Cari Pecah dan perintah dalam Wikikamus bahasa Melayu, kamus bebas. |
Pecah dan perintah (ڤچه دان ڤرينته) dalam bidang siasah dan sosiologi merupakan satu strategi dalam maksud untuk mendapatkan dan menakluk sesebuah kawasan atau wilayah dengan cara memecahkan kelompok kuasa yang besar kepada kelompok yang lebih kecil. Konsep ini juga merujuk kepada pemecahan struktur kekuasaan sedia ada dan menghalang kelompok-kelompok kecil itu daripada bersatu dan berhubungan.
Ia diambil dari Latin: divide et impera ) dan bertujuan untuk mendapatkan dan mengekalkan kuasa dengan memecahkan kuasa besar kepada serpihan yang setiap satunya memiliki kurang kuasa berbanding dari yang melaksanakan strategi tersebut. Konsep ini merujuk pada satrategi yang memecahkan struktur kuasa sedia ada dan menghalang kuasa kecil dari bergabung.
Perlaksanaan divide et impera dan divide ut regnes digunakan oleh pemerintah Rom Caesar dan maharaja Perancis Napoleon. Terdapat contoh Gabinius memecahkan negara Yahudi pada lima konvension, dilaporkan oleh Flavius Josephus dalam Buku I, 169-170 of Perang Yahudi (De bello Judaico).[1] Strabo turut melaporkan dalam Geografi, 8.7.3[2] bahawa Pertubuhan Achaean dibubarkan perlahan-lahan di bawah milik Rom keseluruhan Republik Macedonia, disebabkan mereka tidak melayan beberapa negara dengan cara yang adil, tetapi ingin mengekalkan sesetengahnya sementara memusnahkan yang lain.
Pada masa moden, Traiano Boccalini menyebut "divide et impera" dalam La bilancia politica, 1,136 dan 2,225 sebagai prinsip biasa dalam politik. Penggunaan teknik ini bererti membenarkan pemerintah bagi mengawal penduduk , atau pihak beberapa kepentingan, yang secara bergabung mungkin mampu menentang pemerintahannya. Machiavelli mengenal pasti penggunaan yang serupa pada strategi tentera, menasihat dalam Buku VI Seni Perang ("The Art of War")[3] (Dell'arte della guerra),[4] bahawa Kapten perlu cuba segala upaya bagi membahagi pasukan musuh, samaada dengan membuat mereka mensyaki orang-orangnya yang dipercayainya, atau dengan memberikan punca bagi mereka memecahkan pasukannya, dan, dengan itu, menjadi lebih lemah.
Unsur-unsur yang diamalkan dalam konsep ini adalah:
- Mewujudkan atau menggalakkan perpecahan di antara subjek (kelompok masyarakat misalnya) bagi mengelak berlakunya pakatan untuk mencabar kedaulatan (biasanya dirujuk kepada pihak penjajah).
- Menghulurkan bantuan kepada sesiapa yang sanggup untuk bekerjasama dan menjalinkan hubungan dengan pihak berkuasa yang berdaulat.
- Mendorong sikap saling tidak percaya dan permusuhan dalam kalangan pemerintah tempatan.
- Menggalakkan perbelanjaan yang mampu melemahkan keupayaan pembiayaan politik dan ketenteraan.
Lihat juga
Rujukan
- ^ "Flavius Josephus, The Wars of the Jews, Book I, section 159". Perseus.tufts.edu. Dicapai pada 2011-08-27.
- ^ "Strabo, Geography, Book 8, chapter 7, section 1". Perseus.tufts.edu. Dicapai pada 2011-08-27.
- ^ http://etext.library.adelaide.edu.au
- ^ http://www.intratext.com