Pelandu[1] | |
---|---|
![]() | |
Seekor spesies Thylogale thetis | |
Pengelasan saintifik ![]() | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Haiwan |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Mammalia |
Infrakelas: | Marsupialia |
Order: | Diprotodontia |
Keluarga: | Macropodidae |
Subkeluarga: | Macropodinae |
Genus: | Thylogale J. E. Gray, 1837 |
Spesies jenis | |
Halmaturus (Thylogale) eugenii | |
Spesies | |
7, lihat teks |
Pelandu[2] ialah sejenis marsupial kecil daripada genus Thylogale, yang dijumpai di benua Australia, Kepulauan Aru dan Kai, serta New Guinea. Haiwan ini merupakan antara anggota terkecil dalam keluarga Macropodidae. Ia hidup di hutan-hutan sekitar timur benua Australia dan pulau New Guinea.
Penamaan
Thylogale brunii dikenali sebagai pelandu dalam kalangan penduduk asli Kepulauan Aru[2] dan pelandok-aru ("pelanduk Aru") dalam kalangan penutur Melayu Ambon disebabkan kemiripan dengan pelanduk sebenar.[3] Nama pelandu turut dipakai pada spesies Dorcopsis hageni dan dikenali sebagai pelandu Papua.
Nama saintifik Thylogale menggunakan perkataan Yunani untuk "kantung" dan "jelu."[4]
Huraian
Bersama-sama walabi batu dan walabi kelinci, pelandu adalah antara ahli terkecil keluarga makropoda. Pelandu jantan dewasa lebih besar daripada si betina, dengan purata berat timbangan sekitar 7 kg dan tinggi 60 cm. Berat si betina dewasa pula sekitar 3.8 kg.[5]
Spesies
Terdapat tujuh spesies yang diakui dalam genus Thylogale:[6]
- Pelandu Tasmania, Thylogale billardierii
- Pelandu Brown, Thylogale browni
- Pelandu Aru, Thylogale brunii
- Pelandu Calaby, Thylogale calabyi
- Pelandu gunung, Thylogale lanatus
- Pelandu merah, Thylogale stigmatica
- Pelandu leher merah, Thylogale thetis
Rujukan
- ^ Groves, Colin (16 November 2005). Wilson, D. E., dan Reeder, D. M. (ed.) (penyunting). Mammal Species of the World (ed. ke-3). Percetakan Universiti Johns Hopkins. m/s. 69–70. ISBN 0-801-88221-4.CS1 maint: multiple names: editors list (link) CS1 maint: extra text: editors list (link)
- ^ a b Ibnu Maryanto, Anang Setiawan Achamdi, Marfua hasiholan Sinaga (2007). Nama daerah mamalia Indonesia· m/s. 22. ISBN 979-979-000-1.
- ^ van der Lith, P. A.; dll., penyunting (1899). "Buideldieren". Encyclopædie van Nederlandsch-Indië. The Hague-Leiden: Martinus Nijhoff-E.J. Brill. m/s. 296.
- ^ Rose, R.W.; Rose, R.K. (2018). "Thylogale billardierii (Diprotodontia: Macropodidae)". Mammalian Species. 50 (965): 100–108. doi:10.1093/mspecies/sey012.
- ^ "Warrawong Wildlife Sanctuary" (PDF).
- ^ "ADW: Thylogale: CLASSIFICATION". Animal Diversity Web.
Pautan luar
![]() |
Cari pademelon dalam Wikikamus bahasa Melayu, kamus bebas. |
- "Thylogale Gray, 1837". Atlas of Living Australia.