Pat Robertson | |
---|---|
Kelahiran | Marion Gordon Robertson 22 Mac 1930 |
Pusat pendidikan | Universiti Washington and Lee (B.A.) Sekolah Undang-undang Yale (J.D.) Seminari Teologi New York (M.Div.) |
Pekerjaan | Canselor Universiti Regent, Ketua CBN, Evangelis |
Parti politik | Parti Republikan |
Pasangan | Adelia Elmer |
Anak-anak | Timothy Bryan Robertson Elizabeth Faith Robertson Gordon Perry Robertson Anne Carter Robertson |
Ibu bapa | Absalom Willis Robertson Gladys Churchill |
Marion Gordon "Pat" Robertson atau nama masyhurnya Pat Robertson (lahir 22 Mac 1930)[1] ialah seorang paderi evangelis aliran Protestan Southern Baptist dari Amerika Syarikat; dia pengasas kepada beberapa yayasan dan pertubuhan seperti Christian Broadcasting Network (CBN).[1][2]
Pat mengacarakan rancangan keagamaan The 700 Club yang disiarkan CBN ke seluruh Amerika Syarikat malah menjangkaui seluruh dunia; rancangan keagamaan ini dipergunakannya sebagai wahana mempengaruhi ahli-ahli politik negara tersebut dengan ideologi konservatif Kristian terutamanya gagasan sokongan mempertahankan keberadaan entiti Israel yang difikirkan boleh mempercepatkan hari kiamat dalam ajaran evangelisme Kristian (Zionisme Kristian) dipegangnya.[3] Dia sendiri menganggap banyak aliran Protestan selain yang dipegangnya sebagai menyeleweng[4] bahkan menganggap agama-agama Hindu dan Islam sebagai "kesyaitanan".[5][6]
Biografi
Pada usia muda, Robertson dipanggil Pat oleh abangnya, Willis Robertson, Jr, yang ketika itu baru berusia enam tahun dan suka menepuk-nepuk pipinya sambil berkata, "Pat, Pat, Pat". Beliau mula mencari nama awalan yang boleh digunakan orang untuk memanggilnya, kerana beliau berfikir Marion terlalu feminin, maka beliau memutuskan untuk menggunakan nama kecilnya "Pat".
Kesedarannya yang kuat akan pentingnya nama dalam pembentukan imej umum terbukti semasa mencalonkan diri sebagai presiden, semasa mengancam akan menuntut stesen berita NBC kerana menyebutnya "penginjil televisyen", yang kemudian menjadi televangelis.
Pat oalah seorang Baptis Barat dan aktif sebagai pendeta yang berpegang pada teologi karismatik bukan secara tradisional yang umum di kalangan Baptis Barat. Beliau gagal berkempen untuk menjadi calon presiden dari Parti Republik dalam pemilihan presiden 1988. Pada tahun 1956 Robertson menemukan imannya melalui mubaligh Belanda, Cornelius Vanderbreggen, beliau terkesan dengan gaya hidupnya dan pesan-pesannya yang dianggap Pat sebagai pedoman hidup, "Percaya pada Tuhan dengan sepenuh hatimu; Percayalah pada dirimu sendiri; Imani Dia disetiap langkahmu, maka Tuhan akan menunjukkan jalan untukmu". Beliau ditahbiskan sebagai pendeta dari Southern Baptist Convention pada tahun 1961.
Pada tahun 1982 beliau meramalkan akan datangnya hari kiamat pada Oktober atau November. Akan tetapi hal itu tidak menjadi kenyataan. Pada 10 tahun terakhir ini beliau dikenali kerana beberapa ramalannya, yang dikatakan Pat berasal dari firman Tuhan, diantaranya adalah Terpilihnya kembali Bush pada tahun 2004, terjadinya tsunami di Pantai Amerika sekitar 2006. beberapa ramalan lainnya adalah serangan pengganas pada 2007, kekerasan di seluruh dunia dan kemelesetan Amerika (2008), Krisis Timur Tengah (2008), Kekecohan dan pemuliahan ekonomi (2009), dan pilihan raya Presiden (2012).
Karya
- Shout It from the Housetops, sebuah autobiografi dengan Jamie Buckingham (1972, repr 1995)
- The Secret Kingdom (1982)
- Answers to 200 of Life's Most Probing Questions (1984)
- Beyond Reason: How Miracles can Change your Life (1985)
- America's Dates with Destiny (1986)
- The Plan (1989)
- The New Millennium (1990)
- The New World Order (1991)
- Turning Tide: The Fall of Liberalism and the Rise of Common Sense (1993) ISBN 978-0-8499-0972-6
- The End of the Age (1995, fiction)
- Bring It on: Tough Questions, Candid Answers, Nashville, Tenn: W Pub. Group, 2003. ISBN 978-0-8499-1801-8
- The Ten Offenses (2004)
- Courting Disaster (2004)
Lihat juga
Rujukan
- ^ a b "Official biography". Dicapai pada 2007-03-31.
- ^ "About Us". Christian Coalition. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-03-08. Dicapai pada 2007-03-31.
- ^ Weber, Timothy P. (Oct 1998). "How Evangelicals Became Israel's Best Friend". Christianity Today (dalam bahasa Inggeris). m/s. 28–31. Dicapai pada 2024-11-01.
- ^ "'I don't have to be nice to the spirit of the Antichrist': Right-wing TV evangelist and former Presidential candidate Pat Robertson is the man Bank of Scotland has chosen to spearhead its US subsidiary. Why?", by Greg Palast, Guardian Unlimited, May 23, 1999.
- ^ Valli Guruswamy Julie Rajan (1995-07-01). "Using TV, Christian Pat Robertson Denounces Hinduism as "Demonic"". Hinduism Today. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-17. Dicapai pada 2020-02-05.
- ^ Barisic, Sonja for Associated Press (2006-03-14). "Robertson says Islam isn't a faith of peace: Televangelist calls radicals 'demonic'"". Boston.com. The Boston Globe. Dicapai pada 2023-06-09.
Sumber
Bacaan lanjut
- Boston, Robert (1996). The Most Dangerous Man in America: Pat Robertson and the Rise of the Christian Coalition. Amherst, NY: Prometheus Books. ISBN 978-1-57392-053-7.
- Harrell, Jr., David Edwin (2010). Pat Robertson: A Life and Legacy. Grand Rapids, Mich.: William B. Eerdmans Pub. ISBN 978-0-8028-6384-3.
- David John Marley. Pat Robertson: An American Life
Pautan luar
Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Pat Robertson |
- Official Pat Robertson Website
- Brian Ross. Some Question Robertson's Katrina Charity, ABC News, September 9, 2005.
- "Preacher: God told him about storms, tsunami"
- "Pat Robertson Denounces Hinduism as 'Demonic'"
- 2000 lbs. leg press
- Robertson talks about his prostate cancer surgery with Laparoscopic Radical Prostatectomy
- NPR Audio Report: Televangelist Robertson Urges U.S. Hit on Chavez
- Archive of American Television interview with Pat Robertson
- Kelahiran 1930
- Anti-komunis Amerika
- Ahli perniagaan Amerika Syarikat
- Karismatik Amerika
- Pemimpin agama Kristian Amerika
- Penulis Kristian Amerika
- Kristian Zionis Amerika
- Pemimpin agama Amerika Syarikat
- Penginjil televisyen Amerika Syarikat
- Kristian fundamentalisme
- Teori konspirasi Kristian
- Konservatisme di Amerika Syarikat
- Pengkritik feminisme
- Pengkritik Islam
- Penerima Anugerah Nobel
- Orang dari Lexington, Virginia
- Orang dari Staten Island
- Orang dari Virginia Beach, Virginia
- Warga Universiti Regent
- Skandal keagamaan
- Baptis Selatan
- Ketua Korps Marin Amerika Syarikat
- Calon presiden Amerika Syarikat, 1988
- Pengasas kolej dan universiti
- Orang Republik Virginia
- Alumni Universiti Washington and Lee
- Almuni Sekolah Undang-undang Yale