dengan album terbaru Siti Nordiana, Pelangi".[7] Suzan Ahmad, menulis untuk Berita Minggu menyifatkan Pelangi "tidak menonjolkan muzik yang serasi dengan jiwa dan vokal Nana secara keseluruhannya".[8] Zul Husni Abdul Hamid dari akhbar sama berpendapat album ini "sebagai album yang menceritakan perjalanan kehidupannya. Tujuh warna itu pula menggambarkan situasi yang sering berubah-ubah, sarat dengan keceriaan dan emosi".[9]
Meskipun menerima pelbagai ulasan daripada pengkritik muzik, kulit album Pelangi turut menerima ulasan negatif.[10]
Rujukan
- ^ Hanisah Selamat (3 Julai 2018). "Nana tak ralat kurang rehat". Berita Harian. Dicapai pada 7 Julai 2018.
- ^ Pelangi (catatan media). Siti Nordiana. Fantasia Music City. 2004.CS1 maint: others (link)
- ^ Zul Husni Abdul Hamid (4 Oktober 2004). "Nana harap Pelangi beri impak". Berita Harian. Dicapai pada 5 Julai 2018.
- ^ Khadijah Ibrahim (5 Oktober 2004). "Siti Nordiana - Bosan dengan gosip". Utusan Malaysia. Dicapai pada 5 Julai 2018.[pautan mati kekal]
- ^ (2005) Catatan Video CD untuk Siti Nordiana: Pelangi oleh Siti Nordiana. FMC Music.
- ^ "(Selepas tujuh bulan album...)". Berita Harian. 18 Mac 2005. Dicapai pada 20 September 2020.
- ^ Haryani Ismail (20 November 2004). "Sesuai untuk golongan dilamun 'sakit angau'". CyBerita. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 November 2004. Dicapai pada 5 Julai 2018.
- ^ Suzan Ahmad (12 September 2004). "Muzik tidak serasi jiwa". Berita Minggu. Dicapai pada 7 Julai 2018.
- ^ Zul Husni Abdul Hamid (30 September 2004). "(Secara peribadi, Siti Nordiana ... )". Berita Harian. Dicapai pada 7 Julai 2018.
- ^ Kita Orang (23 Januari 2005). "Cover album paling buruk". Berita Minggu. Dicapai pada 20 September 2020.