| PPD | |
| Intisari agensi kerajaan daerah | |
|---|---|
| Jenis | Agensi kerajaan daerah |
Bidang kuasa | |
| Ibu pejabat | Setiap daerah mempunyai ibu pejabat PPD sendiri |
Agensi induk | Jabatan Pendidikan Negeri |
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) ialah agensi kerajaan di peringkat daerah yang bertanggungjawab mengurus dan menyelia semua sekolah dalam sesuatu daerah di bawah pengawasan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).
Fungsi
Fungsi utama PPD termasuk:
- Menguruskan operasi sekolah di peringkat daerah dan memastikan dasar pendidikan dilaksanakan dengan betul.
- Menyelia guru dan kakitangan sekolah, termasuk penempatan, latihan, dan pembangunan profesional.
- Menguruskan aktiviti kokurikulum dan sukan, termasuk Majlis Sukan Sekolah Sekolah Daerah (MSSD).
- Memantau prestasi pelajar dan sekolah, serta menyediakan laporan kepada JPN.
- Menjadi penghubung antara sekolah dan JPN bagi semua urusan pentadbiran, program pendidikan, dan pembangunan sekolah.
Struktur
PPD diketuai oleh seorang Pegawai Pendidikan Daerah. Semua sekolah dalam daerah tersebut melaporkan pentadbiran dan aktiviti mereka kepada PPD. PPD bekerjasama rapat dengan guru-guru dari semua sekolah untuk memastikan kelancaran program pendidikan dan aktiviti pelajar.
Contoh
- PPD Jeli mengurus semua sekolah menengah dan rendah di daerah Jeli, Kelantan, di bawah pengawasan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan.
- Aktiviti MSSD di daerah Jeli diurus oleh PPD Jeli dan menjadi pemilihan pelajar ke peringkat negeri.








