Pelabuhan tersibuk dunia acap kali menjadi saingan kepada beberapa pelabuhan utama yang terdapat di dunia, ini disebabkan tiada piawaian khusus yang ditetapkan untuk menilai tahap kecekapan pengurusan dan trafik pada sesuatu pelabuhan. Pada dekat waktu sebelumnya, kedua-dua pelabuhan cemerlang dari segi penerimaan kapal, pengurusan trafik dan kawalan keselamatan iaitu Pelabuhan Rotterdam dan Pelabuhan Singapura telah bersaing untuk memikul gelaran "Pelabuhan tersibuk dunia". Dahulunya penakrifan pelabuhan tersibuk dunia berasaskan pengukuran berat kargo yang dikendalikan (jumlah berat barangan yang diisi dan dipunggah), manakala kedudukan dalam segi tanan perkapalan yang dikendalikan (jumlah kapal yang dikendalikan). Sejak tahun 2005, Pelabuhan Shanghai telah melebihi kedua-dua pelabuhan untuk mengambil gelaran berikutan berat kargo yang diuruskan.[1][2][3]
Kriteria
Senarai pelabuhan tersibuk dunia:
- Senarai pelabuhan kontena tersibuk dunia
- Senarai pelabuhan pindah kapal tersibuk dunia
- Senarai pelabuhan tersibuk dunia dari segi berat kargo
- Senarai pelabuhan pemunggahan sementara tersibuk di dunia
Dakwaan
Berikut adalah senarai pelabuhan yang telah dibuat pelbagai dakwaan (atau dakwaan yang dibuat oleh pihak pengurusan pelabuhan):
- Pelabuhan Shanghai, China
- Pelabuhan tersibuk dunia dari segi berat kargo sejak 2005
- Pelabuhan kontena tersibuk dunia sejak 2010[4]
- Pelabuhan Singapura, Singapura
- Pelabuhan pindah kapal tersibuk dunia[5]
- Pelabuhan mengisi minyak kapal tersibuk dunia sejak 1988[6]
- Pelabuhan kontena tersibuk dunia pada 1990, 1991, 1998, 2005-2009[7]
- Pelabuhan tersibuk dunia dari segi berat kargo sehingga diambil oleh Shanghai pada tahun 2005.[8]
- Pelabuhan Hong Kong, China
- Pelabuhan kontena tersibuk dunia dari tahun 1987 hingga 1989, dari 1992 hingga 1997, dan dari 1999 hingga 2004.[7]
- Pelabuhan Rotterdam, Netherlands
- Pelabuhan tersibuk dunia dari segi berat kargo sehingga 1962 sehinggalah diambil alih oleh Shanghai pada 2004.
- Pelabuhan kontena tersibuk dunia pada tahun 1986.
- Pelabuhan Kobe, Japan
- Pelabuhan kontena tersibuk dunia dari 1973 hingga 1978.[9]
Analisis saintifik
Kajian yang dilakukan oleh Bernd Blasius dari Universiti Oldenburg telah menganalisis kemasukan dari 16,693 buah kapal kargo sepanjang tahun 2009. Mereka menjalankan kajian menggunakan data yang didapati dari Sistem Pengidentifikasian Otomatik dan Lloyd's Register Fairplay dari apa yang diterima dari VHF dan GPS.
Kajian itu menyimpulkan Laluan Panama paling sibuk pada tahun 2009. Laluan Suez adalah yang kedua Shanghai yang ketiga.[12]
Rujukan
- ^ "World Port Rankings 2005". American Association of Port Authorities. 2005. Dicapai pada 2009-09-15.
- ^ "World Port Rankings 2006". American Association of Port Authorities. 2006. Dicapai pada 2009-09-15.
- ^ "World Port Rankings 2007". American Association of Port Authorities. 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-04-07. Dicapai pada 2009-09-15.
- ^ "Shanghai overtakes S'pore as world's busiest port". Straits Times. January 8, 2011. Dicapai pada September 14, 2011.
- ^ "Channel NewsAsia - Singapore retains ranking as busiest port in 2006". channelnewsasia.com. 2007-01-10. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-07-17. Dicapai pada 2010-07-10.
- ^ "Microsoft Word - PDP05-19a.doc" (PDF). Dicapai pada 2010-07-10.
- ^ a b "salinan arkib" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2008-03-08. Dicapai pada 2012-02-29.
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-08-16. Dicapai pada 2012-02-29.
- ^ "salinan arkib" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2007-10-27. Dicapai pada 2012-02-29.
- ^ "A Dover Study - Dover Town Council". Dovertown.co.uk. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-03-16. Dicapai pada 2010-07-10.
- ^ "index". Podpolice.freeuk.com. Dicapai pada 2010-07-10.
- ^ Previous post Next post. "A Year of Global Shipping Routes Mapped by GPS | Wired Science". Wired.com. Dicapai pada 2010-07-10.